Saturday, 13 July 2013

Mini GA-Kad Raya Limited Edition by Safiena.

Assalamualaikum...

Teringin pulak nak join bila tengok kartun doodle super cute nih.
Dan soalan yg beliau tanya pun nmpak best :)

Nak Join Klik je Banner


SOALAN 1 : Apakah menu wajib untuk berbuka?

Menu wajib : NASI!!! haha
Takde nasi memang tak puas hati la. Mesti dengan nasi. Lauk apa pun tak kisah.
Lauk yang paling aku suka ialah ayam/ikan percik tambah2 lagi kalau yg mak aku masak. Pergh

Arghh.. saliva dah meleleh..



SOALAN 2 : Ramadhan Paling Bermakna...

Ramadhan paling bermakna adalah Ramadhan waktu kecik2 dulu.. Sekolah rendah dan sekolah menengah.
Sebab time tu Ramadhan kat kampung, kat rumah ngan mak ayah dan family.
Skang ni merantau jauh susah nak balik.

Dulu bila Ramadhan je nenek aku mesti ajak tidur rumah dia. Tiap malam dia akan kejut bangun sebelum Subuh dan ajak Qiamullail sama2. Tadarus Quran. Wajib khatamkan sekali dalam Ramadhan.

Pegi Terawih pulak naik basikal takpun ramai2 jalan kaki. Ohsem
Aku asalnya memang pemalas, tapi bila kena paksa tu bangun jugakla. Gile ke nak tahan telinga kena bebel? haha..

Alhamdulillah berkat kena paksa bila dah jauh dari family pun jadi kebiasaan, Terima kasih Tok Ma (gelaran utk nenek aku)

Ramadhan paling tak bleh lupa ialah bila aku kena kerja time bulan puasa kat Supermarket (bhgn Canned Food). Kerja angkat barang berat dari pagi smpai malam (ikut shift). Memang penat tapi peliknya aku rasa Ramadhan tulah aku paling bertenaga. Malamnya cergas.
Klimaksnya bila kena angkat dan susun 600 kampit beras yg baru sampai. Rasa macam nak buang kerja je bos aku tu (err gile ke pekerja nak pecat Bos?)

cukupla. dah panjang.



KAD RAYA tu. Jangan lupa. Err...




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 7 July 2013

POSTER: Sebenarnya Saya tut tut Dia...

Assalamualaikum...

Fuuh tajuk pun ntahapehape...
Sebenarnya aku ni memang dah terlalu lama tak layan Drama Melayu ni...
Kalau layan pun yg slot Ramadhan dan Syawal je.. sebab yg tu je nmpak kualiti jalan cerita dan moralnya..

Jadi bila ada orang dok kecoh2 pasal SSID episod last bru aku terdetik nak tau apa kebende citer tu.
Baru aku tau SSID tu singkatan Sebenarnya Saya Isteri Dia.. sadis betul.

Lepas gugel2 maka muncullah idea nak buat poster ni ...

SEBENARNYA SAYA AURAT DIA!



Agak2 nampak tak apa kesalahan cara berpakaian kat poster tu? 
Sangat banyak kesalahannya, tapi itulah majoriti cara berpakaian orang Islam MELAYU sekarang..

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Yang paling jelas, lengan terdedah. Aurat bagi seorang perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Kedua, baju dan seluar terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Kalau ketat itu namanya membalut aurat, bukan menutup aurat. Ada beza tu.

Ketiga, tudung tak dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada. Atau dengan kata lain tudung terlalu singkat. Kalau labuh tapi jarang sehingga menampakkan bayang rambut pun belum dikira cukup sempurna.

Keempat, baju terlalu singkat. Sepatutnya dilabuhkan sehingga menutup punggung. Baju biarlah longgar sikit.

Banyak ayat al-quran dan hadis yang cerita bab aurat ni. Kalau nak bleh godek2 entri lama aku berkaitan aurat. Ada disertakan sekali. 

Kenapa asyik pompuan je kena tegur? bajet lelaki takde aurat ape? itulah soalan tak puas hati yg slalu aku dengar dari mulut becok seorang pompuan.

Kenapa? Sebab kaum minoriti di Syurga adalah perempuan. Ramai yg terhumban ke Neraka kerana mengikut fesyen "Berpakaian tapi telanjang" ni. Dahlah seksi, buat gaya menggoda, upload lagi dekat instagram dan fesbuk.
Berganda-ganda lah dosa berkejar-kejaran masuk. 

Mungkin pakai pakaian menutup aurat ni dikatakan kolot ikut pandangan manusia. Tak up to date. Tapi kalau itu dikatakan ketinggalan zaman, tetap lebih baik daripada pakaian akhir zaman.

Dan kepada mereka yang telah berjaya menutup aurat, TAHNIAH. Tapi jangan pula memandang penuh benci dan hina mereka yang belum dibuka pintu hati untuk menutup aurat ni.

Pandang mereka dengan perasaan kasihan, dan pandangan kasih sayang (yg lelaki takyah pandang sangat laa). Jangan benci batang tubuh mereka, tapi cukuplah benci akan perbuatan mereka.

PENDOSA. Masih ada pintu taubat untuk kamu. Masih ada masa. 

JOM JADI ORANG BAIK :)








Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday, 6 July 2013

Doodle Poster Ramadhan : Salam Ramdahan

Assalamualaikum...


Paint Tool Sai + Adobe Photoshop



























1 Ramadhan dah dekat, tapi belum tentu lagi kita sempat menyambutnya. Ajal maut boleh bertandang menjemput kita kembali kepada Sang Pencipta bila2 masa saja.

Tapi biarpun kita tak sempat biarlah kita sempat menzahirkan keterujaan dan kegembiraan kita menyambut bulah penuh barakah ini. Moga keghairahan itu Allah kira sebagai pahala :)

Azam kita, jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan tahun2 sebelumnya. Kalau ada kekurangan dalam mengharungi Ramadhan tahun2 sebelum ini, biar kita tampung lompang2 itu kali ini.

Semoga tarbiyah Ramadhan mampu mengendurkan gejolak nafsu, mengekang keinginan2 dan kegilaan terhadap dunia yang akan hancur bila2 masa ini.

Kita, mungkin masih boleh menyambut Ramadan dengan senyuman dan kesenangan. Tapi kena ingat, terlampau ramai saudara2 seagama dengan kita di luar sana yang menyambut Ramadhan dengan air mata dan tumpahan darah. Mereka ditindas dan dizalimi musuh- musuh Allah.

Mari kita gunakan kesempatan mustajabnya doa di Bulan Ramadhan untuk mendoakan saudara seaqidah kita. Moga mereka tabah dan teguh melaungkan semboyan jihad. Moga bantuan Allah segera tiba.

Pergolakan dan peperangan ini,
adalah warkah cinta dari Allah,
untuk umat yang alpa, yang lalai,
untuk menjentik hati kita supaya sedar,
setelah terlalu lama diulit nyanyian dunia.

Biar iman tak seteguh Pejuang Badar,
Biar hati tak sesuci para Penakluk Konstantinopel,
Biar jiwa tak sehebat Mujahidin Al-Qassam,
Tapi semangat dan roh perjuangan mereka itu,
biarkan bertiup dan mengalir dalam hati kita,
Kerana Allah bersama dengan orang yang benar.

Doakan Palestin.
Doakan Rohingya,
Doakan Mesir,
Doakan Syiria,
Doakan untuk semua umat Islam.

Doakan MALAYSIA!


Entri Lepas :
MyPoster : Transformasi Ramadhan
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...