Showing posts with label komik. Show all posts
Showing posts with label komik. Show all posts

Saturday, 29 March 2014

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Artikel Pilihan

Assalamualaikum..

Nampak macam best je contest ni. Mudah pun mudah.


Memandangkan takde idea baru sekarang ni, jadi aku cuma kongsikan balik artikel dan artwork lama aku.
Sebab dalam syarat membenarkan asalkan karya original.

Original tu memang original, tapi kalau search kat Google mungkin ada la jumpa kat blog atau page orang lain, sebab aku tengok ada yg copy paste aku punya kartun ni. Tapi takpe memang untuk dikongsikan pun.

Situasi yang cuba aku gambarkan melalui lukisan kat atas tu bukanlah bermaksud perempuan yang seksi dan seksa ni langsung tak layak dibuat isteri. Tak, bukan camtu.

Cuma daripada apa yang aku perhati dan alami, hampir semua orang menginginkan pasangan hidup yang baik atau sekurang-kurangnya lebih baik daripada diri mereka sendiri.

Walaupun seorang Mat Rempit yang tiada hala tuju, tetap menginginkan..... (entri penuh di sini)



GiveAway Contest ini berjalan selama 2 minggu dan akan ditutup pada  
- Sabtu, 5 April 2014 jam 11.59 malam.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 9 February 2014

Cerita Grafik : Teka - teki Malaikat

Kisah benar,

Hari Khamis. Macam biasa aku masuk ke kelas Tingkatan Dua.
Eh buat apa ko masuk kelas? ko student lagi ke? (mungkin ada yang tertanya-tanya macam tu)
Aku masuk kelas nak mengajar, sambil belajar. Aku kerja tukang repair je. Tukang repair budak -budak. Bagi elok tang mana yang patut. Paham dok?

Ok berbalik kepada cerita.
Ni kelas Pendidikan Islam. Aku pun tak paham macam mana aku yg belajar kos Math dan Kimia boleh terperangkap jadi ustaz jadi- jadian (sementara waktu je). Mungkin sebab ada janggut sejemput ni kot.

Jadi dipendekkan cerita, setelah merapu barang sepatah dua kata, dan setelah berkali-kali terkeluar topik dan masuk semula, aku pun tanya la satu soalan mudah.

Lukisan yang agak malas. Malas nak detailkan background


"Apa nama malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa kita?"

Pada mulanya aku jangka soalan kacang ni hanya perlukan masa 10 saat untuk dijawab. Tapi... tapi....

"Malaikat Israfil!" seorang murid menjawab.

"Er, salah. Israfil tugasnya meniup sangkakala. Tiupan yang akan menghancurkan dan kemudian tiupan kebangkitan" Aku bersangka baik. Budak-budak ni eksaited nak menjawab barangkali.

"Ustaz! Malaikat Jibril!"

"Alamak, kesian Jibril kena buat kerja cabut nyawa pulak. Jibril tugasnya menyampaikan wahyu" Husnudzon. Diorang lupa.

"Cikgu, eh ustaz.. Malaikat Ridhwan ke?"

Kesian bebudak ni mengalami kekonfiusan. Apabila cikgu Math mengajar Pendidikan Islam. Keliru nak panggil ustaz ke cikgu. haha. Hentam jela.

"Salah jugak. Malaikat Ridhwan tugasnya menjaga pintu Syurga. Macam mana ni kata nak masuk Syurga tapi tak kenal penjaga pintu syurga"

" Malaikat Israel!" tetibe seorang murid perempuan bersuara.

Aduh. Lagi sadis. Bersangka baik sekali lagi. Mungkin dia keliru ejaan dan sebutan yang hampir sama.

"Mana ada Malaikat Israel. Israel tu negara haram. Bangsa yang menindas rakyat Palestin tu"

Kelas gamat dengan bunyi ketawa.

Akhir sekali. Paling lejen dan rare:

"Malaikat Injil!" yakin sekali seorang murid lelaki menjawab.

Dan beliau digelakkan secara berjemaah oleh rakan-rakan sekelas.

"Injil tu nama kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa" Aku tak mampu bersangka baik lagi dah.



Akhirnya aku terpaksa menjawab sendiri.

"Malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa adalah malaikat Izrail. Lain kali hafal lagu nasyid Selimut Putih Kumpulan Hijjaz"

"OOOOoooooooo..... kitorang memang nak sebut yang tu lah tadi.. hehe "

Kelas berjalan seperti biasa.



Di sebalik tabir (lah sangat) sketch pakai pensel




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 28 January 2013

KOMIK : China, Paris, Korea dan Makkah

Assalamualaikum....





Orang2 zaman sekarang ni terutamanya anak2 muda remaja kalau dengar je ada member pegi melancong  luar Negara mesti tergedik-gedik tergeliat sebab jeles nak pergi jugak. Tambah2 lagi kalau pergi Negara Eropah atau Negara K-Pop.

Tapi bila dengar orang pergi atau balik umrah atau haji takdelah pulak excited dan jeles sampai camtu. Maklumlah Makkah ni tempat orang2 tua yg dah di penghujung usia je pergi. Yang muda-muda ni tunggu dulu, belum sampai masa.

Betullah, dalam Islam pun digalakkan umatnya mengembara ke Negara orang untuk melihat kebesaran Allah, untuk belajar tentang kehidupan Negara orang tapi kalau dilihat tujuan kebanyakan orang2 sekarang ni tak lebih dari sekadar untuk berseronok dan bermegah-megah.


"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. "



(Surah Al-Mu'min ayat 21)



Ruginya menghabiskan duit beribu-ribu untuk melancong tapi tak mendapat apa2 manfaat melainkan keseronokan saja. Malah ramai yang hanya  membawa balik dosa.

Orang muda kalau dah mampu dan berpeluang, patutlah berlumba-lumba untuk sekurang2nya menunaikan umrah. Nak tunaikan haji agak susah banyak syarat dan kena tunggu giliran. Tapi tak mustahil jika diizinkan Allah.

Aku ni kumpul-kumpul duit tetibe surut balik, tapi insya Allah kalau boleh aku nak pergi umrah dalam masa terdekat ni. (tak taula terdekat tu berapa lama jarak masanya )

Mana tau sangkut awek Arab kat sana. Eh, eh, astaghfirullah… niat salah ni.. ahaks. Niat kena betul, baru berpahala.. hoho.


Labbai kallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak


Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu
yang tiada sekutu bagi-Mu


 

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 7 January 2013

MyKomik : Dari Mata ke Hati

Assalamualaikum...


Mata ke hati

Dari TELINGA jatuh ke HATI, itulah WANITA..mudah terpesona dengan apa yang didengarinya..akibatnya, sering TERTIPU antara pujian hakiki dan TIPU HELAH perangkap..

Dari MATA jatuh ke hati, itulah LELAKI..mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya, hingga kerap TERKELIRU antara indah hakiki & palsu..

Oleh sebab itu, wanita perlu BERHATI-HATI dengan UCAPAN LIDAH yang didengarnya & lelaki perlu MENJAGA PANDANGANNYA..(
✿◠‿◠)






“Pandangan mata adalah panah beracun dari antara panah-panah Iblis. Barangsiapa meninggalkannya karena takut kepada-Ku maka Aku ganti dengan keimanan yang dirasakan manis dalam hatinya.”
(HR. At-Thabrani dan Al-Hakim).


Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali, janganlah engkau mengikuti satu pandangan (kepada wanita) dengan pandangan lainnya kerana yang pertama untukmu dan yang kedua bukan untukmu.
(H.R. Tirmidzi dan Abu Daud)

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.




*Entri ni perli diri sendiri... menegur diri sendiri juga satu bentuk dakwah... ahaks.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday, 18 December 2012

MyKomik : Sudikah Awak Menjadi Yang Halal Buat Saya?







Mungkin ramai yang mengimpikan situasi lamaran penuh romantik macam kat atas tu.

“Sudikah awak menjadi yang halal buat saya?” ungkapan keramat seumpama itu adalah impian setiap pasangan yang bercinta. Mendamba cinta yang HALAL.

Maknanya yang tengah bercouple berkepit ke sana ke mari tu memang sedar dan tahu perhubungan mereka selama ini belum halal… atau bahasa kerasnya.. HARAM.

Lelaki gentleman… tak akan sesekali mencemar maruah seorang gadis yang dicintainya dengan sentuhan-sentuhan fizikal sebelum menjadi halal buatnya…

Seorang gadis bermaruah, tak akan sewenang-wenangnya membiarkan dirinya disentuh dan dibelai lelaki yang bukan suaminya.



"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". 
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).



Cinta yang Halal, cinta selepas akad, dibatasi iman berpandukan syariat.

Biarpun pasangan couple itu berakhir di jinjang pelamin, namun sudahkan mereka bertaubat atas dosa-dosa mereka sebelum berkahwin?


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 17 December 2012

Le Lanun Ranggi Contest

Assalamualaikum...





Memandangkan bukan selalu En Lanun Ranggi Ojin ni buat segmen mahupun contest maka berbesar hatilah aku menjoinkan diri dalam contest ni.

Lagi-lagi bila terpandang hadiah mug edisi terhad tu buat hati aku memberontak dan membentak-bentak supaya dapatkan dengan apa cara sekalipun (walaupun caranya Cuma kena join contest ni)..

Bukan nak membodek, tapi si Ojin ni memang ohsem lukisan dia. Karakter 2 cool dan ayu giler. Kalau buat cerita, jalan cerita dan teknik penceritaannya memang menarik.. Cuma… mamat ni jiwang sket.. haha..

Si Ojin ni pun rajin memasak, pandai jaga budak (kalau karakter Dik Ah tu benar2 wujudla) .. kalau la ko ni pompuan Ojin.. kalaulaaa.. ish! *lempang diri sendiri 





Sorila kalau dialog tu ada persamaan ke apa dengan peserta lain, sebab aku tak sempat nak check satu-satu…  ni pun update blog pinjam internet member.
 
Ojin... nanti aku send alamat aku... ko kena pos mug edisi terhad tu nantii..



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...