Showing posts with label ART TRADE. Show all posts
Showing posts with label ART TRADE. Show all posts

Tuesday, 14 August 2012

Kad Raya Dari Blogger -blogger Ohsem #1

Assalamualaikum ....

Dekat- dekat raya ni makin rancak pulak sesi berutus-utus kad raya. Aku rasa dalam berpuluh-puluh kali aku sambut hari raya, tahun ni paling meriah ngan kad raya.

Seingat aku memang jarang gile aku dapat kad raya. Mungkin 1 keping setiap 4 tahun. Dah macam tempoh Piala Dunia atau Olimpik pulak.

Memang padan laa aku tak dapat kad sebab memang aku ni jenis pemalas tahap gaban nak beli kad, nak tulis ucapan, nak masuk sampul, nak beli setem pastu nak jilat setem tu, pastu nak tempek atas sampul, pastu nak jilat pulak sampul tu nak tutup. (aku cerita macam la tak wujud satu infrastruktur bernama "GAM")

Paling aku malas bila kena stat motor nak kena pegi pejabat pos.
Fuuh, mintak jauhla drpd urusan melibatkan pejabat pos atau tempat2 seumpama dengannya yang perlu bersesak-sesak beratur panjang.
*ceh padahal nak pos surat tak perlu beratur pun. alasan semata2.

Ok dah panjang pulak. cuma nak ucapkan terima kasih daun pintu, kalau boleh hari-hari mahu kepada 3 orang blogger ni yang bersusah-payah ikut step2 yang aku terangkan di atas semata-mata mahu bagi aku sekeping kad raya yang ohsem ni.

1. Wan Hazel


kan tak pasal2 dah jeles. :)

2. Cci

Tak rugi aku berbaik2 ngan akak ni. Kan dah dapat kad comel ni...


3. Dysha

Puan suri rumah bersama En. Suaminya. Yang ni sangat cun, terasa suasana meriah hari raya nya.


Aku masih menunggu 2 atau 3 keping lagi kad raya yang belum sampai. Ada beberapa orang blogger ni baik hati nak bagi kad raya kat aku. Semuanya yang diorang design sendiri dengan penuh kasih sayang.


Errr, cuma satu je aku pinta, harap- harap diorang ni tak tertunggu-tunggu kad raya daripada aku. Kebarangkaliannya sangat lah tipis.(boleh rujuk cara mengira kebarangkalian dalam buku teks Matematik Ting 4 bab 7). 
Mungkin aku hanya sempat design e-card untuk didedikasikan buat mereka semua.

Apa pun terima kasih dah diharap tak serik nak bagi lagi untuk Raya Aidiladha, Raya Cina, Thaipusam dan Deepavalii.


Pecah Kaca, Pecah gelas,
Dah baca, sori tak balas. :P



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 27 July 2012

Art Trade 3 Warna +1 : Doodle master chef Azzah

Assalamualaikum...

Minggu lepas aku ada lukis satu doodle untuk Art Trade ngan Azzah, seorang blogger dan pendoodle yg suka lukis dudel2 yg kiut miut lagi osem. Tapi hari ni baru teringat nak buat entri ni.

Inilah doodle yg aku lukis guna Paint Tool SAI dan diedit dalam Adobe Photoshop. Sepatutnya bertemakan 3 warna tapi bila aku check balik dudel aku terlebih 1 warna. Jadinya 4 warna.


Disebabkan dia letak nama blog dia Azzah Sayurlemak berkolestrol tinggi maka aku otomatik terfikir nak buat dudel bertemakan master chef (la sangat). walaupun aku tak pernah layan program tu tp bantai jela.

Sesuai la dengan tema seorang suri rumah separuh masa yang berdedikasi menyiapkan juadah berbuka puasa dengan penuh semangat.

Cukupla kot. Kalau nak kenal dengan blogger super rajin update blog ni blehla klik2 kat mana yang patut untuk link ke blog beliau.


*eh, chef tak pakai apron.
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 4 March 2012

Koleksi Artwork dan Art Trade

Assalamualaikum....

Semenjak dua tiga minggu ni memang tak sempat nak melukis vektor potret.. banyak jugakla hutang2 vektor dan doodle yang tertunggak dan belum terbayar... maaf -_-

yg kat bawah ni koleksi vektor yang dah lama aku siapkan tapi belum upload je...

1. Yusriey Yunus - follower ke-500 blog aku
  ( dilukis menggunakan Microsoft Office Excel 2007)



2. Meya Lollipop - Pemenang Segmen Adore Your Arts Part 3
( dilukis menggunakan Microsoft Office Excel 2007)


Taktaula si Meya ni dah ambik ke belum lukisan ni... e-mail pun tak respon... klu terbaca entri ni blehla ambik jer yang ni


3. Keri Ikhwan - err ni potret aku sendiri... lukisan potret pertama dan terakhir menggunakan Paint.
    saje je nak test, tak sangka plak paint pun ok gak lukis2 benda camni



4.  Doodle guna Paint





-------------------------------------------------------------------------

Yang kat bawah ni plak hasil tangan geng2 WLA yang bermurah hati menghadiahkan aku vektor dan Doodle yang diorang lukis sendiri. Trimas semua. sori tak sempat balas -_-

1.  Daripada Fatimahma/ jomtonton


 Fuuh superb!! dia ni memang pro bab2 design.. klu rasa nak tempah lukisan/ tulisan khat/ banner ke apa bleh terus ke blog dia....

2. Daripada BiQa


Untung aku dapat lukisan pelukis daripada Italy nih... klu nak baca cerita2 yang bleh buat korang gelak2 sampai tergolek bleh terjah blog Biqa a.k.a kopok Bika nih...


3. Daripada Manzarina


Err.. meriah sungguh warna yang dipilih... merah mulut mak...nyah


4. Daripada Yusrie Yunus


Vektor black and white... cool


5. Daripada Fahmi Mahat


Vektor ni dilukis dalam Adobe Flash... dia ni memang sifu flash... nak tempah header flash bleh la berurusan dengan beliau




6. Daripada Ory Candy - Doodle cute guna Adobe Illustrator


7. Daripada Scya Lollitot yang konon2nya adik kepada Scha Al-Yahya (ntah betul ke tak ejaan)


kejap je dia lukis dudel nih. tapi cute haha


-----------------------------------------------------------

Alhamdulillah setakat ni aku dah mencuba banyak jenis softwer melukis cam Paint, Adobe Photoshop, Microsoft Excel, Adobe Illustrator, Flash dan terbaru Paint Tool SAI... semua ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. stakat ni yang paling suka PS,SAI dan Excel.


-TAMAT-



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 27 January 2012

ARTTRADE : Vektor, Doodle & Banner :Dari aku untuk mereka


Mula-mula nak ucapkan terima kasih kat Fahmi sebab tolong buatkan header flash yg ohsem tu...
Free plak tu... (walaupun gambar kat header tu sangat FAKE, aku x seTOUGH tu... haha)

Yang kat bawah ni semua lukisan yg aku hasilkan sebagai Art Trade or saje2 lukis untuk nama2 yang disebut di bawah ni.... :)  (aku malas nak letak link blog diorang pandai2la google ke ape... diorang femes, heheh)

1. Myra Azraff (MS Office Excel 2007)



2. Are Rif (MS Office Excel 2007)



3. Kak Nor (Adobe Photoshop CS5) - banner ntuk blog





4. Athirah @ merahitujambu ( Adobe Photoshop CS5) - banner ntuk blog


 habis sume pink :)


5.  Darwish si Budax Seru! (MS Office Excel 2007)





6. Fahmi Mahat (balasan untuk header flash ^_^) walaupun aku punya x seOHSEM beliau punye
(MS Office Excel 2007)




7. BiQa Hatmin (MS Office Excel 2007)




8. Nurdani (versi eksperimen ) (MS Office Excel 2007)

try kaler hitam putih plak :

versi berwarna



9. Kak Citra (sila ambik ye... dah lama akak ni bodek aku, sori klu kurang menjadik, gmbar curik)
   (MS Office Excel 2007)



P/S : baru aku perasan mood melukis dan menconteng aku akan memuncak sebaik saja musim cuti dan aku balik kampung. Sebab kat kampung takde intenet, so aku takde pilihan lain selain melukis mende alah ni... ^_^

SEMUA YANG AKU BUAT KAT ATAS TU FREE...  DAN AKU TAK AMBIL SEBARANG TEMPAHAN ... BUAT MASA NI... (ceh, macamla ade yg nak tempah pon)



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday, 12 January 2012

"AKU, DOODLE , VEKTOR DAN MEREKA"

Assalamualaikum....

Entri ni dibuat khas sebagai tanda penghargaan buat peminat-peminat  kawan-kawan aku yang begitu baik hati sudi menghadiahkan hasil2 karya mereka kat aku. Tak kisahlah sama ada Art trade atau sesaje je... Doodle dan vektor ni semuanya hasil kreativiti member2 WLA.... yg sempoi n kretip giler... *Alhamdulillah ada yang aku dah balas dan ada yg masih belum.. agak sibuk skang

1. Doodle daripada Nurdani... dia ni  pencetus minat aku menvektor pakai excel... (berapa kali dah nk bagitau) ...

Komen : style wat tone nye simple tapi muka memang sebijik menjadi... memang aku jeles..

2. Doodle dari CCI .... yg lukisan2 kat blog dia slalu wat aku termenung panjang... bnyak masa aku dihabiskan dengan merenung lukisan2nya.... (ini dolly ke-2 aku dpt dari cci) yang Pertama


Komen : Dolly cci sume ceria, cute n gabungan warna yang sangat cantik...


3. Vektor daripada Adam Azman.... seorang pendesign yg hebat... terutamanya design berbentuk 3D dan bangunan... kagum dgn tekniknye mengedit gambar guna photoshop... (tp agak bengang sebab dah sebulan aku mntak gambar dia untuk dilukis tapi x bagi2 lagi, kononnya jual mahal la tu haha)


Komen : Suka tengok rambut yang agak detail garisan simple tapi kemas... ini gaya pro


4. Vektor daripada Myra Azraff .... budak lepasan SPM, skang tengah tunggu orang datang merisik. Blognya penuh ngan entri yg mencuit hati penuh sindiran... haha


Komen : suka lukisan dia sebab ade style n identiti tersendiri... warna yg dia pilih pun lembut dan menarik... style lukisan yg aku suka...


5. Doodle fixie daripada Hafizzy Aziz @ Apit... seorang pakar vektor gak ni... suka melakukan kerja2 amal iaitu menghadiahkan freebies kepada PEMINAT2 dia... *tercapslock plak 


Komen : Suka tengok cara dia buat line... sangat teliti dan kemas... perfect! dan doodle2nya pun comel2...


6.  Doodle daripada BiQa.... seorang warga Italy yg kreatif dengan komik2 yg best kat blognya... terharu sebab dia sudi menjadikan watak aku sebagai sebahagian drpd header d blognya *lap air mata....

Komen : walaupun bukan 100% hasil original , tapi kagum dngan kreativitinya mencipta satu watak iras2 aku... ^_^


------------------------------------------
Jom Join WLA.... Group budak2 pencinta seni... di sini umur tak penting, hanya kreativiti yang bersuara....

Ini bukti aku ahli WLA... bukan cetak rompak... ori punye






p/s : mereka semua blogger femes, untung aku dapat hasil karya daripada mereka.
Kalau ade lagi sesape yg nk bg vektor atau dudel FREE untuk aku, aku terima dengan hati yg riang dan sukacita ^_^



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...