Saturday, 18 January 2014

Sakit Tanda Allah Sayang

Assalamualaikum...


Kat lukisan tu ada satu kecacatan yg besar. Nak buat macam mana, penconteng amatur macam ni la. Dah siap baru perasan :p

If you don't thank Allah for every smile, then you have no right to complain about every tear.



“Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”
-Pepatah-



Allah SWT berfirman:

“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” 
(Surah Al-Hadid ayat 22-23.)


“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” 
(Surah Asy-Syura ayat 30.)


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Jika kita rasa Allah tidak mempedulikan kita dan hanya membiarkan kita menderita kesakitan maka kita silap. Allah itu sangat dekat dengan hamba-Nya :


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan).”
(Surah al-Baqarah ayat ke-186,)



"Sakit itu kaffarah dosa"






Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

14 comments:

  1. betul..kita ni duk sibuk mengeluh pada sesuatu yang Allah tarik. Allah ambil satu saja, bukannya semua. Astaghfirullah

    ReplyDelete
  2. betul..sakit jugk pnghapus dosa2 kecil..

    ReplyDelete
  3. lawa betul lukisan tu! walaupun katik tu lari sikit, tapi pada aku tip top. aku sendiri tak pandai lukis by hand macam ni.

    yup sakit tu penghapus dosa (baru masuk tajuk)

    ReplyDelete
  4. Teesaz :
    Biasanya kita hilang senyuman hanya kerana salah satu drpd beribu nikmat ditarik sementara.

    timm_bill:
    sbg peringatan bahawa kita hanya manusia yg lemah.

    nurdani :
    ok. KATIK lari. haha. betul la tu

    ReplyDelete
  5. fi rasa kalau ada bayang-bayang gambar mesti lagi hidup!

    Betul! sakit penghapus sememangnya penghapus dosa! :D (pun baru masuk tajuk)

    ReplyDelete
  6. Nurdani :
    :D

    Khairulsyarafi:
    x reti buat bayang2. nanti jadi comot. kena bnyak blajar lagi ni

    ReplyDelete
  7. asal ada rupa..pasni boleh buat nampak lebih real.kena rajin lukis si kecil tu pulak..ape pun lukisan tangan keri memang superb!
    Allah memberi kita sakit sebagai tanda peringatan dan sebagai penghapus dosa :)

    ReplyDelete
  8. Azhafizah :
    "si kecil" ?
    Thx. Alhamdulillah. cantik x canti perkara kedua. yg penting tujuan

    ReplyDelete
  9. Betul... Alhamdulillah, sihat ini satu nikmat!!!!

    ReplyDelete
  10. Gadis Misteri :
    Yup, hanya orang yg pernah sakit tahu nikmat kesihatan.

    ReplyDelete
  11. Allah takkan membenarkan sesuatu berlaku kepada kita jika ia bukan untuk kebaikan kita..

    ReplyDelete
  12. setiap sesuatu yg berlaku pasti ada hikmah..Dia perancang terbaik

    ReplyDelete
  13. Betul tu... Sakit tu tanda ALLAH sayang kite... boleh menghapus dosa-dosa kecil juga.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...