Cookies from WLA Corner Bakery Cafe :
Design #1 : biskut cap penampar (tangan tu bkan biskut)
Amaran: ini bukan kreatif! ini idea ntahapehape....
Semua orang ada bakat dan
kreativiti masing-masing. Ada yang sedar potensi mereka dan menggunakannya tapi
ada pula yang tidak tahu langsung potensi kreativiti mereka.
Berdasarkan konsep
kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar
kepada entiti berikut:
1. Melakukan
sesuatu dengan cara yang unik.
2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern of
sameness.
3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.
4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.
5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
6. Membuka minda dengan idea-idea baru.
7. Mencabar andaian.
8. Mencipta sesuatu yang baru.
9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
11. Berfikir secara fleksibel.
12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).
13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.
Design #2 : Powerpuff Girls Cookies... mungkinkah biskut sebegini logik? -_-
Tahukah perbezaan fungsi antara otak kanan dan otak
kiri? Secara ringkasnya:
Fungsi otak kanan berkaitan dengan:
- Imaginasi
- Berfikir
secara kreatif
- Irama
- Khayalan
- Emosi
- Ilham
- Intuisi
(gerak hati)
- Warna
- Muzik
- Apa
saja aktiviti-aktiviti kreatif.
- melihat
sesuatu secara menyeluruh dan cuba mencari perkaitan di antara satu sama
lain.
Fungsi otak kiri
- Mengingati
ilmu, pengetahuan atau maklumat
- Perbualan
- Menyimpan
data dan fakta
- Menganalisis
- Memahami
logik, bahasa dan matematik
Kreativiti anda yang
tersembunyi dapat dikeluarkan dengan merangsangkan otak kanan anda.
Setiap
orang mempunyai dominasi pada otak-otak tertentu. Ada yang mempunyai otak kiri
yang lebih dominan daripada otak kanan (pandai membaca, mengira, berucap,
menganalisis), manakala ada pula yang mempunyai otak kanan yang lebih dominan
daripada otak kiri (pandai melukis, bermain lagu, menyanyi, mereka bentuk).
Orang
yang mempunyai otak kanan yang lebih dominan biasanya lebih kreatif.
Design #3 : Biskut ........................ ok teruskan membaca...
Kreativiti
boleh dilatih!!
Cer lukis gambar korang dengan tangan yang kurang dominan. Kalau
korang biasa menggunakan tangan kanan, cuba lukis gambar dengan tangan kiri
pula.
Gambar yang dilukis itu mungkin kurang cantik, tetapi ia
merupakan langkah permulaan yang baik.
wahaha... ini lukisan pakai tangan kiri, pakai PAINT... buruk benor jadinya...
Otak kanan mengawal tangan kiri kita dan otak kiri pula
mengawal tangan kanan kita.
Jika anda merasakan bahawa anda kurang kreatif, kemungkinan
besar tangan kanan anda lebih dominan dan jika anda berlatih menggunakan tangan
kiri anda untuk melukis, ia akan merangsangkan otak kanan anda dan seterusnya
ia akan meningkatkan potensi ktreativiti anda.
“Creativity involves escaping from
stuckness and opening up possibilities.” Rikards (1990)
Jom berimaginasi... dan realisasikannya melalui kreativiti...
Kreatif itu penting, supaya hidup tidak membosankan.
Kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Kreatif dalam menyampaikan pesan.
Kreatif dalam pembelajaran.
Kreatif dalam semua segi kehidupan...
cuma ingat, jangan terlampau kreatif...
seperti ini....
----
----
----
----
----
- monolog by keriikhwan -
Orang kidal biasanya lebih kreatif... Sape kt sini kidal? betul ke?
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)