 |
| Love Kelate!! |
 |
| Mercu tanda di tengah bandar Kota Bharu |
2-3 minggu lepas, time cuti
kat kampung, adela aku g jalan2 kt tesco kb dan KB Mall ngan member aku ni. Memandangkan
aku sudah agak lama tidak ke sana,sekadar mahu tengok suasana dan nak hilangkan
keboringan. Bukan beli barang sgt, cuma survey2 barang, tp agak menyedihkn bila tengok keadaan
manusia2 kt sini. Aku cuba membandingkn situasi tu dengan situasi di beberapa
bandar lain yg penah aku tinggal, seperti Seremban, melaka, pahang n perak. Memang
tak seteruk dan sedahsyat d tempat lain, tp nmpknya negeri aku juga tak lepas daripada
dijangkiti virus tabarruj, mendedahkn aurat serta pergaulan melampaui batas
antara lelaki dengan perempuan.
Aku cuba mengimbas kembali
keadaan 10 tahun yang lalu. Seingat aku agak susah untuk aku jumpa perempuan yg berpakaian menembus mata
(bkn lg menjolok) di tempat sebegini. Kerana pakaian mereka mmbolehkn kita nampak
bentuk badan dgn jelas, malah mungkin ada bahagian yg terdedah tanpa perlu pakai cermin mata khas cam dalam cite james
bond.
Seramai- ramai perempuan yg
aku jumpa, hanya 1 per 8 daripada mereka yg betul2 menutup aurat dgn sempurna,
satu jumlah yg masih boleh dianggap ok kerana rasanya kt tempat lain lg teruk.
Cuma kat sini jumlah mereka yg terlupa pakai tudung masih sdikit jumlahnya. Dan
perlu diingat, menutup rambut atau bertudung itu tidak bererti telah sempurna menutup
aurat. Tapi bagi aku tak sepatutnya keadaan memalukan ni terjadi di sebuah negeri bergelar Serambi Makkah.
Bagaimana
di tempat lain?
Sepanjang pengalaman aku,
sebagai contoh di Seremban. Tiap kali aku masuk pasar raya besar sangat susah
aku nak jumpa seorang yang menutup aurat dengan sempurna, habis satu pasar raya
tu aku jelajahi pun belum tentu jumpa. Hingga aku hampir putus asa. (cewah cam
sengaja ke sana nak cari tu je) Bayangkanlah antara beribu2 orang di pasar raya
tu tp begitu susah menemui yang betul2 menjaga pemakaiannya. Keadaan yang sama
semasa aku berada di Ipoh. Dalam berpuluh-puluh malah mungkin ratus, hanya
seorang dua yang menepati syarat berpakaian menurut syarak.
Dan pernah sekali tu last2
aku jumpa seorang perempuan berpakaian menutup aurat dan berpurdah bersama
anak2nya yg masih kecil, juga bertudung lengkap di celah2 ratusan manusia yang
kebanyakannya hampir bogel. Terasa satu rasa takjub yang tidak terhingga
mengalir dlm diri aku. Aku yakin, dia menutup wajahnya bukan kerana malu sebab
wajahnya hodoh, tidak, aku tau dia wanita yang cantik sebab semua anak2nya pun
comel2 belaka. Dia memilih untuk menjadi seorang yang pelik di tengah2 lautan
MANUSIA MODEN itu. Hebat kan? Aku juga tak mampu, andainya aku seorang wanita.
(kesimpulan : bukan sebab
tiada lagi perempuan yang suka menutup aurat, tetapi tak ramai golongan ini
yang suka berpeleseran di pasar raya tanpa keperluan tertentu. Mereka memilih
untuk menjauhi tempat2 yang sebegini. Dan aku, sesekali tergolong dalam
golongan yang berpeleseran ini. ^_^)
Aku bukan mahu menghukum
kaum perempuan sebab lelaki pun sama gak, cuma dalam bab aurat, tidaklah ketara mana. Mungkin kedengaran
kurang adil bg kaum perempuan,tetapi keadaan ini sebenarnya merefleks kembali kegagalan
sebuah institusi keluarga yg diketuai seorg lelaki. Seorang suami.
Gagalnya individu yg bergelar seorang suami membimbing isterinya
akan berlarutan sehingga dia menjadi seorang bapa yang kemudiannya menyebabkan
anak2 menjadi mngsa kejahilannya. Hasilnya
ramailah lelaki dayus yang hebat dalam kerjaya tapi gagal dalam rumahtangga
akan muncul. Janganlah menjadi suami yang hanya tahu membuat anak, tetapi gagal mendidik anak menjadi seorang anak yang baik. Lengkapkan diri dengan ilmu agama dan ilmu rumahtangga, barulah menuju ke alam perkahwinan.
Mungkin bila dengar aku
ceritakan keadaan di kelantan mesti ada fikiran jelek dan suara sumbang yg akan
terus mnghukum dn menuding jari kononnya kerajaan yg dipimpin oleh seorang ulama
atau tok Guru pun tak mampu membendung masalah ini. Jika ada fikiran begitu memang
sempitlah pemikiran orang tu.
Puncanya?
Dan soalan2 yg aku terifkir,
kenapa orang kelantan yang kononnya agak terdidik dengan budaya Islam bleh sama
terjebak? Bagaimana Virus ni boleh tersebar dengan begtu pantas,?
Bagi aku budaya ilmu di Kelantan
cukup bagus, sentiasa ada majlis2 dan ceramah yg mengajak dan menyeru ke arah kebaikan,
tapi berapa kerat yang sudi melapangkan masa untuk menghadirinya? (aku juga tak
terkecuali).
Bagaimanakah seruan-seruan
kebaikan yang sering dilaungkan itu mahu sampai ke hati para pendengar jika
jalan keburukan terbuka luas serta seruan ke arah keburukan lebih lantang
kedengaran?
Kejutan
Budaya
Walaupun kita dibesarkan dengan
suasana yg baik, namun jika hati tak benar2 teguh, jiwa tidak betul2 kental,
kita tetap akan kecundang saat menghadapi kejutan budaya yang melanda bila kita
mula melebarkan langkah keluar dari suasana kebiasaan, dan berada dalam suasana
baru, keseronokan yang baru.
Inilah situasi yang sering
dihadapi oleh orang-orang yang selama ini tidak pernah bertemu dengan
budaya-budaya pelik di depan mata mereka. Paling kerap menimpa golongan pelajar
yang baru menjejakkan kaki ke Matrikulasi atau ke menara gading. Terasa satu
suasana bebas tanpa ada lagi keluarga yang memantau setiap gerak geri mereka.
Mereka akan cepat terpengaruh dengan “rakan-rakan” baru yang lebih terbuka dan
moden penampilannya.
Tuhan
Baru , Cerita dan Iklan
 |
| Awas! penyakit hati banyak tersebar melalui TV |
Ada tuhan baru yg disembah dalam
rumah mereka, sebuah peti kecil ajaib yg tak putus2 menyampaikan segala berita
dan cerita sepanjang masa. Mungkin agak kasar istilah Tuhan baru, tp logiknya memang
begitu kerana mereka menontonnya sehingga lupa /berlengah2 untuk solat. Peti
itulah yg banyak mempengaruhi dan meracuni fikiran generasi2 sekarang dengan hedonisme
duniawi serta unsur2 keseksian yang melampau.
Di situlah juga si artis
bebas berceramah ideologi kebaratan sebagai ejen propaganda sang Yahudi durjana.
Iklan2 kecantikan bertubi2 mengajak kita
mendedahkan segala perhiasan tubuh badan yg selama ini tertutup rapi. Heh, betapa
mudah jiwa2 yg sedia longlai itu mmprcayai definisi kecantikan mengikut acuan
musuh2 Islam. Lupakah kita bagaimana sebuah negara sistem khalifah Islam terakhir hancur disebabkan
dakyah2 sebegini?
Ruang
tanpa Sempadan
Dan paling dahsyat, pengaruh
hebat yang berkali ganda kuatnya jika mahu dibandingkn tsunami yg meragut puluhan
ribu nyawa. Kerana kuasa ini telah mengorbankan jutaan jiwa tanpa kita sedari.
Internet, jaringan komunikasi dan maklumat tanpa sempadan. Segalanya hanya di
hujung jari. Lantaran bagaimana mahu membendung fenomena ini jaka jaringan ini
telah menembusi hampir setiap ceruk kawasan d negara ini!?
Laman web porno, laman gosip dan hiburan, blog fitnah memfitnah, penyebaran gambar lucah secara berleluasa dan bermacam jenis bala bencana merebak pantas di dunia maya. Akses kepada benda2 sebegini terbuka luas, tanpa siapa yang dapat menghalang, bila2 masa, di mana2 , dan oleh sesiapa saja.
Mungkin hanya 1 cara, memutuskan
talian ini, tp sanggupkah? Aku orang pertama yg x sanggup :)
Media
cetak
 |
| sejauh mana kebolehpercayaan akhbar2 ini? |
 |
| Contohi mereka? |
 |
| Majalah separa porno |
 |
| Yang penting rupa, akhlak belakang kira |
Media cetak tak kurang hebatnya.
Akhbar dan majalah hiburan yang mempamerkan tubuh2 yang hampir bogel atas nama
fesyen dan tuntutan kerjaya. Tak percaya? Cubalah selak lembaran akhbar2 utama
tanah air? Berapa peratus daripada gambar yang dipaparkan itu yg mnutup aurat?
Aku jamin, peratusannya tersangat rendah, malah kadang-kadang menghampiri angka
sifar.
Semuanya seakan satu seruan
penuh istiqamah mengajak kita membuka segala
hijab yg menghalang pandangan si ajnabi. Sangat mengerikan bagi sebuah negara
yg melaungkan Islam sebagai agama rasminya. Serta pemimpinnya di kalangan Islam yang begitu gah memperjuangkan nasib bangsa dan agamanya. Ironi yg sangat kelakar. Sehingga tak mampu lg untuk kita mentertawakannya.
Jadi dengan segala macam serangan
dari setiap sudut yang amat hebat sebegini,
sagala persoalan aku tadi terjawab, tak musathil sebuah negeri yg begitu
gigih ditarbiyah juga tak akan terlepas dari bahana wabak penyakit akhir zaman
ini.
Solusinya?
Lantas bagaimana? Dengan
kuasa yg ada di tangan pihak yang telah mendapat mandat memerintah negara ini,
sangatlah berkeupayaan untuk setidak-tidaknya membendung gejala ini. Tapislah
siaran2 di TV, akhbar, dan majalah dengan
menetapkan etika2 berpakaian dan pergaulan yg sepatutnya. Jangan mengenepikn segala
nalai moral hanya demi mengaut keuntungan semata. Aku percaya, pihak ini mampu
melakukan jauh lebih baik daripada itu.
Paling penting, membudayakan ilmu dan cara hidup beragama di semua peringkat. Cantaslah segala bentuk elemen jahiliyyah yang baru berputik. Jangan disekat majlis-majlis ilmu dan ceramah agama yang mula subur tumbuh melata di bumi bertuah ini. Jangan kerana persengketaan politik, majlis2 meraikan ilmu sebegini turut menjadi mangsa, malah seolah-olah begitu takut jika Islam berkembang melalui majlis sebegini. Cukup tidak adil jika hiburan mendapat sanjungan, tetapi majlis ilmu dipandang serong. Jika tidak suka akan kebaikan, jangan menghalang orang lain melakukannya.
Virus dahsyat ini mampu diperlahankan
penularannya. Ayuh, sebelum jiwa2 yg masih sihat juga dijangkiti sama. Jangan
biarkan umat ini menjadi korban kerakusan kepesatan arus kemodenan yang
menggila ini. Jangan hanya dikejar kehebatan untuk memenangi perlumbaan
teknologi serta pembangunan lahiriah, sedang nilai akhlak dan moral tercicir ke
tahap jahiliyyah.
PROMOSI!
 |
| TV Al Hijrah : satu usaha yang amat bagus dan sangat kreatif | |
|
 |
| Jom beli majalah ni. tak rugi |
 |
| majalah ni pun sangat bagus |
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap
kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai
kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya
mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya
mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan
ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta
benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai
kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya
mengenai kepimpinan kamu".
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,
Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)
Nota
kuku kakiku kaku: Kenapa aku asyik tegur, hentam perempuan je
dalam bab ni? Sebab aku seorang lelaki. Aku mahu mereka tahu, tidak semua
lelaki suka mereka berpakaian sebegitu. Cukuplah. Senaman mata ini amat
memenatkan. Amat meletihkan jiwa. Sebab aku kasihankan mereka, agar tidak terus
menjadi mangsa, dan diambil kesempatan oleh golongan sejantina aku, yang
terkadang juga tersangat bangang. Huh...
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)