Suatu masa
dulu
Aku bangga bercerita tentang bangsaku
Perihal hebat semangat kepahlawanannya
Menukilkan
teguh jati dirinya
Suatu masa
dulu
Aku
tersenyum megah melaungkan
Aku melayu
bangsa mulia
Bangsa
terhormat kaya budi pekerti
Hebatnya bangsaku
bangganya aku
Bukan
kerana bangsaku bangsa majoriti
Bukan
kerana bangsaku penguasa tanah air ini
Tapi kerana
bangsaku melambangkan agamaku
Suatu masa
dulu
Bangsaku
bangsa Melayu
Islam
dijunjung syariat dijulang
Rela
menumpahkan darah menegakkan panji agama
Tapi kini
Bangsaku
lesu
Tidak lagi
segah dulu
Kembang
mekarnya kian layu
Islam bukan
lagi identiti bangsaku
Islam
tinggal hanya pada nama,
Hanya pada
pengenalan diri,
Bukan lagi
sebagai cara hidup yang syumul.
Kadang kala
laungan Hidup Melayu bergema,
Hanya
sandiwara topeng politik,
Hidup
bangsa mati agama,
Ibarat mati
sebelum ajal.
Takkan
Melayu hilang di dunia,
Kata sakti
pahlawan terbilang,
Takkan
Melayu hilang di dunia,
Andai Islam
masih dijulang.
Di
penghujung sisa-sisa umur dunia,
Melayu
makin suram,
Terleka
dengan keseronokan dan hiburan,
Menunggu
masa untuk padam.
Allahhuakbar :'( Apabila teringat makcik miza selaku cikgu disiplin di satu sekolah ni bagi tahu ramai budak-budak Melayu yang murtad. Allah. Ya Allah lindungilah kami. Lindungilah ummah islam. Lindungilah kesucuian agama islam :'(
ReplyDeleteAbang Keri, nak copy paste abang keri izinkan tak ? ^^"
Bangkitlah wahai melayu..memang melayu tak kan hilang di dunia.Tapi jadilah bangsa melayu yang menegakkan agama Islam.
ReplyDeleteaku pun rasa benda sama. macam dah hilang kemelayuan sebab lebih ke arah kebaratan
ReplyDeleteNur Hamizah:
ReplyDeleteSilakan
Azhafizah:
Semua bangsa akan lenyap suatu masa nanti. Melayu juga. Kita akan dibangkitkan d mahsyar sbg manusia tnpa kira bangsa
Nurdani:
Kalau tengok pemakaian dh x boleh beza agama apa dah
:(
ReplyDeleteperkembangan teknologi. dulu tiada internet, jadi orang taktahu apa jadi diluar sana (bepegang & taat pada satu). skrg guna hp, langgan je internet, boleh tengok macam2.. jadi terpengaruh~ :) salah siapa ? salah sendiri~ juga.
ReplyDelete(masakan melayu pun sy hampir lupa, nasib baik hari2 mkn nasi lemak)
saya nak jadi melayu yang maju. tapi taklupakan sejarah dahulu..
ReplyDeleteGadis Misteri :
ReplyDelete:(
Biskot:
Alhamdulillah teknologi ni bawa kebaikan buat saya.
Terpulang kpd cara guna masing2
qarr jalil:
kenal sejarah supaya tak jatuh lubang sama berkali2. supaya pisang tak berbuah 2 kali
hanya melayu sahaja boleh ubah melayu
ReplyDelete