Monday, 30 December 2013

AMBANG 2014 : SAMBUTAN TAHUN GULING- GULING


Assalamualaikum..









2013 hampir melabuhkan tirainya. Apabila tabir disingkap menjelmalah tahun 2014.
2013 akan kita tinggalkan bersama azam-azam lama yang mungkin telah tercapai, mahu diteruskan pencapaiannya ataupun berkubur sekadar azam yang bertukar angan.
2013. Banyak kontroversi dan fenomena  besar yang melanda negara kita yang tercinta. Suka yang sama- sama kita kecapi. Ada juga duka yang sama-sama kita ratapi.

ERA PASCA-PILIHANRAYA

Peristiwa paling besar bagi aku adalah Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan pertempuran sengit di bidang siasah dan politik.
Kehidupan era pasca –pilihanraya nyata seperti edisi-edisi sudah hanya indah khabar dari rupa.
Kita sebagai rakyat menjadi pemerhati dan penilai berapa banyak janji yang sudah dilaksana dan berapa banyak pula yang dimungkiri tanpa rasa bersalah.

Aku rindu suasana sebelum PRU. Semuanya kedengaran manis dan indah. Mimpi bersinar, angan membunga, impian menggunung.

Aneh, kitaran janji-tipu-janji-tipu menjadi makanan rutin rakyat. Ada yang sedar dan ramai juga yang terkebil-kebil keliru.
Dua- dua pihak masih tak terlepas daripada fenomena “terpaksa memungkiri janji”. Pihak yang menang menjadi kerajaan mahupun yang kalah terpaksa menjadi pembangkang.

Rentetan kenaikan harga barang dan kos sara hidup di hujung baki tahun 2013 ternyata menyesakkan rongga dada rakyat marhaen yang terpaksa bernafas lelah di celah-celah sempit kehidupan di bawah payung sistem kapitalisme ini.
Kapitalisme menyebabkan kita menjadi hamba materialistik. Hamba kepada wang.

Cukai naik dan subsidi dikurangkan. Syukurlah sekurang-kurangnya rasionalisasi subsidi gula (baca: harga gula naik) telah mengurangkan kes-kes diabetes secara mendadak.
Alternatif kenaikan petrol, sudah ramai yang mula beralih kepada kenderaan dan jet peribadi yang tak menggunakan RON 95, 97 ataupun diesel. Diorang gunakan kerosin. Atau minyak sawit perah sendiri.
Tol naik? Guna sahaja laluan untuk motosikal. Atau jalan denai celah hutan belantara yang bebas tol.
Tarif elektrik meningkat? Kita negara iklim khatulistiwa. Disimbah cahaya matahari sepanjang tahun. Tenaga solar penyelesaian terbaik. Biar TNB bangkrap. Padan muka.

Menteri? Persetankan mereka yang tak pernah merasa mengeluarkan duit sendiri membeli keperluan asas. Tak pernah berasa gelisah mahu mencatu segala perbelanjaan harian. Hanya mahu mencuba derita rakyat secara bermusim. Itu pun hanya bermuka-muka.
Yang menteri tahu hanya menggunakan otak bebal mereka mengeluarkan kata-kata dan kenyataan bodoh yang mengguris hati rakyat yang telah sedia terluka. Darah luka lama masih mengalir, ditebuk pula luka yang baru.
Dan mereka terus berdekah-dekah ketawa di atas kerusi empuk amanah yang telah hitam legam dengan pengkhianatan dan korupsi.
Kroni? Mereka berada pada kelas tersendiri. Kasta mereka lebih tinggi berbanding rakyat biasa. Mereka lebih mulia dari kita semua. Heh.

HIMPUNAN GULING KERAJAAN

Penghujung era 2013 kita dikejutkan desas desus kencang bertiup di media tentang sebuah perhimpunan yang dikatakan mahu menggulingkan kerajaan!
Dengar saja sudah cukup menggerunkan. Aku dah membayangkan sekumpulan besar manusia berarak dengan ganas membawa senjata berbahaya bersama sekelompok batalion tentera yang berpaling tadah.
Bergerak menuju ke pusat pentadbiran dan menyerang segala apa yang menghalang kemaraan mereka. Pertempuran sengit tercetus. Nyawa melayang.
Err, mungkin aku terlampau banyak menonton cerita perang.

Dan sejujurnya bila dengar nama “Himpunan Guling Kerajaan” sudah mampu membuat orang guling-guling ketawa. Lucu. TURUN tiba-tiba menjadi GULING.
Hebat sungguh sentimen meniupkan api keresahan dan kebimbangan yang dimainkan oleh media. Aku hampir hampir percaya 2%.

Aku masih belum menjumpai ayat-ayat hasutan daripada pihak penganjur supaya menggunakan kekerasan dan keganasan menuntut kerajaan sedia ada melepaskan takhta pemerintahan yang sekian lama selesa dipegang.
Kalau ada pun hasutan ianya datang daripada individu dan bloggers yang boleh dipersoalkan kredibilitinya. Malang, akhbar,TV dan media utama menjadi pencedok menyebarkan berita yang belum tentu sahih. Media nyata selevel majalah tabloid gosip murahan penyebar fitnah.
Sehina Majalah Mangga dan rancangan Melodi.

Ini dunia akhir zaman. Zaman fitnah. Zaman di mana fitnah berleluasa dan digunapakai sebagai fakta.

Senjata paling canggih yang diseru supaya dibawa pun mungkin hanya garam dan air mineral. Takkan hanya dengan itu sahaja mampu menggulingkan sebuah kerajaan yang cukup hebat dari segi ketenteraan dan persenjataan?
Hantar saja sebuah Scorpene sudah cukup menghapuskan sekelompok manusia itu. Eh silap. Scorpene bukan alat ketenteraan. Ianya artifak lagenda zaman berzaman.

Atau mungkin aku silap. Maklumat aku belum cukup. Korang nilaikan sendiri. Ataupun kita tunggu dan lihat.

Yang pasti aku tak sertai himpunan sama ada guling kerajaan mahupun guling akhlak.

HIMPUNAN GULING AKHLAK

Sambutan Ambang Tahun Baru kalau masih diteruskan tradisinya seperti tahun-tahun lepas nyata jauh lebih berbahaya daripada “Himpunan Berguling-guling Bersama Kerajaan”.

Himpunan muda mudi menyambut tahun baru dengan program maksiat lebih berbahaya kepada akhlak dan akidah. Ianya HIMPUNAN GULING AKHLAK. Mungkin lebih dahsyat GULING AKIDAH. Amalan agama apakah yang menggalakkan umatnya berhibur secara melampau untuk menyambut ketibaan awal Masihi? Belum cukup sambutan 1 Muharram? Itupun kalau teringat nak sambut.

Pujalah artis yang kamu suka itu. Agungkanlah hedonisme yang telah menjadi raja itu. Sembahlah nafsu yang hampir menobatkan dirinya sebagai Tuhan itu.
Mungkin jika korang bernasib baik, korang akan dihimpunkan bersama artis-artis yang korang cinta itu. Bila? Apabila semua manusia berhimpun dalam satu himpunan mega yang paling besar di akhirat kelak.

HIMPUNAN GULINGKAN KEBATILAN.
HIMPUNAN GULINGKAN PENDERHAKA.
HIMPUNAN GULINGKAN MANUSIA KUFUR.
HIMPUNAN DI PADANG MAHSYAR.


#Maaf artikel terlalu panjang. Mungkin tiada yang sanggup membaca. Sekadar luahan pendapat peribadi. Mungkin hanya pendapat aku sorang. Mungkin tak sehaluan dengan korang.

SELAMAT TAHUN BARU 2014.
Penat menaip. Mahu guling-guling atas tilam sebentar.


 *Lupa. Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog aku. Biarpun banyak merapu.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

10 comments:

  1. setuju..tadi tgk berita pun da mcm sesak nfas je nk msuk tahun bru ni..aduhai..

    ReplyDelete
  2. 2013 ni macam2 benda menggulingkan anak mata. kesan daripada kenaikkan itu ini. macam stress jer...

    ReplyDelete
  3. Timm bill:
    2014 tahun dijanjikan kenaikan segala mcm harga barang

    Nurdani:
    Nangis guling2 tngok senarai panjang kenaikan harga. Last2 Naik darah

    ReplyDelete
  4. aku baca sampai noktah terakhir artikel ni..gigih kan aku?hehehe..

    itulah..rakyat bukan setakat kena jimat cermat, siap kena perah2 lagi..

    menteri2 vangang ni suruh bayar tol sendiri pakai duit gaji sendiri pun taknak..

    harei betui..

    ReplyDelete
  5. Nazha:
    Rakyat kena berjimat spaya duit hasil berjimat dpt diperah dgn jayanya

    ReplyDelete
  6. saya baca je sampai habis. Saya kecewa, sbb saya tak mampu buat apa-apa pn untuk mana2 situasi di atas.

    ReplyDelete
  7. puting botol anak dua ketul RM12 belum pampers lagi.. kena ajar minum cawan dan berak sendiri cepat2 ne bagi menampung kos2 lain..

    bagi kita untuk setahun tapi mereka ambil untuk 5 tahun.. okkk keep calm

    ReplyDelete
  8. Gadis Misteri:
    Takpe. Asalkan x tergolong dlm golongan diorang pun dh dikira bagus.

    Dysha:
    Keep calm. Rezeki Allah itu luas. Dah tertulis utk kita.

    ReplyDelete
  9. depa bkn rs ape pun.. jom guling2 ngan bantal.. mau tdo..

    psstt..psstt.. bkn lupa password.... hilang ingatan truihh...tu yg x hupdated tu... ahahah

    ReplyDelete
  10. Tahun 2014 perlu kerja lebih kuat..banyak betul nak naik rege :(

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...