Assalamualaikum...
Hari ni aku
dengan murah hatinya nak kongsi Tips camne nak menjadi KAYA RAYA hanya dengan
menjadi seorang Blogger. Maknanya ini satu berita baik buat semua makhluk yang
mempunyai blog.
 |
camne? goyang tak tengok duit camni?? |
Suka tak?
Suka tak?
Mesti kalau
korang perasan blog aku ni takde iklan, nuffnang, churp-churp, says ... dan
sebagainya. Jadi apa kelayakan aku plak untuk bagi tips dan petua mendapatkan
duit daripada blog nih?
Adakah korang
rasa tertipu? Lantas aku dicop sebagai penipu?
Memang, blog
aku tak pernah ada iklan atau apa2 jenis perniagaan yang boleh menjana duit
berkepuk2 masuk kocek tiap bulan. Dan aku tak tipu korang bila aku kata nak
bagi tips untuk jadi kaya HANYA DENGAN BERBLOG!
Jadi camner?
JUTAWAN. Pernah
tak korang bercita-cita nak jadi seorang jutawan?
 |
Aku kaya!! yahoo!! google!! aku kaya!! |
Apa yang aku
nak kongsi ni bukanlah menjadi KAYA atau JUTAWAN yang berkepuk2 duitnya. Bukan.
Sebab WANG @ DUIT sentiasa susut nilainya. Dan satu hari nanti takkan berguna
lagi.
Tapi jutawan
dengan satu sistem yang lebih hebat dari sistem mata wang. Bukan emas...
tapi...
PAHALA.
Diulangi dengan perkataan lebih besar dan tebal... PAHALA...
Kita boleh menjadi seorang JUTAWAN PAHALA hanya dengan
berblogging.
 |
Waddefishhh???? |
Tak payah nak buat muka
terkejut sangat.
 |
huuuuh... terkono den... |
Mesti ada yang kecewa kan?
Almaklumlah pahala ni tak berguna sangat untuk kehidupan dunia ni. Duit lagi
penting.
Yang berminat boleh teruskan
membaca.
TIPS MENJADI JUTAWAN PAHALA DENGAN BLOG :
1) Berkongsi hanya entri yang bermanfaat.
Entri bermanfaat bukan
bermaksud post pasal keagamaan, hadis-hadis, ayat al-Quran atau pasal hukum
hakam je.
Kalau rasa ilmu belum sampai
tahap tu, tak payah nak paksa diri takut nanti tersilap post hadis palsu ke
apa, ajaran sesat ke.
Cukuplah sekadar berkongsi
apa yang kita tahu dan kita rasa orang lain juga perlu tahu.
Contohnya cara
membuat kuih tat nenas bersalut perisa vanilla.
Atau cara- cara
memakai selipar Jepun dengan cara yang betul.
Apa-apa jelah selagi dirasakan boleh mendatangkan manfaat
dan tak mengundang kemurkaan Allah mahupun jiran tetangga.
Sebarkan walau hanya sepotong ayat. Sedikit tak mengapa,
lebih baik sikit tapi bermanfaat daripada banyak membawa mudarat (entri fitnah
mengutuk)
2) Klik Butang “share
“ kalau rasa entri blog orang lain tu ada manfaat.
 |
banyak cara nak share... |
Ok, yang ni berita baik buat mereka yang takde blog tapi
suka baca blog. Bleh tumpang sekaki.
Senang je kan? Satu klik membawa pahala.
Ibarat Perniagaan MLM sistem diamond la. Meh nak
terangkan macam mana ohsemnya fungsi button “SHARE” nih..
Sila rujuk gambar rajah di bawah...
Nampak kan? Kalaulah setiap orang yang baca tu share apa
yang dia baca, lepastu ada orang lain baca apa yang dia share, pastu orang tu
share jugak, dan apa yg di share tu ada lagi orang baca dan share, pastu bla
bla bla..
Huh... rehat jap.. penat aku explain. Ada bakat jadi ejen
MLM tak?
Hanya goyang kaki saja pahala akan mencurah-curah masuk
ke dalam kantung amalan kita.
'Apabila mati anak Adam terputuslah
amalannya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan
anak soleh yang mendoakannya.'
(Hadis Riwayat Muslim)
3) IKLAN : sebarkan Program
Ilmu dan Ceramah
Kalau korang ada tau /terbaca/ terpandang poster ke atau
ada pengumuman bahawa kat kawasan korang tu akan diadakan program yang
baik-baik (bukan konsert k-POP ye) bolehlah tolong iklankan dan sebarkan biar
ada orang tau.
Guna medium blog dan internet ni lebih cepat orang tau.
(korang tak pergi pun takpe, uhuk uhuk)
4) REVIEW Blog/ page yang bagus pengisiannya
Daripada korang sibuk mengampu blogger femes atau dok promote blog artis/ retis dengan harapan tarik perhatian dorang atau SEO baik korang review blog aku blog ustaz2 atau blog yang tak merapu isinya.
Tak guna nak kejar SEO /backlink sambil trafik dosa mencurah2 masuk. Nak review blog ni pun kena pilih gak sebab takut kita tolong promote dosa orang lain.
Kalau blog tu asyik tayang gambar/cerita tak senonoh /tak tutup aurat tak payah la promote walaupun menjamin trafik tinggi ke blog.
Bila kita review blog yang membawa manfaat dan orang singgah dan mengamalkan apa yang dikongsinya maka share pahala tu insya Allah akan sampai kepada kita jugak,
Cukuplah kot sampai sini. Banyak-banyak kongsi kan korang
jadi lagi lebih kaya daripada aku (penyakit kedengki mahluk2 manusia yg kedekut
ilmu takut orang lebih hebat daripada dia)
AWAS! Anda
juga bisa menjadi JUTAWAN DOSA hanya dengan mengamalkan tips kat atas tu secara
SONGSANG...
Oh ya.. lupa nak ingatkan... TIPS2 kat atas tu akan jadi
sia-sia je jika niat TAK IKHLAS. Kalau setakat nak menunjuk-nunjuk nak riak
takbur ujub sumaah baik tak payah la. Bazir masa je...
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)