Showing posts with label freebies. Show all posts
Showing posts with label freebies. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

Design Sticker yang penuh dengan kasih sayang.

Assalamualaikum..

Tajuk tu boleh menimbulkan syak wasangka betul, haha.
Aku cuma nak kongsi idea dan design yang boleh digunakan dan telah aku gunakan dalam kelas.

Bukan sebagai BBM (Bahan Bantu Mengajar) tapi lebih kepada tanda penghargaan dan motivasi.

Almaklumlah aku mengajar subjek yang paling kerap menghampakan dan meninggalkan trauma kepada pelajar2 sekolah se-Malaysia iaitu Matematik Tambahan.

Jadi budak2 kena sentiasa disuntik dengan sejenis ubat atau vaksin yg dikenali sebagai "kata-kata semangat" atau "motivasi"

Jadi apa yang aku buat adalah menggunakan sedikit kemahiran mendesign yang selama ini dijadikan hobi untuk menghasilkan sticker.

Lebih kurang camni laa...

Design untuk lelaki malas buat banyak2 sebab sangat jarang budak lelaki yang layak dapat sticker ni. 

Design boleh dibuat dalam Adobe Photoshop (lukis kartun dalam Paint Tool SAI) dan print pakai printer biasa atas kertas sticker yang boleh didapati di kedai2 alat tulis yang berdekatan.

Aku design, aku jugak tukang print, merangkap tukang potong (pakai gunting) dan juga sebagai tukang tampal kat buku latihan student.
Nampak tak kasih sayang yang mencurah-curah bagaikan limpahan coklat ke ladang gandum?

Bayangkan kalau orang serajin ni jadi menantu atau bakal suami? eh eh... tetibe. Mohon abaikan.


Contoh kegunaan , ditampal pd buku latihan pelajar yang lengkap, menarik, kemas dan terbaik.


Untuk menambah ke"eksaited"an maka aku tambah satu lagi design sticker. 
Sticker "BEST OF THE BEST"


Sticker "BEST OF THE BEST" ni ditampal pada cover depan buku latihan. Hanya student yang telah mengumpul 5 Sticker "EXCELLENT" yang layak mendapat sticker ni.

Rasanya dah beratus keping sticker yang digunakan untuk tahun ni. Boleh tahan penat la nak gunting ikut shape bulatan tu. Nak tempah macam leceh la pulak. Kalau kurang tak cukup pulak, kalau lebih macam membazir.

Biasanya cikgu2 lain gunakan rubber stamp yg ada tulisan dan corak tapi macam tak berapa best dan design takleh nak warna warni jadi aku buat keputusan untuk buat sendiri.

Mungkin entri ni boleh bagi idea sket2 kepada mereka yang tengah mencari alternatif untuk dilaksanakan dalam kelas.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 6 October 2013

DOODLE POSTER SPM : Selamat Berjuang SPM Warrior..

Assalamualaikum...


Kadang2 ramai yang mengadu lelah, penat dan mual,
mengejar dan dikejar masa dalam mendambakan diri dalam arena pembelajaran,

Sehingga ramai yang akhirnya jemu,
putus asa dan kecewa kerana tidak mencapai apa yang dikejar.

Sungguh, dunia seorang pelajar, jika tak disulami semangat kental,
jika tak disemai cinta membara terhadap ilmu,

kita akan cepat mengalah, stress dan tertekan.
Lantas berpaling dari amanah dan tanggungjawab yang digalas.



Betapa ramai yang saban waktu menangis,
terlalu kecewa dan amarah pada diri,
yang dirasakan terlalu bodoh dan tak berguna,
lantaran tak mencapai target yang diimpikan.

Harapan ibu ayah yang terlalu tinggi,

dibandingkan pula pencapaian abang kakak yang telah berjaya,
tekanan dari guru yang sentiasa menekan,
kadang2 semua itu membuahkan sakit jiwa yang tenat.




Tapi mengapa tidak kita terbalikkan situasi,
menukar keterpaksaan rasa kepada satu keseronokan yang menghibur,
setting baru dalam minda perlu segera di set up,
supaya kebencian terhadap pembelajaran tak membarah dan merebak.

Perbetulkan niat, biar semua kerana Allah,
kerana apa yang kita belajar itu, semua ilmu dari-Nya,
ikhlaskan niat menimba ilmu,
barulah semua kelelahan membuahkan pahala.


Biarpun akhirnya kita tak mencapai target,
usah bersedih andai segala usaha telah kita curahkan,
andai segala doa telah kita pohon,
andai telah diserahkan segalanya dalam tawakal,

Bukan keputusan itu menjadi ukuran,
Bukan itu yang Allah nilai, biarpun manusia menimbang neraca mereka sendiri,
Tapi proses dan usaha yang telah kita curahkan selama berjuang,
In Sya Allah akan terbalas suatu hari nanti, bila sampai waktunya.




Senyumlah dan teruskan belajar,
menghimpun dalam dada sebanyak mungkin ilmu Allah,
Tak ada ilmu yang Allah cipta sekadar sia-sia,
semuanya ada hikmah dan kegunaan sendiri,



Dengan Pendidikan Islam kita mengenal iman,
Dengan Matematik , kita menambah iman,
Dengan Biologi, kita memperkukuh iman,
Dengan Sejarah, Kita memperteguh iman,
Dengan Geografi, kita menyegarkan iman,
Dengan Sains, kita memperhebat iman.
Jadi atas alasan apakah kita MALAS belajar dan menuntut ilmu?
Ilmu bersifat duniawi juga mampu membawa kita lebih dekat kepada Allah.
KECUALI kita orang yang sememangnya PEMALAS berfikir.
Mencipta seribu alasan menunjang kebodohan diri.



Kalau cahaya tak jatuh ke retina, maka dikatakan buta mata,
Tapi kalau ilmu tak jatuh ke dalam hati, itulah buta hati,

Buta mata, sekadar tak nampak jalan di dunia,
Tapi buta hati, tak nampak jalan di dunia malah juga ke akhirat.


Kalaulah dunia ini hanya dipenuhi oleh orang2 yang mudah berputus asa, maka takkan terciptalah mentol, takkan tercipta formula mencari isipadu, takkan terkumpul hadis2 sahih dalam jilid, takkan jatuh konstantinopel ditawan Al Fateh, takkan wujudnya kapal terbang,...
dan kita takkan mampu berjalan andai kita pernah putus asa bertatih semasa kecil..

Putus asa, datangnya dari sifat malas...
Malas akibatnya kebodohan dan kejahilan.


Aja-aja fighting!! SPM Warrior! Tunjukkan pada mereka yang ragu2 dengan kebolehanmu, biar mereka terdiam kelu tak terkata!


Versi PMR:  Doodle Poster : PMR Warriors


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday, 2 October 2013

Doodle Poster : PMR Warriors

Assalamualaikum...

macam agak terlambat tapi rasanya masih sempat...
Sebenarnya dah lama buat cuma baru teringat nak post..








Software : Paint Tool SAI + Photoshop





Di kerusi itu, di dalam dewan peperiksaan,
kita hanya berseorangan,
di kala tiada manusia lain dapat membantu kita lagi,
tiada guru untuk mengingatkan jika membuat kesilapan,
tiada kawan untuk bertanya,
maka tiada kuasa lain yang mampu membantu kita,
Hanya Allah tempat berserah,
jadi jangan sombong dengan Allah...

Biarpun sibuk dengan study,
Jangan lupa baca al-Quran,
Jangan lupa solat hajat,
Jangan lupa munajat pada Tuhan...

Kita dah berusah sehabis daya,
Biarlah tawakal pelengkap usaha.
Apa pun keputusannya nanti, terima seadanya.


GOOD LUCK!!


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday, 3 January 2013

MyDoodles- Freebies : Muslimah berjubah

Assalamualaikum...

Seperti yang aku janjikan, pelengkap kepada entri : Freebies : Doodle - Doa itu Senjata Mukmin  (Tutorial Excel)   maka terbitlah entri susulan ni (ceh, terlebih plak)

Takde tutorial, cuma sekadar Free Doodles yang aku sendiri pun taktau apa gunanya...
Mungkin sekadar jadi koleksi kot.

100% dihasilkan menggunakan Microsoft Excel 2007.

Sebenarnya doodle ni dah lama aku buat cuma baru terdetik nak di publish lepas edit2 sikit.















Silakan ambil kalau ada yang berkenan. Tak perlu bayar, kredit mahupun top- up, cukup sekadar doakan aku berdiri di atas landasan yang benar setiap kali melangkah :)

*Yang Tertutup dan Terjaga Rapi itu Indah, Lebih mahal dan Bernilai*


Untuk Koleksi Freebies yg lain : KLIK SINI




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday, 2 January 2013

Freebies : Doodle - Doa itu Senjata Mukmin (Tutorial Excel)

Assalamualaikum...

Sempena Tahun 2013 dan meraikan follower mencecah 1000 (ok la tu) maka aku pun buatlah freebies tak seberapa ni.
Dan aku sertakan juga proses untuk menyiapkan doodle ni. Kiranya macam tutorial simple la.

Semua ni 100% hasil daripada Microsoft Excel 2007.

Microsoft Excel 2007

Ops lupa plak, ni follower ke -1000 tu, sebagai penghargaan sudi jenguk blog kelam kabut ni :P
ni link blog dia...  http://diarykita695.blogspot.com/



Yang ni Proses menyiapkan :









Maaflah, penerangan yang super simple. Harap faham.


Dan yang ni korang punya, kalau nak laa.. kalau taknak biar je kat situ...















Oh ya, macam tak adil pulak bagi karakter lelaki je, nanti karakter perempuan akan menyusul, insya Allah.


*lama tak melukis guna excel, tangan menggigil*



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday, 6 September 2012

FREEBIES : POSTER MOTIVASI PELAJAR PMR

Assalamualaikum...

Sebab dah buat Poster SPM, tak adillah kalau tak buat untuk PMR sekali. (setakat tukar sket je)
Aku pun tak tau apa motif buat ni. macamlah ada yg akan print tampal besar2 kat bilik.

Kalau nak ambik, save pun suka hatilah. Nak share kat FB ke apa. Nak guna untuk ucap good luck untuk kengkawan yg nak exam ke. atau pun nak buat bodoh je pun boleh ... :P

cuma jangan mintak buat poster ntuk UPSR ke, STAM ke, STPM ke sudah le.

1. Versi Pelajar Lelaki.



2. Versi Pelajar Perempuan.



PMR bukan sijil Pas Menikah Rendah. Bukan bermakna habis PMR boleh menggedik dengan segala macam jenis kegedikan yang wujud di dunia ni.

PMR adalah kayu ukur kemajuan selama berada di sekolah. Tapi bukan bersifat mutlak.
Tak semestinya yang lulus cemerlang tu lebih bagus daripada mereka yang biasa-biasa resultnya.

Yang penting usaha dan proses bagaimana kita lalui sepanjang pembelajaran. Gagal dalam PMR bukan noktah kehidupan sebagai pelajar.

Belajar dari kesilapan. Itulah pembelajaran paling berharga dan bermakna.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

FREEBIES : POSTER MOTIVASI PELAJAR SPM

Assalamualaikum...

Sebenarnya lukisan ni dah lama tersimpan tak tau nak buat apa. Jadi time aura rajin tetibe menjelma cepat2 bukak Photoshop, kaler dan edit jadi poster.
(lukisan asal pakai tangan dan di scan ke dalam komputer)

Jadi kepada yang tertanya2 macam mana nak buat /lukis secara digital, salah satu caranya ialah :

lukis pakai pen atas kertas ---> scan pakai scanner ---> buka dengan Photoshop ---> colour---> masuk tulisan ----> save as jpeg atau png ---> siap!

1.  versi karakter pelajar lelaki



2. Versi karakter pelajar perempuan





RESEPI KEJAYAAN  :

DOA + USAHA + TAWAKAL + AKHLAK MULIA = KEJAYAAN.

Jika hanya usaha menggunung tapi tanpa doa dan pengharapan kepada Tuan Empunya Segala Ilmu maka jika mendapat kejayaan pun akan dirosakkan dengan sifat takbur dan sombong.

Ilmu itu datangnya dari Allah, maka haraplah keredhaan-Nya terlebih dahulu.

Keberkatan itu penting. Untuk mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya, kenalah mendapat restu ibu bapa, guru, dan orang-orang sekeliling kita. 

Belajarlah untuk sentiasa memohon maaf jika ada buat silap, dan belajar memaafkan orang lain supaya hati akan tenang dan tenteram.


Untuk Poster PMR, klik SINI



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday, 15 August 2012

e-Card : Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum,

Walaupun teringin sangat nak design kad raya sendiri tapi memang tak sempat nak buat. Tapi aku godek2 dalam laptop ni terjumpa la satu lukisan yang dah lama aku lukis.

Jadi aku edit jadikan kad raya. Kira okla daripada takde. Nak print nak pos memang tak sempat dah.



Ni aku lukis zaman-zaman belum kenal apa itu pen tool. Lukis pakai brush je guna Adobe Photoshop. Memang kualiti kureng la sebab menggigil-gigil kontrol mouse. *tapi lukis pakai brush lg tinggi kepuasan dia

Tapi skang ni Alhamdulillah banyak tutorial ajar lukis dan design pakai Photoshop, SAI, Excel jd bnyk alternatif dan lebih mudah.

Eh, aku sebenarnya cuma nak ucap SELAMAT HARI RAYA. Insya Allah esok balik kampung. Doakan keselamatan kami. Semoga selamat sampai dan selamat berhari raya.

Jadi kat sini aku nak ambil peluang ni untuk mohon maaf andai ada terkasar bahasa tersilap bicara, tersalah taip dan macam-macam ter lagi la. Dah nama pun TER maknanya tak sengaja la tu. :P

Sekali lagi, Selamat Hari Raya maaf zahir batin dan jangan main mercun (walaupun aku sendiri pun beli mercun).
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday, 29 February 2012

MyDoodles : FREEBIES | Budak cute dengan Belon

Assalamualaikum.............

Walaupun tengah busy, tapi sempat jugaklah aku explore sofwer Paint Tool SAI yang ohsem ni... skali try terus jatuh cinta sebab sofwer ni sangat seswai dan sejiwa dengan teknik aku menconteng...

Inilah hasilnya selepas beberapa lama aku dok mengadap benda tuu...


100% guna SAI... sangat best pakai sofwer ni... warna pun cantik, dan garisan dia pun senang nak control... walaupun ada jugak beberapa kelemaha jika nak dibandingkan dengan Photoshop/AI. Tapi okla, hasilnya setanding.

Ok, malas citer panjang kat bawah ni aku ada buat beberapa pilihan warna ntuk doodle ni... kalau sape2 yang rasa berkenan bolehla ambik dan suka hatila nak buat apa pun... *tu pun kalau ada orang ambik...

Tak perlulah nak susah2 kreditkan ke nak buat banner besar2 tampal muka aku ucap terima kasih. Tak perlu sume tu. Yang aku minta cuma hormati karya aku dan orang lain. Selagi apa yang korang ambil dari blog aku ni dan digunakan ke arah yang positif insya Allah aku takde halangan :)




---------------------------------------------------------------------------

Doodle ni masih lagi membawa mesej yang sama... tutuplah aurat dengan sempurna... Menutup aurat adalah simbolik yang melengkapkan satu kitaran ke arah kesempurnaan iman dan akhlak kita. 

Tidak dinafikan bahawa orang yang  bertudung tak semestinya baik. Tapi kita silap jika kita mengaku walaupun kita tak bertudung atau menutup aurat dengan sempurna kita masih lagi baik.

Bagaimana kita sanggup mengaku bahawa kita orang yang baik sedangkan dalam masa yang sama kita telah melanggar perintah Pencipta kita secara terang-terangan?

Benar, menutup aurat itu perlu disertai keikhlasan, tapi sanggupkah kita bertaruh bahawa ikhlas itu akan datang lebih awal daripada ajal yang sentiasa mengintai-ngintai peluang untuk menjemput kita?

Pernahkah korang naik jambatan gantung? mungkin ada yang melepasinya dengan selamba, ada yang merentasinya dengan cuak, ada yang menggigil dan ada yang langsung tidak mampu untuk melepasinya, dan berpatah balik.

Cuba bayangkan situasi yang sama apabila kita mahu melalui TITIAN SIRAT di hari akhirat kelak. Bagusnya jika titian itu seluas jambatan gantung itu. Tapi tidak, titian itu halusnya lebih halus dari sehelai rambut dan lebih tajam dari sebilah pedang.


Abi Said Al-Khudriy r.a berkata: “Telah sampai kepadaku bahawa ianya (As-Sirat) lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang”
 (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda bahawa “Sesungguhnya Allah menciptakan Sirat yang berada diatas Neraka, iaitu Jambatan ditengah-tengah Neraka Jahanam yang sangat licin dan menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai tujuh sekatan, dan setiap sekatan jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun. Dalam 3000 tahun itu, 1000 tahun merupakan tanjakan yang tinggi, 1000 tahun merupakan dataran, dan 1000 tahun merupakan lereng yang curam. Ia lebih kecil dari rambut, lebih tajam dari pedang dan lebih gelap berbanding malam yang pekat. Setiap sekatan mempunyai 7 cabang, dan setiap cabang bentuknya seperi panah yang hujungnya tajam. Maka, duduklah setiap hamba diatas setiap sekatan tersebut dan ditanya tentang perintah-perintah Allah s.w.t”

 Malang sekali jika kita tergelincir dari titian itu hanya disebabkan kita gagal menutup aurat dengan sempurna. Mengumpul dosa berterusan akibat sengaja mendedahkan diri kepada pandangan ajnabi serta menyebabkan diri menjadi fitnah.

Fitrah kita suka akan kecantikan dan perhatian . Syaitan begitu bijak mengambil kesempatan, menyebabkan kita terbuai dan terlena dalam puji dan perhatian.


Kutukan itu satu refleksi, pujian itu satu apresiasi.... tp pujian bisa melemahkan...   jadi berhati2 dengan pujian :)






Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 27 January 2012

ARTTRADE : Vektor, Doodle & Banner :Dari aku untuk mereka


Mula-mula nak ucapkan terima kasih kat Fahmi sebab tolong buatkan header flash yg ohsem tu...
Free plak tu... (walaupun gambar kat header tu sangat FAKE, aku x seTOUGH tu... haha)

Yang kat bawah ni semua lukisan yg aku hasilkan sebagai Art Trade or saje2 lukis untuk nama2 yang disebut di bawah ni.... :)  (aku malas nak letak link blog diorang pandai2la google ke ape... diorang femes, heheh)

1. Myra Azraff (MS Office Excel 2007)



2. Are Rif (MS Office Excel 2007)



3. Kak Nor (Adobe Photoshop CS5) - banner ntuk blog





4. Athirah @ merahitujambu ( Adobe Photoshop CS5) - banner ntuk blog


 habis sume pink :)


5.  Darwish si Budax Seru! (MS Office Excel 2007)





6. Fahmi Mahat (balasan untuk header flash ^_^) walaupun aku punya x seOHSEM beliau punye
(MS Office Excel 2007)




7. BiQa Hatmin (MS Office Excel 2007)




8. Nurdani (versi eksperimen ) (MS Office Excel 2007)

try kaler hitam putih plak :

versi berwarna



9. Kak Citra (sila ambik ye... dah lama akak ni bodek aku, sori klu kurang menjadik, gmbar curik)
   (MS Office Excel 2007)



P/S : baru aku perasan mood melukis dan menconteng aku akan memuncak sebaik saja musim cuti dan aku balik kampung. Sebab kat kampung takde intenet, so aku takde pilihan lain selain melukis mende alah ni... ^_^

SEMUA YANG AKU BUAT KAT ATAS TU FREE...  DAN AKU TAK AMBIL SEBARANG TEMPAHAN ... BUAT MASA NI... (ceh, macamla ade yg nak tempah pon)



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...