Hari ini aku terbaca satu berita yang bagi aku menakutkan. Cerita tentang seorang budak berumur 8 tahun yang sudah pandai mendownload bahan lucah dalam telefon pintar.
Muka depan Harian Metro 16 Feb 2014 |
8 tahun. Hingus hijau masih laju pekat meleleh. Zaman di mana ramai kanak2 sebaya masih mengorek tahi hidung, menggentel dan menjentik kepada rakan sekelas yang lain.
Usia di mana kalau ternampak gambar seksi di majalah, mereka akan menjerit: "Aiyook.. dosa.. dosa.. aiyookk!"
Umur yang mana sepatutnya bermain kejar-mengejar di tengah hujan bersama rakan selepas balik dari kelas mengaji muqaddam dengan tok guru yang garang tapi baik hati.
Tapi itu zaman aku dulu.. berbelas tahun yang lalu.. bukan zaman hari ini.
Kemajuan, mula menuntut dan menagih korban untuk dipersembah kepada sebuah kemodenan. Jika dulu membina jambatan atau bangunan menuntut korban darah mangsa malang yang dipenggal kepala, namun korban yang dituntut pada hari ini lebih dahsyat.
Sedikit demi sedikit kita mula menukarnya dengan keruntuhan moral dan akhlak.
Sekarang ni ramai ibu bapa yang kaya dan mampu. Tapi yang biasa2 juga mampu sediakan gajet dan telefon pintar yang kini boleh didapati dengan harga yang agak murah.
Mak ayah sibuk bekerja. Jadi mereka kadang kala tersilap sangka bahawa gajet ini mampu menggantikan kasih sayang mereka buat anak-anak.
Senyuman seorang anak yang terbiar sunyi tak sama indahnya dengan senyuman seorang anak yang bahagia dalam pelukan kasih seorang ibu, prihatin seorang ayah. Takkan sama.
Bagi mak ayah yang mampu mengawal dan menunjukkan cara penggunaaan hanya ke arah kebaikan memang aku respek. Sangat susah tapi bukannya mustahil. Dan ramai yang sudah berjaya membuktikannya.
Masalahnya ramai yang gagal memantau. Ada juga ibubapa yang memberi alasan keselamatan iaitu supaya anak senang menghubungi mereka bila kecemasan.
Tapi apa relevannya sampai bagi ipad atau iphone atau Note 3 sorang satu? setakat nak call Nokia cap ayam pun dah ok.
Boleh nak dedahkan kepada teknologi supaya anak lebih cepat berkembang tapi pastikan ibu bapa memantau semasa anak gunakan gajet2 tersebut.
Ok malas nak panjangkan lagi, akhir sekali ni ada sedikit TIPS MENGAWAL PENGGUNAAN INTERNET DAN GAJET TERHADAP ANAK-ANAK
Bila dah jadi macam ni, jangan hanya dok bergaduh cari salah siapa.... tapi carilah cara untuk memperbetulkan keadaan.
MyKomik : Ironi#5 : Ibubapa Dulu & Sekarang
salah siapa?
ReplyDeletesalah siap?
salah siapa?
haha..kelakar betul soalan tu bila datang dari mak bapak..
budak2 cepat belajar..semua benda dia boleh explore sendiri..xpayah tunggu pengaruh rakan..silap2 dia yang pengaruh rakan dia sama..
well, manjakan anak dengan teknologi memang aku tak pernah setuju..sampai bila2..
ibu salahkan bapa, bapa salahkan ibu.
Deletetuding sana tuding sini ,
kena seimbang dengan didikan agama la, tapi budak2 bukan faham apa, asal seronok je
mak kena berbalik kepada tugas mak, jadi surirumah. ada kasih syg sikit bebudak tu, ada pemantauan sikit. ni masing2 sibuk nak kaya je, xyah kaya pun xpe, cukup sederhana janji bahagia.
ReplyDeletegua pandai ckp je sebb xde anak dan keluarga lagi.
nafsu besar perlu gaji besar, kang melopong je tengok sale murah2 tp duit takde.
Deleteaku pun xde anak tu yg boleh cakap macam ni ahaks
jangan-jangan 'budak' ni tersekat dalam tubuh budak 8 tahun tak.. yang sebenarnya umur dia dah 38 tahun. eh seramm (positif2~).
ReplyDelete**harini macam ni, esok zaman kita ada anak2 lagi mencabar arus dia. huishh.
kita hanya mampu usaha mencegah. selebihnya bertawakal dan berdoa kpd Allah
DeleteSalam, okay benda ni mmg dh lama menakutkan aku...aku jadi risau, bila fikir anak2 aku pd mase akan dtg nt..sometimes parent dh jaga baik2, dia terpengaruh dgn kawan2 di sekolah, di IPT..risau sungguh..
ReplyDeletesebab tu kita sendiri kena siapkan dgn ilmu. tapi hati manusia senang berbolak balik tika diuji. Doa ibu bapa ni antara doa golongan yg dimakbulkan. Kena yakin dgn Allah yg bersifat ar-rahman dan ar-rahim
Deletemmg menakutkan benda macam nie. .apatah lagi pada zaman serba moden. .alahai. .
ReplyDeleteterrrrrlampau canggih pulak..budak kecik nak sangat dewasa..semua ni disebabkan pendedahan bahan yang tak sepatutnya berlebihan..betul tu..kena pantau ape pun.
ReplyDeleteada yang kecik2 dah dihadiahkan gadget mahal2 ni katanya ikut zaman. tapi tu la...pantauan ibu bapa tu sangat penting. makin hari makin mencabar. budak2 makin bijak
ReplyDelete