Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Thursday, 13 February 2014

Apabila Perempuan Perasan


Lukisan lama yang diberi nafas baru. Microsoft Office Excel 2007

Perempuan.
Bila datang penyakit perasan. Habis gambar diupload jadi paparan.
Bila datang penyakit perasan, anak remaja, dewasa dan mak orang pun penasaran.
Bila datang penyakit perasan. Gambar muka diedit hilang jerawat tanpa kesan.
Bila datang penyakit perasan. Mahukan pujian. Tersengih sendirian.
Bila datang penyakit perasan. Jangan sampai jadi murahan.
Perempuan perasan. Senjata syaitan merosakkan iman.

Penyakit perasan ni boleh menimpa sesiapa sahaja tak kira lelaki atau perempuan. Tapi biasanya perempuan lebih menonjol dan memberi lebih banyak mudarat serta berbahaya.
Kebiasaannya apabila seseorang perempuan bersolek, memakai pakaian baru, maka mereka berasa mereka lebih cantik dari kebiasaan dan mula terperasan.
Secara automatic akan timbul satu perasaan inginkan penghargaan atau inginkan pujian. Maka mereka cuba menunjukkan kecantikan itu kepada orang-orang terdekat dengan harapan supaya dipuji.
Itu normal.

Tapi bagi yang ada penyakit perasan tahap kronik, mereka tak mudah berpuas hati setakat menunjukkannya kepada orang terdekat di rumah. Mereka mula mengambil gambar selfie sambil membuat gaya-gaya yang diyakini paling comel dan paling menarik.
Ditambah dengan software photo editing atau camera 360 maka penyakit perasan itu akan meningkat ke satu darjat yang lebih menakutkan.
Mereka mula mengupload gambar bajet comel tersebut di laman sosial dengan tujuan mendapatkan perhatian. Apabila selalu dilakukan ianya bertukar menjadi kebiasaan dan tabiat.

Malah ada yang tak segan silu meng”tag” friends mereka pada gambar mereka dengan caption “kalau suka like la. Tak suka berambus. Komen yang murni-murni jew”
Hatta gambar yang diupload itu secara logiknya tak layak dikomen yang murni-murni (tiada definisi jelas bagaimana komen yg murni tersebut)

Pada mulanya aku menganggap komen seperti “ Awak, kalau awak tutup aurat pakai tudung lagi comel. Allah pun suka” itu sebagai komen murni tapi nyata silap apabila komen itu biasanya akan didelete dan pengomen akan dimaki malah di “blocked”.


Snap. Upload. Tag .
Snap. Upload. Tag.
Change profile picture. 
Change profile picture. 
Change profile picture.
Berulang –ulang.
Tabiat ini bukan saja menjadi ketagihan anak gadis remaja, malah yang dewasa dan mak-mak budak.

Yang paling menyedihkan ianya menjangkiti para niqabis bertudung labuh yang begitu teruja menjaja gambar mata yang disolek menggoda.
Maka terpaksa pula dibuka bab baru membincangkan bagaimana penyakit perasan niqabis ini menjadi fitnah buat tudung labuh dan niqabnya.
Kadang-kadang, gambar niqabis yang disolek menggoda itu lebih menggetarkan jiwa berbanding perempuan yang freehair.

Juga lukisan lama. Microsoft Excel.

Ternyata penyakit perasan ini menyerang tak pilih kasih. Anak gadis berambut perang, para niqabis yang nampak sopan, cikgu perempuan yang bergaya sakan, makcik pakai selendang bergelar isteri orang, atau janda berhias beranak sorang.
Sungguh, kecantikan dan kecomelan yang ditayang dan dipamerkan ini mampu menggoyahkan iman mana-mana lelaki yang rapuh iman. Tidak mustahil menerbangkan serban seorang imam.

Perempuan, janganlah terlalu bersangka baik dan berhusnudzon terhadap lelaki. Jangan menyangka bahawa kaum lelaki semuanya mampu menundukkan pandangan dan mempunyai iman yg teguh sehingga mampu membendung mata dari men"scan" tubuh badan mereka.
Sesungguhnya ramai lelaki memiliki "MATA SCAN" yg berteknologi tinggi yang mampu menembusi setiap lapisan pakaian anda.
Lagikan jubah boleh tembus apedehal setakat T-Shirt adik yang ketat sendat dan nipis tu.

Dan kalau masih berdegil juga, jangan meroyan menyalahkan sesiapa jika ada gambar-gambar gedik anda dilihat muncul di dalam page2 pengumpul koleksi gambar Gadis Melayu Cun atau Awek Seksi.
Redhalah, pasrahlah. Itu pilihan korang sendiri.
Juga, bila mati nanti, tolong jangan hadir ke dalam mimpi kawan-kawan atau mak ayah merayu supaya didelete akaun Facebook atau instagramnya. Seram tau. Seram!

Jelas, dengan hanya sedikit suntikan virus perasan, syaitan-syaitan sudah mampu bergelak ketawa, bersenang lenang bergoyang kaki menyaksikan strategi dan percaturan mereka mula membuahkan hasil yang cukup berkesan.


Perempuan yang dijangkiti virus perasan ini dengan rela menjadi senjata sang syaitan laknatullah untuk merosakkan iman mereka sendiri malah iman para lelaki yang kurang budiman.


Maaf kerana terpaksa menulis entri yang cukup mengguris hati ini.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday, 8 October 2013

KITAB CINTA BUDAK SEKOLAH : "Rukun COUPLE"

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah berbulan2 aku dok perhati status macam kat bawah ni di wall facebook..





Ok ni versi kedua yang lebih lengkap (kot)



Dan versi blog pun ada... buat entri konon nak kongsi tips "Rukun Couple"



Ok mari kita bincangkan...

Status "Rukun Couple" ni aku syak dicipta budak2 tak cukup umur yang bajet pakar cinta padahal karangan BM tak pernah lulus pun.

Kalaulah "Rukun Keharmonian Suami Isteri" mungkin aku tak akan pertikaikan. Tapi bila melihat pentaksub2 cinta "COUPLE" daripada golongan budak2 sekolah yang dok update maka agak geli- geli di situ.

Bila dikaji (konon2 laa) maka dapatlah difahami  jawapan kepada beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran aku selama ni.

Adakah budak2 yang dok couple ni MAK AYAH diorang tahu pasal aktiviti diorang ni?

Jawapannya mungkin ya dan mungkin tidak.
Ada sesetengah ibu bapa yang dah tahu tapi mereka tak kisah pun anak diorang dok berusung ke sana ke sini dengan boyfren dan girlfren masing- masing.
Sebabnya mak ayah diorang pun lebih kurang sama je perangai dajal nye time muda mudi dulu.

Ada yang ibu ayah tak tahu pun. Maksudnya sembunyi- sembunyi. Tapi jika diamati RUKUN COUPLE tu memang restu Ibu Ayah bukanlah perkara utama. 
Yang aku tak faham mana datangnya "IBUBAPA MERTUA" tu? istilah tu hanya wujud selepas KAHWIN.

Maka dapatlah difahami bahawa COUPLE2 ni tak kisah kalau mak ayah tak izin pun janji mereka heppi dapat melampiaskan gelojak nafsu masing- masing.

Diorang juga tak kisah perbuatan DOSA yang diorang lakukan itu sebenarnya di"SHARE" sekali ke dalam akaun mak ayah diorang.


Tak TAKUT ALLAH ke bermaksiat macam tu?

"Eh kitorang bukan buat maksiat pun, bukan beromen pun, setakat keluar lepak2 dating2 je. Sweet apa"

Ya, bila definisi maksiat disempitkan hanya kepada "BEROMEN".

Sekali lagi rujuk RUKUN COUPLE.
Ada mention "ALLAH" tak kat rukun tu? Takde kan?

Semestinya takkan ada, sebab jika ada, maka terbatallah RUKUN COUPLE tu kerana sudah terang-terangan COUPLE ITU HARAM dan tak pernah wujud istilah tu dalam Islam.

Sebab tu lah pasangan couple ni tak peduli AMARAN ALLAH dalam surah Al Isra' ayat 32 yang melarang mendekati ZINA. diulangi MENDEKATI. bukannya melakukan zina.

Mendekati pun dah dilarang keras, inikan pula terlanjur (lah sangat) yakni berzina sampai beranak pinak.

YA, COUPLE itu bibit2 ke arah perzinaan.

Sewaktu bercouple memang lupa segala, tapi bila dah berantakan, dah break up barulah kata Allah nak uji, nak ganti dengan yang lebih baik laa, macam-macam.
Tetibe tup tup dapat pengganti baru dan ulang kisah lama. Sampai bila baru nak sedar?
Bila dah kena tangkap basah kat hotel bajet baru nak meraung.


Sekarang ni di facebook dan instagram dilanda trend kanak2 hingusan mengupload gambar ber "sweet- sweetan" dengan pasangan couple siap buat video lagi. Shaitonn betul perangai.
Mohon spesies2 ni tak membiak supaya kebodohan generasi mereka tak dilanjutkan ke generasi seterusnya.

Generasi X, Y dan Z ni betul2 mencabar untuk dididik.

Maaflah ayat agak kasar, Aku bukan membenci mereka, bukan membenci batang tubuh mereka, cuma geram dan benci dengan perlakuan mereka.

Mereka, golongan yang patut dikasihani sebenarnya. Bantulah mereka.




"Jangan berbicara tentang "Rukun Couple" andai RUKUN ISLAM, RUKUN IMAN dan RUKUN NIKAH pun tergagap- gagap nak sebut."



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 9 June 2013

LAWAK : Siapa Perompak Sebenar?







Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: 

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Sumber : Facebook


Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?


Hidup ini penuh dengan ruang dan peluang, yang boleh ditukar kepada wang.
Cuma pilihan kita, sama ada menggunakan jalan yg benar atau tipu helah.

Orang bodoh adalah makanan orang pintar.
Akal, anugerah paling hebat kepada seorang manusia.
Namun tanpa iman dan ilmu, akal tetap terbatas dalam ruang yang sempit.

Perompak yang menggunakan keganasan untuk merompak biasanya mudah ditumpaskan,
Tapi perompak secara sembunyi yang pintar susah dikesan dan dihalang.

Pecah amanah, rasuah, songlap, menggelapkan wang, kronisme, juga adalah bentuk rompakan yang jauh lebih dahsyat berbanding rompakan kedai emas atau bank.


Teringat satu kata2 hikmah :

"MASA ADALAH MODAL, DAN NAFSU ADALAH PEROMPAKNYA"










Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 19 May 2013

CERITA : Budiman dan Butang Refresh





Budiman menaip sesuatu di keyboard
“budak hot dan sombong takkan like status saya, kalau anda budak cool macam saya, sila tekan like”
“Klau takde orang like status saya, saya like sendiri.”

Button post ditekan. Budiman teruja memerhati skrin.
Bilangan likes bertambah setiap masa.
Dia setia menekan button refresh. Refresh. Refresh. Dan refresh.

2 jam berlalu sampai tangannya lenguh.

Tiba2 budiman tersentak. Spontan mulutnya beristighfar.

“Astaghfirullahaladziim”

“Man, jangan lupa setiap hari kena refresh Iman” terngiang2 pesan arwah ibunya.

“Laailaahaillallaah” berulangkali lidahnya mengulang kalimah itu. Hatinya sayu.

Budiman logout Facebook. Langkah diatur pantas menuju ke bilik air.
Dia mengambil wudhu’. Mahu menunaikan Isyak yang sekian tadi tertangguh.
Juga ingin membaca al-Quran semuka dua, setelah berminggu dibiarkan berdebu.
Bagaikan baru tersedar dari lena yang panjang. Budiman bersyukur.

Facebook, telah menyebabkan dia terlupa pesan arwah ibunya supaya menjadi manusia berbudi dan beriman, sesuai dengan namanya Budiman.




Glosari :

1. Budak hot = budak kurang matang yang batak likes dan batak femes. Penagih likes tegar sepenuh masa. Mempunyai ramai friends yang kebanyakan kaki like dan kaki komen. Setiap status dan gambarnya sentiasa diikuti like yang melampau2 banyaknya. Biarpun status sampah.

2. Budak Cool = Budak yang kononnya anti-budak hot. Hakikatnya adalah budak yang jeles dan teringin menjadi hot Cuma belum kesampaian. Menggunakan istilah budak cool untuk menagih simpati serta likes dari orang senasib dengannya. Juga batak like dan femes.

Kamus Fesbuk Edisi ke-12.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday, 11 September 2012

TIPS KAYA RAYA DENGAN HANYA BERBLOG!!! JUTAWAN SEGERA BUKAN LAGI IGAUAN!!


Assalamualaikum...


Hari ni aku dengan murah hatinya nak kongsi Tips camne nak menjadi KAYA RAYA hanya dengan menjadi seorang Blogger. Maknanya ini satu berita baik buat semua makhluk yang mempunyai blog.

camne? goyang tak tengok duit camni??


Suka tak? Suka tak?

Mesti kalau korang perasan blog aku ni takde iklan, nuffnang, churp-churp, says ... dan sebagainya. Jadi apa kelayakan aku plak untuk bagi tips dan petua mendapatkan duit daripada blog nih?

Adakah korang rasa tertipu? Lantas aku dicop sebagai penipu?

Memang, blog aku tak pernah ada iklan atau apa2 jenis perniagaan yang boleh menjana duit berkepuk2 masuk kocek tiap bulan. Dan aku tak tipu korang bila aku kata nak bagi tips untuk jadi kaya HANYA DENGAN BERBLOG!

Jadi camner?

JUTAWAN. Pernah tak korang bercita-cita nak jadi seorang jutawan? 

Aku kaya!! yahoo!! google!! aku kaya!!


Apa yang aku nak kongsi ni bukanlah menjadi KAYA atau JUTAWAN yang berkepuk2 duitnya. Bukan. Sebab WANG @ DUIT sentiasa susut nilainya. Dan satu hari nanti takkan berguna lagi.

Tapi jutawan dengan satu sistem yang lebih hebat dari sistem mata wang. Bukan emas... tapi...

PAHALA. Diulangi dengan perkataan lebih besar dan tebal... PAHALA...

Kita boleh menjadi seorang JUTAWAN PAHALA hanya dengan berblogging.


 

Waddefishhh????


Tak payah nak buat muka terkejut sangat.


huuuuh... terkono den...


Mesti ada yang kecewa kan? Almaklumlah pahala ni tak berguna sangat untuk kehidupan dunia ni. Duit lagi penting.

Yang berminat boleh teruskan membaca.


TIPS MENJADI JUTAWAN PAHALA DENGAN BLOG :

1) Berkongsi hanya entri yang bermanfaat.



Entri bermanfaat bukan bermaksud post pasal keagamaan, hadis-hadis, ayat al-Quran atau pasal hukum hakam je.

Kalau rasa ilmu belum sampai tahap tu, tak payah nak paksa diri takut nanti tersilap post hadis palsu ke apa, ajaran sesat ke.

Cukuplah sekadar berkongsi apa yang kita tahu dan kita rasa orang lain juga perlu tahu.

Contohnya cara membuat kuih tat nenas bersalut perisa vanilla.
Atau cara- cara memakai selipar Jepun dengan cara yang betul.

Apa-apa jelah selagi dirasakan boleh mendatangkan manfaat dan tak mengundang kemurkaan Allah mahupun jiran tetangga.

Sebarkan walau hanya sepotong ayat. Sedikit tak mengapa, lebih baik sikit tapi bermanfaat daripada banyak membawa mudarat (entri fitnah mengutuk)


2) Klik Butang “share “ kalau rasa entri blog orang lain tu ada manfaat.

banyak cara nak share...


Ok, yang ni berita baik buat mereka yang takde blog tapi suka baca blog. Bleh tumpang sekaki.
Senang je kan? Satu klik membawa pahala.

Ibarat Perniagaan MLM sistem diamond la. Meh nak terangkan macam mana ohsemnya fungsi button “SHARE” nih..

Sila rujuk gambar rajah di bawah...




Nampak kan? Kalaulah setiap orang yang baca tu share apa yang dia baca, lepastu ada orang lain baca apa yang dia share, pastu orang tu share jugak, dan apa yg di share tu ada lagi orang baca dan share, pastu bla bla bla..

Huh... rehat jap.. penat aku explain. Ada bakat jadi ejen MLM tak?

Hanya goyang kaki saja pahala akan mencurah-curah masuk ke dalam kantung amalan kita.


'Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.'

(Hadis Riwayat Muslim)



3) IKLAN : sebarkan Program Ilmu dan Ceramah

Kalau korang ada tau /terbaca/ terpandang poster ke atau ada pengumuman bahawa kat kawasan korang tu akan diadakan program yang baik-baik (bukan konsert k-POP ye) bolehlah tolong iklankan dan sebarkan biar ada orang tau.

Guna medium blog dan internet ni lebih cepat orang tau. (korang tak pergi pun takpe, uhuk uhuk)

4) REVIEW Blog/ page yang bagus pengisiannya

Daripada korang sibuk mengampu blogger femes atau dok promote blog artis/ retis dengan harapan tarik perhatian dorang atau SEO baik korang review blog aku blog ustaz2 atau blog yang tak merapu isinya.

Tak guna nak kejar SEO /backlink sambil trafik dosa mencurah2 masuk. Nak review blog ni pun kena pilih gak sebab takut kita tolong promote dosa orang lain.

Kalau blog tu asyik tayang gambar/cerita tak senonoh /tak tutup aurat tak payah la promote walaupun menjamin trafik tinggi ke blog.

Bila kita review blog yang membawa manfaat dan orang singgah dan mengamalkan apa yang dikongsinya maka share pahala tu insya Allah akan sampai kepada kita jugak,



Cukuplah kot sampai sini. Banyak-banyak kongsi kan korang jadi lagi lebih kaya daripada aku (penyakit kedengki mahluk2 manusia yg kedekut ilmu takut orang lebih hebat daripada dia)


AWAS! Anda juga bisa menjadi JUTAWAN DOSA hanya dengan mengamalkan tips kat atas tu secara SONGSANG...

Oh ya.. lupa nak ingatkan... TIPS2 kat atas tu akan jadi sia-sia je jika niat TAK IKHLAS. Kalau setakat nak menunjuk-nunjuk nak riak takbur ujub sumaah baik tak payah la. Bazir masa je...




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 15 January 2012

NIQAB : Ikhlas Kerana Allah VS Tabarruj dan Fesyen


Assalamualaikum....




Sebelum aku mulakan bicara, mula2 aku ingin minta maaf jika isu yang akan aku bangkitkan ni menyinggung mana2 pihak... tapi terpaksa juga timbulkan sebab manalah tau orng yg terbabit ni bakal isteri aku ke nanti.. haha... tinggi sungguh imaginasi aku nih... tp siapa tau, itu bukan kerja kita.

(ENTRI NI DAH SEBULAN AKU SIAPKAN TAPI RAGU-RAGU UNTUK PUBLISHKANNYA)

Mula2 cuba perhatikan gambar yg kat bawah ni... gambar ni aku lukis jela, takkan nak tunjuk gambar betul, kan?






Ape pendapat korang? Bagus kan? Bertudung malah berniqab lagi, nmpak solehah dan baik je...  Ok tak klu wat profile picture kat FB? Okla kan? Menutup aurat ape...

            Tapi... tak rasa lain macam ke? Sejak akhir2 ni makin ramai lak berposing gambar yang menutup wajah dan hanya menampakkan dua bijik mata je... Okla tu klu nak bnding dengan mereka yang berposing free hair, baju sendat, lidah terjelir ,mulut itik dan tayang bodi.

            Cuma mungkin dalam tak sedar perbuatan ni boleh menimbulkan salah faham atau fitnah kepada orang2 yang betul2 ikhlas dan istiqamah dalam memakai niqab demi melindungi maruah mereka dari pndangan ajnabi.

            Sebab apa? Kerana daripada pemerhatian aku, orang2 yang wat photoshoot gambar camtu sebenarnya tak pakai niqab pun kat dunia realiti atau gambar2 lain takdelah sempurna sangat menutup auratnya. Jadi ada kemusykilan sedikit tentang tujuan sebenar mereka bergambar camtu. Dengan gaya yang agak berlebih serta sengaja membesarkan anak mata. Sebab mahu kelihatan cantik tetapi sopan?

            Maaf sekali lagi. Aku sedaya upaya cuba bersangka baik bahawa mereka memang adalah orang2 yang ikhlas mengenakannya, tapi sayang sekali post2 mereka yg lain tidak menggambarkan ciri yang sepatutnya ada pada seorang yang betul2 ikhlas melakukannya demi menjaga serta melindungi mahkota kehormatan mereka. Demi melindungi mereka dari menjadi fitnah.  (ayat2 di atas menggambarkan aku sbg seorang stalker yang tegar? Haha)

            Sungguh, daya tarikan seorang perempuan itu maha hebat. Walau hanya sepasang mata yang kelihatan, tapi jika digayakan dengan aksi manja sebegitu, aku yakin tiada lelaki normal yang hatinya tidak bergetar, keimanannya yang tidak akan teruji serta jiwanya yang tidak sedikit pun terganggu... (cam lebih2 la plak).  Nampak? Betapa dahsyatnya kuasa magnet yang ada pada seorang wanita. Atas sebab itulah diwajibkan menjaga setiap gerak serta tingkah mereka.

            Dan harus diingat, bukan semua lelaki yang melihat anda akan memandang dengan pandangan penuh kehormatan. Pandangan seorang lelaki itu ada berbagai jenis pandangan, bergantung pada tahap keimanannya semasa itu, serta bergantung juga kepada keadaan yang dipandangya.

            Jadi, mudah saja, nilai balik diri sendiri, atas sebab apakah niqab itu dipakai? Mahu menarik perhatian, like serta komen? Demi memenuhi keinginan diri untuk kelihatan lebih menarik? Atau ikhlas kerana Allah. Kerana perbuatan itu boleh menyebabkan orang2 yang kurang faham tentangnya salah faham serta memandang serong kepada pemakai-pemakai niqab yang lain.

            Perlu dilihat kembali tujuan asal digalakkan memakai niqab. Orang perempuan diberi hak dan pilihan untuk memakai niqab, dan jika kita (err... kita?) memilih untuk memakainya bermakna pakai untuk menjaga maruah diri dari pandangan mata yang tak sepatutnya. Bukan kerana mahu kelihatan berfesyen. Jika untuk fesyen, niqab bukanlah pilihannya.

             Jika niqab yg berwarna-warni, atau bergermerlapan dan menarik perhatian, rasanya tercapai tak tujuan asal pemakaian niqab? Tapi realitinya itulah fenomena yg mula timbul di negara kita, sama ada perasan ataupun tidak. Niqab bukan untuk melawa, klu nk nmpak lawa, jangan pakai niqab!

errr? niqab?

            Mungkin aku silap. Dan aku masih harap penilaian aku ini silap. Bukan aku tujukan semua ini kepada mereka yang benar2 memakainya demi menegakkan syariat, tetapi kepada mereka yang telah menyalahgunakannya sehingga boleh menjatuhkan martabat mereka sendiri. Belajarlah menutup aurat dengan sempurna terlebih dahulu, kemudian barulah bergerak selangkah lebih ke depan , dengan memakai niqab jika dirasakan menutup aurat yang wajib itu masih belum mampu menahan pandangan nakal lagi merimaskan itu.

            Dan kepada mereka yang memilih untuk tidak mengenakan niqab, janganlah memandang serong kepada mereka yang memilih untuk berniqab ini. Kagumilah mereka. Mereka sanagt hebat, dan patut dipuji. Dalam semua manusia sibuk berhias dan bertabarruj, mereka memilih untuk memelihara diri mereka, kerana Allah, dan hanya menyajikan indahnya rupa paras mereka hanya untuk suami-suami mereka.

            Percayalah, dengan adanya golongan-golongan seperti ini, sedikit sebanyak rahmat Allah turut terkena tempiasnya kepada kita di negara ini. Dan bala bencana dielakkan menimpa negara kita. Ucapkanlah terima kasih kepada mereka kerana telah menyejukkan pandangan di muka bumi ini. Janganlah diperli dan disindir kononnya tidak sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Mereka telah memilih untuk menahan kepanasan yang tidak seberapa ini, demi sebuah Syurga yang dingin dan nyaman sepanjang  hidup mereka di alam selepas ini.

            Berani dan sanggupkah kita meninggalkan sedikit nikmat di dunia ini seperti mereka? Jika tidak, cukuplah kita sekadar menghormati pilihan mereka. Jika kita tak mampu berbuat kebaikan sehebat itu, janganlah kita pula membencinya.  

Sekali lagi, maaf jika tersilap bicara terguris rasa.

maaf kepada pemilik2 gambar di atas, hanya sebagai contoh. Moga Allah memberkati mereka. 


- Cukuplah sekadar menutup aurat, tanpa niqab, jika itu yang termampu-


Wallahua’lam






Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...