Sunday, 12 May 2013

Peti Ajaib yang Pandai Berbohong...

Assalamualaikum...

Dulu-dulu waktu kecik rumah aku takde TV macam rumah orang lain. Maklumlah bukan orang senang.
Last -last adala sorang pakcik aku ni sedekahkan TV dia yang lama, sebab dia beli yang baru.

Lebih kurang macam ni la rupanya.. TV hitam putih tanpa warna.


Bukak pun bukan selalu. Sebab mak marah, membazir letrik katanya. Ada masa-masa dan rancangan tertentu sahaja yang dibenarkan tengok.

Tapi entah kenapa aku rasa TV dulu lebih menenangkan, lebih selamat untuk ditonton.
Biarpun kurang menarik tanpa warna warni dan  bunyi yang canggih, tetapi "Peti Ajaib" ini lebih jujur berbicara.

Cerita-cerita yang dipaparkan selamat ditonton seisi keluarga, tidak perlu risau unsur keseksian yang keterlaluan dan ada pengajaran yang dapat dikutip, biarpun sedikit.
Kalau sesekali ada gambar yang sedikit seksi, serentak kami adik beradik tunduk ke bawah, tak sanggup dan malu untuk menontonnya. Comel kan ? haha

Bila tiba waktu Berita, mak ngan ayah aku memang akan tercongok di depan tv. Kadang2 aku tumpang sekaki.
Waktu itu, beritanya benar-benar berita, melaporkan isu dan kejadian yang berlaku di seluruh negara dan dunia.
Biarpun ada ketikanya wujud manipulasi, tetapi masih lagi terkawal. Biasalah tv nak tarik penonton.

Tapi hari ini semua dah berubah. TV makin canggih, warna makin cantik, bunyi lebih hebat.
Tapi sayang, isi penyampaian turut sama berubah.

TV, pemberi maklumat yang setia mula pandai berbohong. Sudah berubah.
Aku makin ragu dan hilang percaya padanya.
Mahu tonton cerita, perlu tapis dulu. Banyak unsur hina dan keji bergelumang dalamnya.
Ada rancangan, penuh dengan hiburan. Hedonisme disajikan sebagai makanan jiwa.

Menteri TV nyata pemalas buat kerja. Tiada tapisan dan garis panduan jelas tentang apa yang boleh dan tidak boleh  ditayangkan kepada umum. (nasib baik beliau dah tak jadi menteri tv lagi)

Berita? penuh pembohongan dan penipuan. Manipulasi dan provokasi menjadi bahan utama.
Penonton dimomokkan berita palsu membentuk persepsi janggal dan negatif.

Aku pun sudah lupa bila kali terakhir aku buka dan tonton tv terutama berita. Sudah terlalu lama.
Kecuali la kat kedai yang aku order nasi goreng dan air kopi ais tu pasang, terpaksalah tengok.

PETI AJAIB itu, makin hilang keajaibannya. Makin hilang wibawanya.
Tapi ada aku kisah? aku ada Peti lain yang lebih ajaib. Yang lebih pantas dan hebat. Cuma perlukan akal untuk menapis maklumat daripadanya.


Peti Ajaib yang baru. Lebih adil.
Tapi AWAS!! Ia tetap lebih berbahaya dan menakutkan, andai disalahguna.


(akhirnya berjaya update entri... huh)



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

12 comments:

  1. Peti ajaib sekarang suma nya cangggih2..
    Btw nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

    insanbiasabiasa.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. sekarang dah bole tutup TV dengan kain..gunakan peti lain untuk berita yang lebih sahih tapi masih perlu ditapis juga.

    ReplyDelete
  3. tak nampak pun Peti Ajaib disini, lebih nampak kepada Peti Suara dan Peti Undi je. XD. (salah baca kot)

    ReplyDelete
  4. Aku pun dah tak ingat bila aku tengok berita kat tv.. wkwkwkkw

    ReplyDelete
  5. okay, aku suka entry ni. Cara kau menyampaikan perbandingan tu mmg best hanya melalui word 'peti ajaib'..aku sgt setuju! :D

    ReplyDelete
  6. @Teena Tna
    terlampau canggih smpai kdng2 x reti nak guna

    ReplyDelete
  7. @Azhafizah Md Nor
    saya dh 3 bulan malas smbung astro. klu ada pn x tengok :P

    ReplyDelete
  8. @BiskOt
    peti undi dh simpan. peti suara masih dan akan terus diguna.

    ReplyDelete
  9. @Aujinz
    tapi ko tengok cerita cerekarama kan?kan? haha

    ReplyDelete
  10. memg tak tgok peti ajaib sibuk layan dua ketul budak ajaib lg bagus..hoho

    ReplyDelete
  11. walau apa pun peti yang ada.. dua dua peti dunia... peti yang meningatkan asal usul kejadian kita cuma satu peti.. peti yg membawa kita ketika mati.

    Tak semua yang benar itu betul betul benar dan ternyata yang salah itu tak semuanya salah. akhir zaman.. yg betul nampak salah, yang salah pun nampak betul.

    =(

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...