Showing posts with label problem. Show all posts
Showing posts with label problem. Show all posts

Saturday, 12 January 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 vs Kejatuhan Blog aku...

Assalamualaikum...

Hari ni 12 Jan 2013... satu peristiwa besar yg bakal tercatat dalam sejarah negara kita sedang berlangsung...

Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112.... puluhan malah mungkin ratusan ribu rakyat berkumpul untuk menyuarakan ketidakpuasan hati, melaungkan apa yang terpendam selama ini...

Semoga semuanya lancar tanpa provokasi dan sebarang keganasan.

maklumat lengkap www.malaysiakini.com



Tapi... hari ni jugak satu peristiwa besar berlaku kat blog Ilusi Dunia ni...
Blog ini TELAH DIPROVOKASI!!! huh... *tunduk pandang lantai.

Korang bleh nampak tak header kat atas tu? ada ke takde? ke aku sorang je yang takleh view header blog sendiri dan semua gambar yang aku upload dengan penuh kasih sayang selama ini hilang lenyap camtu je...

Untuk pengetahuan anda, imej atau gambar seakan simbol "no entry" kat header tu bukanlah header terbaru aku, melainkan gambar asal header tu telah hilang tanpa dpt dikesan.

Rasanya masalah kat picasa web album.. ke ada kemungkinan lain?

kalau ada sesapa yg boleh bantu, mohon salurkan sumbangan ke akaun 100029826635.... eh silap. mohon salurkan idea bernas kat dalam ruangan komen.

testing upload gambar :

ada tak gambar? ada tak?

*tengah stress skang. duduk bersandar di penjuru bilik sambil menguis2 jari kaki. Ya, aku mula faham apa perasaan orng pompuan yg mengalami sindrom PMS... eh takde kaitan.

HKR KL112 pun takde kaitan dengan kehilangan gambar dan imej dalam blog ni. harap maklum.


- terpaksa upload semula gambar2 dlm entri lama. banyak wooo... nk tengok lepas ni kalau masalah yang sama berulang terpaksa la guna plan B -_-!
kalau plan B pun tak berhasil, jgn risau, ada bnyak lagi abjad C,D,E,F......sampai Z yang boleh digunakan.. haha




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 12 November 2012

Karangan UPSR : Sekolah Saya (Bukan dari Perspektif seorang pelajar)

Lukisan seorang pemalas, dengan gaya malas -_-






Sekolah

Sekolah... tempat memproses komponen-komponen kecil yang akan melengkapkan sebuah masyarakat.

Sekolah... umpama dunia kecil dengan organisasi  tersusun.. nampak ringkas dan mudah namun cukup kompleks bagi mereka yang cuba masuk ke dalamnya.

Di sini juga ada mikropolitik, perlumbaan merebut kuasa, mengejar nama dan pangkat... umpama sebuah dunia sebenar. Cuma dengan skala yang lebih kecil.

Dunia kecil ini, bukan berdiri sendiri dengan kudrat sendiri. Ada kuasa-kuasa lebih besar di atas yang kadang-kadang menghulur tali pertolongan, tangki udara membantu pernafasan, dan kadang-kadang menghulur sebeban tanggungjawab besar yang perlu digalas.


Pejabat

Tempat bermula segala aktiviti.  Punch in sama ada awal atau terlewat...  terkocoh-kocoh berlari mengejar masa yang suntuk. Dan ada yang selamba biarpun loceng telah berbunyi J

Di sini tempat arahan diberi. Pusat pentadbiran dan pertemuan empat mata dengan pegawai atasan mahupun ibu bapa.
Tunjang dan paksi yang menentukan keutuhan sebuah sekolah.


Tapak perhimpunan

Tempat berkumpul semua warga sekolah di waktu pagi. Pelbagai ragam dan perangai murid dapat dilihat. Ada yang semangat ada yang lesu. Ada yang awal dan ada yang lewat.

Tempat segala pendidikan bermula. Disiplin dan menepati waktu. Sama ada sedar atau tidak, pembelajaran telah bermula sebaik sahaja melangkah masuk ke pintu pagar sekolah.
Belajar bagaimana mahu hidup sebagai seorang manusia.


 Bilik Guru



Tempat paling meriah dan pusat kehidupan di sekolah. Hampir 80 % drpd jumlah guru berkumpul kat sini .

Pusat segala cerita dan gosip... terkadang ditokok tambah bertukar fitnah. Cerita baik dan buruk paling senang tersebar di sini, dan menembusi celah dedaunan pintu bilik ke dunia luar dari bilik guru, berjangkit dari bilik ke bilik.

Aku, sedaya upaya menjadi neutral. Menapis segala cerita cukup berhati-hati agar tidak menjadi bencana.

Mungkin kerana penghuninya ramai kaum perempuan, kecohnya kadang2 luar biasa.
Ada kalanya bertukar menjadi pasar, umpama Year End Sale tempat berjual beli pelbagai barang.
Atau pusat fesyen, memperagakan aksesori dan pelbagai gaya pemakaian.
Ada tikanya menjadi babak drama, bila plot sedih dan tragedi menusuk kalbu.
Tapi kebiasaannya penuh senyum dan gelak tawa, ramah dan menyenangkan.
Di bilik guru ini, menjadi tempat melepaskan tekanan, dan juga mendapat tekanan.

Aku, memilih untuk jauh dari kebingitan ini, mengasingkan diri di ruang terpencil, bersama beberapa kerat kaum lelaki yang wujud.


Bilik Mesyuarat

Tempat segala program dan aktiviti dibincangkan.
Kadang2 berjalan lancar, kadang-kadang berubah tegang.
Ada yang menjadi ahli aktif menyumbangkan idea, dan ada yang hanya menjadi pendengar setia. Pelbagai ragam mencatat butir perbincangan... atas buku, atas kertas, smartphone, dan ada hanya dalam mimpi... terpejam mata melangkaui batasan dimensi waktu.

Aku, setia mencatat atas helaian kertas, dalam bentuk abstrak yang hanya mampu difahami aku.


Kelas

Tempat pertemuan paling kerap dan lama antara guru dan pelajarnya. Menjadi medan persiapan bagi perjuangan, kehidupan dan peperiksaan.
Segala ilmu dicurah dan ditimba di sini. Biarpun kadang2 tiada yang mahu mendengar.
Segala kesabaran, skil dan pengetahuan teruji di sini. Sama ada mampu bertahan atau kerap kali jua berakhir dengan tangisan sang guru.
Anak-anak sekarang tak sama macam dulu-dulu, pintarnya memeningkan, cerdiknya kadang-kadang menyusahkan.

Tapi ini tempat yang menyeronokkan, jika kena dengan caranya. Mudah atau payah, bagaimanapun cabarannya, itu satu tanggungjawab.
Tempat ini, tempat seorang guru mengajar dan juga belajar.

Aku, kadang-kadang hilang kesabaran jua.


Bilik Kaunseling

Bagi aku ia bilik ajaib, tempat tumpuan pelajar yang hilang arah, yang berkrisis dengan diri dan orang sekeliling. Masuknya membawa hati yang gundah, namun keluar dengan rasa yang lebih lega dan senyuman.

Bilik ini, tempat mengadu segala masalah, atau sekadar peneman bicara. Namun tak bermakna penunggu bilik ini sendiri bebas dari belenggu masalah. Adat hidup, manisnya takkan terasa jika tanpa ada ujian menduga.

Aku, menjadi kagum dengan keajaiban bilik ini biarpun sampai sekarang belum pernah menjejakkan kaki ke sana.


Bilik Peperiksaan

Bilik ini menjadi salah satu sumber pelajar menjadi stres. PEPERIKSAAN. Perkataan yang kurang disenangi sesetengah pelajar.
Segala data dan maklumat ujian atau peperiksaan disimpan di sini. Terkadang penunggu bilik ini menjadi mangsa rungutan para guru dek kerumitan sistem yang tak pernah menyenangkan.

Aku, menjadi penghuni setia di sini tiap kali peperiksaan menjelma.


Tandas Guru

Tempat melepaskan segala hasil pencernaan yang diproses sepanjang hari. Membuktikan guru juga insan biasa, perlu membuang sama ada yang besar mahupun kecil.. seperti orang lain.. haha

Aku, pun manusia jugak... :P


Inilah sekolah, yang penuh ragam dan pancarobanya yang tersendiri. Selagi bekerja dengan manusia, karenahnya sentiasa ada.
Mungkin hari ini orang lain buat silap, tapi mana tahu satu hari nanti giliran kita? Jadi sama sama terima seadanya.
Di sini , sama macam organisasi dan jabatan lain... ada karenah dan masalahnya, sebab semuanya bertunjangkan manusia.

Budaya tikam menikam, menggunakan pisau halimunan namun tajamnya menghiris dalam.
Ada yang kaki bodek, mahu tunjuk konon dia yang terbaik,
Ada yang kaki gosip, semua nak diadu domba, mengorek rahsia sehingga dalam kain,
Ada yang nak tunjuk hebat, kerjanya tak seberapa, tapi kalau boleh biar semua orang nampak.
Ada yang kerjanya memang hebat, sahsiahnya terpuji, namun dipandang sebelah mata,
Ada yang kerjanya senyap-senyap... namun berkualiti...
Ada yang mengelat, semua kerja nak ditolak...
Ada yang nampak baik, tapi gunting dalam lipatan...
Ada yang tegas dan garang menegur, namun niat mahu mendidik...
Ada yang macam seorang ibu, pandangannya menyejukkan hati,
Ada yang biasa-biasa, kerjanya biasa dan kehidupannya biasa...
Ada yang buat hal sendiri, tak suka diganggu dan tak mengganggu...

Aku, hanya mampu berdoa agar tak tergolong dalam salah satu kategori yang tidak disukai itu...

Hidup dalam dunia orang dewasa, tak sama macam hidup di alam remaja.
Baru aku tahu, inilah kedewasaan, bukan sekadar dimamah usia. Bukan sekadar satu angka.
Hidup dalam dunia ini kena banyak bertoleransi, hormat menghormati...
sebagaimana kita mahu orang menghormati hak kita, sebegitu jugalah kita perlu menghormati hak orang lain.

Kena terima hakikat, bahawa kita hanya seorang manusia .. tak selalunya sempurna tiada cela.

Sekolah... bagi aku, sebuah tempat yang menarik dan menyeronokkan. Juga memeningkan. Err...





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday, 4 October 2012

Jangan putus asa : Belajar dari seorang insan kecil....




Suatu ketika dulu, kita dilahirkan ke dunia tanpa apa2 kemahiran dan pengetahuan.
Sedikit demi sedikit kita mula belajar dan mengenal alam.



Belajar untuk ketawa, memegang benda2 kecil, belajar bagaimana untuk minum dan makan.
Betapa kita pernah keras berusaha untuk meniarap, merangkak, dan cuba untuk berdiri.



Entah berapa puluh kali kita terjatuh, namun kita tetap akan bangun semula, dan bertatih sedikit demi sedikit, selangkah demi selangkah.

Akhirnya, dengan usaha tanpa jemu, kita mampu berlari.



Hidup ini adalah satu proses. Kemajuan sedikit demi sedikit. Semakin hari semakin baik.

Tapi menginjak remaja dan dewasa, ramai mula lupa semangat juang yang tak kenal erti mengalah itu.

Rasa putus asa semakin kerap menjengah dalam hati. Berapa ramai yang mengalah sebelum mencuba. Tewas sebelum gendang perang dipalu.

Akhirnya tersungkur sebelum sempat bertemu lawan.

Kadangkala kita angkuh, terlalu yakin akan keupayaan diri sendiri, terlampau yakin akan perancangan dan strategi yang diatur.

Lalu, apabila perancangan itu gagal, mula menyalahkan takdir, hilang arah tuju, hilang tempat bergantung.


Akhirnya apabila habis segala usaha, sudah habis segala daya, baru teringat merintih kesal pada Allah. Sebagai jalan terakhir.

Sekali dua berdoa, dan doa masih belum dimakbulkan, kita mula berasa Allah tidak adil, menimpakan ujian yang sebegitu rupa buat kita sedangkan orang lain menikmati hidup dengan gembira.

Padahal kita lupa, betapa selama kehidupan kita dipenuhi dosa yang menyebabkan terhijabnya doa kita. Sedangkan doa seorang yang alim dan ahli ibadah pun mengambil masa sebelum dimakbulkan.


Sabda Nabi s.a.w :
« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).


Tapi tak mengapa, teruslah berdoa dan memohon kepada Allah, kerana Dia Maha Penerima Taubat.

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).
 

Adanya Allah sebagai tempat pergantungan yang paling utama.

Hati akan disirami cahaya ketenangan. Motivasi untuk meneruskan kehidupan akan terus meluapkan semangat juang untuk terus melangkah ke hadapan.

Dengan cinta dan rahmat-Nya. Putus asa tiada lagi.

Tiada lagi rasa stress yang akan menekan jiwa sehingga rasa terhimpit. Yang seringkali menyebabkan kita berasa seakan seisi dunia membenci kita.

Belajar itu ibadah, bekerja itu satu ibadah, rehat juga satu ibadah, setiap gerak geri boleh mendatangkan pahala.

Hidup ini indah, tiada ruang untuk kita bersedih.

Jika kita berputus asa, saat itu terimalah hakikat sememangnya kehidupan kita sudah berakhir.

Jika ada jalan bahagia, mengapa memilih jalan kecelakaan dan kebinasaan?

Hidup kita, kita yang akan menjalaninya, maka kita jugalah yang harus memilih, dan menentukannya. 



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday, 18 July 2012

Jom Bawa Henfon ke Sekolah : Ni Idea bagus ke idea Bangang?

Menteri :
Saya rasa saya nak benarkan budak2 sekolah bawak henpon ke sekolah la. Sekurang-kurang femes sket aku ni sebab perkenal benda baru. Nampak sket ada sumbangan.

Pembodek:
Ok. Cun ar. Bernas idea tu. Bawak henpon ke sekolah banyak kebaikannya. Keburukannya pulak... TIADA.



RESPON- RESPON RAKYAT JELATA :

Bapa :
Budak skang tau nak senang aje. Ipad, iphone, ipod... but .. ipay u tau tak? Kering poket aku pasni.

Ayah :
Ok. No problem. Duit tak jadi masalah. Pilih je henfon mana yang berkenan. Janji belajar rajin- rajin.

Abah :
Tanyalah mak kau. Abah ikut aje.

Mak :
Akak sokong benar cadangan kerajaan Melesia benarkan bawak henpon ke sekolah. Bukan apa akak risau ngan keselamatan anak2 akak pegi balik sekolah. Ada papehal senang nak roger.

Ibu :
Anak makcik baik. Dengar kata. Makcik yakin anak makcik akan guna henset tu untuk kebaikan manusia sejagat. Dia takkan guna untuk benda-benda tak elok. Kalau anak orang lain makcik tak yakin laa.

Ummi :
Jangan dimanjakan sangat anak2 ni. Nanti hidup hanya tahu nak senang aje. Saya tak setuju.


Pelajar sekolah :
Pergh, syok ar pasni. Bleh aku tayang henset canggih aku ni kat kengkawan. Mau tak berbulu diorang tengok.

Student sekolah:
Yahooo! Bleh la aku mesej2 ngan boypren/gerlpren aku walau di mana jua kitorang berada. Lepas ni takdelah hilang fokus time belajar sebab dok pendam rindu dendam kat si dia. Auumm..

Budak Sekolah :
Babi. Babi. Eh... silap. Baby, baby.. nanti kalau baby rindu kitew baby bleh la tengok2 gambar kitew kat dlm henset tu. Bleh kite chat2 or tweet-tweet nanti.

Murid Sekolah :
Bapak, nak galaxy S3. Saya janji akan belajar bersungguh-sungguh nanti. Tepon tu pun saya akan guna untuk baca nota-nota dan cari maklumat. Sumpah pak!

Penyangak Sekolah:
Pasni bolehla kita bentuk krew produksi 3gp kat sekolah. Aku dah usha port2 baik punya. Konfem kaya kalau kita jual filem buatan tempatan tu nanti.

Pelajar X :
Huh. Lantaklah korang. Kalau benarkan bawak henset pun bukannya mak ayah aku mampu belikan. Cukup makan pakai pun Alhamdulillah.

Pelajar Y :
Alamak.. camne ni... mak ayah aku miskin tak mampu beli. Malu la aku kalau aku je yang takde henset nanti. Tak setuju ar camni.

Pelajar Z :
Facebook... twitter... Blog... Friendster... myspace... wassap... fuh.. sekolahku syurgaku...

Student P :
Best gak ni. Bleh aku kebas sume henset mahal-mahal tu pastu jual kat pasaran gelap. Kalau camni takyah keje pun ok.



Guru Bertugas :
Eh, bagus tu. Kalau ada student sakit ke apa, bleh diorang call je ambulans sendiri. Takpon tepon je mak ayah diorang datang ambik.  Apa guna benar anak bawak henpon kalau tepon pun takleh datang.

Cikgu Praktikum :
Habislah aku, pasni ramaila student2 aku SMS nak usha2 ngan ngorat aku. Tak tenang la hidup pasni.

Cikgu Disiplin :
Ok je. Kalau henpon hilang ke kena curi ke. Pandai2la report polis takpun terus ke Aduan Rakyat. Jangan repot kat cikgu.

PK HEM :
Eh, saya stuju. Setuju sangat sangat kalau student tak dibenarkan bawak henset ke sekolah.

Tukang Kebun :
Pakcik dulu2 belajar takde bawak henpon pun boleh jadi tukang kebun jugak. Kalau pakcik bawak henpon dulu ntah2 jadi PM. Sebab soft skill pakcik power gak.


 
MAKA KELUARLAH LAPORAN SOAL SELIDIK BADAN KERAJAAN YANG BERBUNYI:

Ok. Semua lapisan masyarakat bersetuju bahawa adalah sangat relevan jika pelajar dibenarkan bawak henset ke sekolah. LULUS

Idea dan cadangan Pak Menteri ni kadang –kadang sama level ngan lembu. Aku rasa mak bapak yang setuju ni pun dari kalangan menteri- menteri dan kasta-kasta atasan je. Bukan ambil kira pandangan keseluruhan pun.

Ada lettew kroni-kroni yang bukak syarikat jual henset. Dapat projek jual henset kat skolah ke? Takpun dah ready projek sofwer pembelajaran dalam henset yang indah khabar dari rupa.
Jangan risau, bila dah sampai target jualan tu, kebenaran ni akan ditarik balik. Heh


Ada 99 keburukan , 1 kebaikan. Ok, kita fikir positif kena terima yang baik tu. Abaikan yang buruk-buruk supaya kita tak ketinggalan.
–Falsafah Tahi-

PTUIIH!

Guru-guru , sila bersedia mental dan fizikal. Sebab ada kemungkinan anda semua bakal menjadi terkenal apabila video-video anda dalam kelas diupload oleh student dalam YouTube.


Sebulan Sebelum Pilihanraya :
“Setelah dikaji dengan teliti. Atas dasar keprihatinan kerajaan pada suara rakyat dan sebagai kerajaan yang mengutamakan pandangan rakyat, kerajaan menarik balik kebenaran membawa henfon ke sekolah. Inilah bukti sebuah kerajaan yang adil dan wasatiyyah” -TV3-

Rakyat : Bersyukur pada kerajaan.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday, 11 July 2012

Tentang Cinta : Pa, ma sayang papa...


 
“Pa, ma sayang papa...”

Bulu tengkuk aku tegak berdiri.
Bulu roma meremang seram.
Perasaan bercampur baur. Geram. Sedih, pelik. Aneh.
Yang penting bukan rasa takjub.
Bukan jua rasa “sweet” manis menggula hingga ke lelangit.
Ungkapan indah romantis yang menyeramkan.
Bait-bait kata yang mampu  melunakkan jiwa itu kupandang jijik.
Seakan-akan menekan perasaan sehingga tenggelam ke dasar paling dalam.
Bukan baris ayat itu yang patut dipersalahkan.
Ia menjadi aneh bila dituturkan oleh bibir yang salah.
Situasi yang salah.
Kepada jasad yang salah.
Hairan. mereka bisa menjadi mama, menjadi papa tanpa seorang zuriat.
Lebih sadis lagi tanpa ijab qabul dan akad.
Petah lidah mengatur bicara cinta, tanpa tanggungjawab.
Bahkan mereka bangga mempertonton kemesraan itu di khalayak
Mereka bercinta, tapi saling mengajak ke NERAKA
Begitu mudah hidup bagaikan tidak wujud seorang lelaki bernama wali.
Mereka dalam dunia ciptaan sendiri.
Bahana dan bencana tempias dunia moden.
Hak asasi manusia tanpa sempadan. Bebas dan bebas
Agama diketepikan, budaya jahiliyyah itu yang diagungkan.
Semua salah kita, generasi dewasa yang gagal sebagai pencorak.
Yang hanya tahu menuding bila tiba tanggungjawab.

-monolog keri ikhw@n-

 *fakta: lukisan kat atas tu adalah lukisan paling malas pernah aku hasilkan -_-
 

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...