Assalamualaikum...
Berbekam... sape pernah try?
Sebelum tu apa itu berbekam?
Bekam atau hijamah adalah kaedah perubatan
pembersihan darah atau angin dengan cara mengeluarkan sisa toksik dalam badan
melalui kulit secara sedutan dengan pelbagai alat. Paling moden menggunakan
alat vakum.
Berbekam juga sunnah Rasulullah:
Said bin Jubair
berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kesembuhan dapat
diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman.
Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan
pengubatan dengan besi panas.
(Shahih Bukhari)
Rawatan bekam
di dalam Islam sudah terkenal sejak 1400 tahun yang dahulu.Khasiatnya begitu
banyak sekali untuk merawat penyakit.Di antara penyakit-penyakit yang boleh
dirawat seperti:
1.Migrain/SakitKepala/Pening
2.DarahTinggi/Hypertension
3.Gaout/Uric asid tinggi
4.Alergi/Gatal-gatal badan
5.Kencing Manis/Diabetes
6.Sakit Badan/Sakit pinggang /Kebas-kebas badan
7.Sakit Saraf
 |
| alatan bekam |
|
|
|
---------------------------------------------
Aku Cuma nak kongsi pengalaman aku berbekam.
Memang selama ni tak terfikir secara serius nak try sebab aku fikir orang sakit
je yang perlu berbekam. Ceh, takde kesedaran sivik langsung.
Aku tergerak nak try pun sebab member aku ni
yang slalu sakit2 ajak aku teman dia pergi berbekam. Rancang punya rancang
adalah member lain nak ikut skali. 4 orang la kiranya sehati sejiwa nak join
sekali.
Pergh, disebabkan salah seorang member aku tu
cuak sebab dah fikir macam2 hal yang buruk, maka aku terpaksa temankan dia cuak
sekali. Mana tak cuak tengok gambar kat banner tu separuh cawan darah keluar. Aku
dahla kurang darah.
Ada plak cerita ngeri bekam ni toreh pakai
pisau la, pisau cukur la. Terkoyak kulit la.
Tapi aku cool je. Belum ada orang mati sebab
bekam ni. Makin hensem adela.
Lenguh gak leher dan bahu sebab kena meniarap
lebih kurang sejam (ke lebih). Tak perasan sebab tak tengok jam.
Lega kitorang bila diberitahu yang dia tak
toreh pakai pisau cukur tapi guna alat yang cucuk-cucuk macam pen tu... kira
takdela kes silap toreh sampai terkoyak. Cuma berlubang sket je. Cam cucuk jarum
kot.
Sambil tunggu giliran dalam keadaan meniarap
tu sempat la jeling-jeling member sebelah. Adela menggeliat sket-sket time kena
cucuk tu. Entah sakit ke geli.
Time giliran aku aku rasa aku dah berlagak
setenang mungkin, Cuma time kena cucuk kat pinggang tu geli-geli sket. Tak sakit
pun. Cam kena gigit semut je. Adala dekat seratus lubang dia tebuk kat badan
kitorang.
Lepas 30 minit ada lagi rupanya cucuk untuk
kali kedua. Kat tempat sama plak tu. Proses yang sama diulang 2 kali.
Aku buat kat badan je tak sanggup buat kat
kepala sebab kena botakkan. Kalau ada 99 orang puji aku hensem dan macho bila
botak baru aku sanggup buat. Ahaks.
Sebenarnya ada satu situasi yang sangat
mengazabkan bila berbekam ni. Situasinya bila korang terlupa buang air kecil
sebelum mula proses dan terpaksa menahan kencing sepanjang proses yang tak
membenarkan kita bergerak tu.
Cis, menyesal tak kencing awal-awal!
*Alhamdulillah rasa ringan sket badan lepas
berbekam. Jom try lupakan mitos yang mengerikan dan menakutkan tentang bekam.
Dijamin tak berparut :D
Bleh tengok kajian tentang bekam kat video ni:
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)