Tuesday 14 August 2012

Kad Raya Dari Blogger -blogger Ohsem #1

Assalamualaikum ....

Dekat- dekat raya ni makin rancak pulak sesi berutus-utus kad raya. Aku rasa dalam berpuluh-puluh kali aku sambut hari raya, tahun ni paling meriah ngan kad raya.

Seingat aku memang jarang gile aku dapat kad raya. Mungkin 1 keping setiap 4 tahun. Dah macam tempoh Piala Dunia atau Olimpik pulak.

Memang padan laa aku tak dapat kad sebab memang aku ni jenis pemalas tahap gaban nak beli kad, nak tulis ucapan, nak masuk sampul, nak beli setem pastu nak jilat setem tu, pastu nak tempek atas sampul, pastu nak jilat pulak sampul tu nak tutup. (aku cerita macam la tak wujud satu infrastruktur bernama "GAM")

Paling aku malas bila kena stat motor nak kena pegi pejabat pos.
Fuuh, mintak jauhla drpd urusan melibatkan pejabat pos atau tempat2 seumpama dengannya yang perlu bersesak-sesak beratur panjang.
*ceh padahal nak pos surat tak perlu beratur pun. alasan semata2.

Ok dah panjang pulak. cuma nak ucapkan terima kasih daun pintu, kalau boleh hari-hari mahu kepada 3 orang blogger ni yang bersusah-payah ikut step2 yang aku terangkan di atas semata-mata mahu bagi aku sekeping kad raya yang ohsem ni.

1. Wan Hazel


kan tak pasal2 dah jeles. :)

2. Cci

Tak rugi aku berbaik2 ngan akak ni. Kan dah dapat kad comel ni...


3. Dysha

Puan suri rumah bersama En. Suaminya. Yang ni sangat cun, terasa suasana meriah hari raya nya.


Aku masih menunggu 2 atau 3 keping lagi kad raya yang belum sampai. Ada beberapa orang blogger ni baik hati nak bagi kad raya kat aku. Semuanya yang diorang design sendiri dengan penuh kasih sayang.


Errr, cuma satu je aku pinta, harap- harap diorang ni tak tertunggu-tunggu kad raya daripada aku. Kebarangkaliannya sangat lah tipis.(boleh rujuk cara mengira kebarangkalian dalam buku teks Matematik Ting 4 bab 7). 
Mungkin aku hanya sempat design e-card untuk didedikasikan buat mereka semua.

Apa pun terima kasih dah diharap tak serik nak bagi lagi untuk Raya Aidiladha, Raya Cina, Thaipusam dan Deepavalii.


Pecah Kaca, Pecah gelas,
Dah baca, sori tak balas. :P



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

24 comments:

  1. wah. seronoknya dpt kad raya. thn ni dpt satu je. hahaha. pdhl b4 dis tk dpt pn. haha. rya thn ni kann. blogger2 mcm tk brpe nk meriah smbt rya kan? biase ad tradisi bls mbls kad. huhu

    ReplyDelete
  2. aku memang tak sempat nak reka kad raya sendiri untuk di pos kepada ko dan blogger2 lain.


    makanya dengan itu, e-card raya je la aku tempek nanti. tahun depan kalau umur panjang jumpa ramadan n syawal, aku nekad nak buat kad raya sendiri awal2. k tu je.

    ReplyDelete
  3. da sampai da.. eheh.. x dulik nak jugak kad raya dr ko keri... ^_^

    ReplyDelete
  4. untung lar dpt kad raya..haha

    ReplyDelete
  5. hrp2 klo dpt kadraya dr biskotcikot, jgn review ye.. hahaha. *ntah sampai ke tdk tu, twkal je ni xD*

    ReplyDelete
  6. cx :
    meh sini satu kad :)
    taktaula tahun2 sblm ni camne. ni baru first time terlibat ngan gejala kad raya blogger nih

    nurdani :
    eh, bukan dah ada ke design nya? sempat lg tu nak buat :D

    ReplyDelete
  7. cci :
    e-kad boleh la kan, kan? haha

    Mira :
    dpt kad raya yg di design sendiri tu yg best tu

    Biskot :
    mestilah kena review. kad osem tu

    ReplyDelete
  8. salam encek keri

    saya tak dapat emel address encek keri lagi lah..cuba hantaq balik boleh?tak pun, tulih je kat sini, nanti blogger lain baca boleh tambah koleksi kad raya encek keri..hehe

    ReplyDelete
  9. hahaha..slmt sampai dah...slmt hari raya keri...

    ReplyDelete
  10. nazha :
    haha. adoi camne bleh tak smpai tu
    ok dah pm ke page FB kartunster. cer try check

    Wan :
    trimas :D
    sampai dgn selamatnya

    ReplyDelete
  11. alhamdullilah sampai gak.. huahua.. selamat hari raya keri.. xbalas pun xpe..tahun depan ada lg.. balas kad raya dngan bg duit raya skali

    ReplyDelete
  12. waaah.. seronoknye dapat kad raye.. dahlama aku ta dapat kad raya.. haha..

    ReplyDelete
  13. Azzah pun dpt kad raya tapi x buat entry pun sbb tak leh ambik gambo..buat entry letak link dan buat e-card jugak..

    ReplyDelete
  14. samalah raihan pon tgh tunggu kad raya smpai..

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum keri...bestnya dpt kad raya ...:)

    ReplyDelete
  16. comelnya..memang sangat jeles..huhu...

    ReplyDelete
  17. dapat dah..thanks keri..maybe lepas raya baru dapat..hope ok ya:)

    ReplyDelete
  18. wah best3!!!!!!!!! comel kan kad raya tu :)

    ReplyDelete
  19. Dysha :
    Insya Allah balas tahun depan. haha
    bru tau cara n kertas sesuai nak buat kad. :)

    L :
    ko kena mula dulu. hantar kat aku satu :D

    ReplyDelete
  20. Azzah :
    mesti banyak dapat tu. femes la katakan

    Raihan :
    kena pegi check kat pejabat pos la tu kalau tak sampai2. haha

    ReplyDelete
  21. mama maszull :
    seronok pulak camni :)

    3no :
    sila jeles :D

    ReplyDelete
  22. nazha :
    ok. no problem

    deno :
    diorang kreatif

    cik dil :
    meh la satu. mesti lg best :D

    ReplyDelete
  23. bertuah dapat kad raya blogger yang hebat hebat dengan doodle masing masing kan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...