Saturday, 16 November 2013

Cerita Grafik : Sebuah Mini Cooper dan Senaskhah Al-Quran





Haikal termenung jauh ke luar jendela. Pandangannya menerobos ke ruang langit menembusi lapisan awan yang kelihatan mendung. Sebagaimana mendung hatinya tika ini.

Digenggam erat keputusan UPSR di tangannya. Entah mengapa, keputusan 5A yang diraihnya tak membawa kegembiraan  sebagaimana yang dia sangkakan. Haikal mengeluh buat kesekian kalinya.

Dia terguris. Hatinya rasa sakit setiap kali memandang hadiah yang masih berbungkus rapi di atas meja tulisnya itu. Itulah hadiah daripada ibu dan ayahnya tanda ucapan tahniah atas kejayaannya.

Dia tahu di dalam bungkusan itu ada permainan Playstation 8 yang menjadi idamannya selama ini. Tapi entah syaitan apa yang merasuknya kala ini sehingga dia tidak berterima kasih pun kepada ibu dan ayahnya yang telah bersusah payah membelikannya hadiah itu.

Dia terbayang wajah bangga Aiman rakan sekelasnya yang juga mendapat 5A. dia mendapat hadiah sebuah motosikal  Yamaha LC135 pink yang cool.

Terngiang-ngiang lagi suara jeritan Aisyah .
“Yahooo, aku dapat 5A! mommy dan daddy dah janji belikan aku laptop Apple, iphone 7 dan bawa aku melancong ke Planet Marikh!”




Hati Haikal bertambah cemburu bila melihat seorang lagi kawannya mendapat hadiah kereta mini cooper  yang berharga lebih rm200,00. Padahal mereka semua mendapat 5A. sama je.
Heboh seluruh Negara bercerita tentang kawannya itu.

Paling Haikal tak boleh terima apabila Budin yang hanya mendapat 4A 1B mendapat hadiah yang lebih mahal dah hebat daripadanya.

“Tok, tok, tok!!” bunyi ketukan bertalu-talu pada pintu biliknya tak dihiraukannya.

“Haikal, jomlah turun makan malam, dah sejuk makanan tu. Ibu masak lauk kegemaran Haikal ni”
Sayu suara Mak Jah memujuk Haikal. Sudah masuk 10 jam Haikal melancarkan mogok lapar. Mak Jah sendiri bingung memikirkannya.

“Tak nak! Mak ngan ayah tak sayang  Haikal! Kalau mak sayang Haikal, belikan Haikal motosikal sama macam yang Aiman dapat tu!” Jerit Haikal sekuat hati.



Berdesing telinga Pak Mail mendengar jeritan anaknya itu. Diikutkan rasa amarahnya mahu sahaja ditendangnya pintu bilik Haikal dan dibelasahnya budak itu sampai lembik.

Namun imannya masih mampu mengawal kewarasan akalnya. Istighfar masih tak lekang daripada  lidahnya.

Keluarga Pak Mail bukanlah keluarga berada. Hasil simpanannya dapatlah dia membelikan hadiah PS8 yang diminta oleh Haikal. Tapi lain pula jadinya. Ibarat diberi betis minta peha.

Sedangkan sebelum ini Haikal anak yang mendengar kata. Faham akan keadaan keluarga mereka. Buntu Pak Mail memikirkan sebabnya.


……………………………………………………..


Haikal cemburu melihat kawan-kawannya mendapat hadiah yang lebih mahal biarpun keputusannya lebih baik daripada mereka.
Ditambah pula dia diejek dan diapi-apikan oleh beberapa kawannya.

“Hek eleh setakat PS 5 tu dah lama dah bapak aku belikan” Suara Syahir bagaikan halilintar membelah pendengaran Haikal.

“Haikal, ko mintak la bapak ko belikan motosikal, nanti boleh kita pergi sekolah menengah sama-sama nanti” Hasut Aiman anak Tauke stesen minyak yang kaya raya.

Suara-suara tersebut silih berganti bermain-main di kotak fikirannya. Emosinya tambah celaru.
Haikal bertambah tertekan.

“Tok,tokk, tokk” bunyi ketukan pada pintu bergema lagi. Kali ini lebih kuat.

“Haikal, ni Hafiz call, dia kata nak cakap dengan Haikal, keluarlah kejap nak” Lembut suara Mak Jah memujuk.

Hafiz! Hampir terlupa Haikal akan teman baiknya itu. Dia sampai terlupa untuk bertanyakan keputusan UPSR Hafiz tadi kerana ingin cepat pulang akibat tidak tahan dengan sikap kawan-kawannya.

Haikal tahu pasti Hafiz mendapat 5A juga kerana selama ini Hafiz sentiasa menjadi pelajar terbaik di sekolahnya. Malah jauh lebih baik daripada Haikal sendiri.

Perlahan-lahan dibukanya pintu bilik. Dihulurnya kepala menjenguk keluar.
Pantas telefon bimbit bertukar tangan daripada Mak Jah ke tangan Haikal. Sempat Mak Jah melirikkan senyuman buat anak kesayangannya itu. Haikal adalah benih harapan buat keluarga mereka.



Haikal masuk semula ke biliknya bersama telefon itu.
“Helo, Haikal… tahniah, aku dengar ko dapat 5A. Aku tumpang gembira” Suara hafiz sayup-sayup kedengaran di sebalik talian.

“Er, Fiz, ko dapat berapa? Mesti 5A jugak kan? Ko kan best student”  tergagap sedikit suara Haikal.
“Alhamdulillah, aku Berjaya dapat 5A. Tak sia-sia usaha kita selama ni. Mak ayah happy giler”
Riang sekali Hafiz mengkhabarkan berita gembira itu.

“Haikal, mesti ko dah dapat kan PS8 yang ko minta sebagai hadiah tu? Mesti best kan?”

“A’ah… err .. dah. Ok la…”
“Fiz, aku nak Tanya… ko dapat hadiah apa? Mesti lagi best kan? Ko mintak apa?”
Haikal bertanya dengan penuh rasa ingin tahu.
“Haa… aku pun dapat hadiah tau. Walaupun aku tak pernah minta apa-apa”

“Waah, ko dapat apa? Mini cooper ke? Motor superbike ke?”

“Eh ko ni, aku ni basikal pun tak berapa lepas, inikan pulak nak bawa kereta haha”
“Haikal, ko ingat tak aku pernah cerita lepas tamat sekolah rendah aku nak masuk Sekolah Tahfiz? Aku nak jadi seorang hafiz!” semangat sekali suara Hafiz menceritakan impiannya.

“Alhamdulillah, ayah aku menghadiahkan aku sebuah al-Quran tafsir per kata. Dia bersetuju nak hantar aku ke sekolah tahfiz”

“Eh, takkan al-quran je kot? Ko kan dapat 5A” Haikal bagaikan tidak percaya.

“Bagi aku itupun sudah cukup. Ayah aku bukannya orang kaya. Allah dah bagi apa yang aku perlukan. Jadi kenapa aku perlu jadi hamba yang tak bersyukur, betul tak?” Petah sekali bicara Hafiz, sesuai dengan jawatannya sebagai Ketua Murid di sekolah mereka.

Haikal terkedu. Hampir terlepas telefon dalam genggamannya.



Ah, Hafiz, seindah nama, semulia itu juga akhlakmu. Tiba –tiba Haikal bagaikan terbangun daripada mimpi yang panjang.
Baru dia teringat, keluarga Hafiz lebih susah daripadanya, tapi tak pernah sekalipun dia mendengar rungutan daripada sahabat baiknya itu.

Fikirannya yang sejak tadi merusuh seakan hilang segala keruhnya. Kembali jernih dan tenang.

Kata-kata Hafiz sebentar tadi melenyapkan keangkuhan dan kedegilannya. Haikal betul-betul malu pada dirinya sendiri.
Betapa pemikiran materialistik telah mengelabui kejernihan hatinya sehingga dia hilang kewarasan dalam membuat pertimbangan yang rasional.

Padahal semua itu telah saban hari telah diajar dan dipateri kukuh dalam dirinya sejak kecil lagi. Ayah dan ibunya selalu berpesan supaya bersyukur dengan apa yang ada. Sesungguhnya orang yang bersyukur itu akan ditambah keberkatan rezekinya.

“Fiz, terima kasih. Nanti kita  jumpa lagi”
Haikal mematikan talian meninggalkan Hafiz terpinga-pinga.

Segunung penyesalan dan rasa bersalah terhadap ibu dan ayahnya menyelinap ke segenap penjuru hatinya. Haikal sebak.

“Kejayaan dalam peperiksaan bukanlah penentu kejayaan kita di akhirat. Kalau mendapat 100A pun tak berguna kalau Allah tak redha. Kalau hati ibu dan ayah kita sakiti” Haikal teringat pesanan Ustazah Khadijah hampir setiap kali kelas Pendidikan Islam.

“Ingat, bila kita Berjaya, semua itu bukanlah hasil usaha kita seorang. Itu hasil doa ibu dan ayah, guru-guru dan kawan-kawan. Kejayaan itu sendiri adalah hadiah paling bermakna buat kita dan orang-orang yang saying akan kita. Sepatutnya kita yang menghadiahkan mereka yang banyak berkorban untuk kejayaan kita, bukannya minta hadiah yang bukan2 daripada mereka.
Tapi kalau dah orang bagi tu ambil jela” kata-kata Cikgu Yusuf disambut dengan gelak ketawa murid2 Tahun 6 Amanah.

Semua ingatan itu menginsafkan Haikal.

Perlahan dicapainya bungkusan hadiah di atas meja itu. Dipeluknya erat bersama esakan kecil yang sayu.



Haikal bergegas keluar dari bilik. Separuh berlari menuju ke ruang tamu tempat ayah dan ibunya berada.
Pantas digenggam erat tangan ibunya. Dikucupnya bertubi-tubi.

“Mak, ayah.. Haikal minta maaf. Haikal berdosa buat ayah sakit hati, buat mak sedih. Maafkan Haikal”
Tidak terbendung lagi tangisan Haikal. Dia menangis semahu-mahunya.

Mak Jah turut menangis. Dipeluk erat anaknya. Diusap lembut ubun-ubun Haikal.
Pak Mail menarik nafas lega.




“Ayah, Haikal sebenarnya tak perlukan semua hadiah tu. Cukuplah kejayaan ini sebagai hadiah buat Haikal. Buat Mak. Buat ayah”
Haikal menerpa Pak Mail. Diraihnya tangan kasar ayahnya dan diciumnya penuh kasih sayang.

“Ayah, izinkan Haikal menyambung pelajaran ke sekolah Tahfiz. Haikal mahu jadi seorang hafiz. Haikal mahu jadi anak yang soleh”

Pak Mail sedikit terperanjat. Bibirnya tak henti mengucapkan syukur.

Air mata lelaki Pak Mail tumpah jua. Dipeluk erat anak sulungnya itu. Dia tahu Haikal anak yang baik. Dia sendiri mendidik anaknya dengan ilmu agama yang cukup.

Biarpun mereka tidak berharta, namun keluarga mereka kaya dengan ketinggian pekerti. Kaya dengan kasih sayang yang tak pernah berkurang.



Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas nikmat-Mu yang tak ternilai ini.
Kami tak perlukan limpahan kemewahan harta, cukuplah dengan rezeki yang berkat, tubuh yang sihat  dan keluarga yang bahagia.




P/S : Kalau ibubapa nak bagi hadiah kpd anak2 takde masalah, cuma kena fikirkan kesesuaian dengan tahap pemikiran dan anak .
Tapi oklah kalau harta sendiri dan mampu. Yang menjadi masalah bila ada menteri menyuap anak bini dengan harta rakyat marhain. Itu yang lebih patut kita bisingkan.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

21 comments:

  1. woaa, menangis sy baca..terbaekk ;)
    www.fatinalyaa.com

    ReplyDelete
  2. wohh nice entry keri. semoga budak2 yang masih blajar ni dapat iktibar lah ya. haha. aku pun dapat 5A tau. xdpt hadiah pun 14 tahun lepas.

    ReplyDelete
  3. terbaik cikgu... macam same jerr apa yg kita fikir..

    ReplyDelete
  4. meremang pulak baca part dialog haikal dengan hafiz tu huhu..

    ReplyDelete
  5. salam blogger. aliran airmata mengiringi bacaan ku.

    ReplyDelete
  6. Good Job! Kreatif! penyampaian mesej melalui cerpen begini..

    Saya suka! saya suka!

    ReplyDelete
  7. besti gila baca cerpen ni cikgu keri:-)

    rasa macam nak kartunkan je..hahaha

    ReplyDelete
  8. saya pun 2tahun lepas beli mini cooper gak, beli dengan hasil titik peluh sendiri jual ayam kt kfc.. tidak mengguna duit mak ayah pun. alhamdulilah~ rezeki Allah nak bagi, walaupun mini cooper yang saya beli hanyalah sejenis mainan, saya bersyukur sangat2.. sb saya sedar saya tiada lesen lagi. Maka Allah SWT telah merancang sebaik2nya..

    ReplyDelete
  9. Nizam:
    Tq sudi baca. Moga ada iktibar yg dpt dikutip

    Cik Tin :
    Saya pn sebak time menaip cerita ni...
    Teringat murid2 yg kurg bernasib baik

    Adam :
    Aku x dpt 5A. Tp dptla hadiah ug murah harganya tp mahal nilainya

    ReplyDelete
  10. Wan hazel:
    Kita mmng bnyak persamaan haha

    Shafina:
    Tu tandanya menghayati dan menjiwai cerita

    Jamil :
    Org yg mudah menngis melihat kesusahan org ni org yg baik hati

    ReplyDelete
  11. Mamiraysha:
    Alhamdulillah... Trima kasih

    Nazha:
    Kalau rajin buatlaa. Haha

    Biskot:
    Haha. Okla tu dpt model pn jadila. Asalkan bersyukur

    ReplyDelete
  12. sedih pulak hati kita ni..sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.itu lebih baik.. :)

    ReplyDelete
  13. Salam...em sedihnya baca..aku harap anak-anak yg dtg dpd keluarga yg susah xde lah minta yg mengarut2 yg smpai susahkan ibu ayah diorang.. kesian parents, hmm...sedih :(

    ReplyDelete
  14. Azhafizah:
    Bersyukur dgn apa yg ada dan berusaha memperbaiki hidup ke takuk yg lbih baik.

    Lynn Damya:
    Itulah point utamanya. Kena faham takat mana kmampuan parents. Jgn dibandingkn dgn kwan yg lebih berada

    ReplyDelete
  15. Aku dulu dapat lori treler jer.. hahahah.. lagi power... kakakka...

    Lori mainanlah tapinya.. koh koh koh

    ReplyDelete
  16. Anak tokey ayam dgn abah dia tu kena baca cerita ni...

    Aku dulu tak dapat apa2 pun UPSR...
    Mgkin sbb abah aku bukan tokey ayam kot...hahaha

    ReplyDelete
  17. terharu baca entry ini. Banyak sangat pengajaran.. :)

    ReplyDelete
  18. bace punye bace x sangka air mate meleleh ,

    ReplyDelete
  19. syukur dengan apa yang ada..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...