Thursday, 26 June 2014

Poster :Berkawan sampai ke Syurga?

Assalamualaikum...

Fuuh kemain lama tak update, nasib baik tak lupa password je.
Lukisan ni pun dah lama peram dalam sketchbook baru ada masa nak update.



Kita selalu dengar orang kata “Friend till jannah” atau “harap kita kekal berkawan sampai ke syurga” atau “saya sayang kawan saya kerana Allah”.
Tapi kebanyakan kata-kata tu tak selari dengan perbuatan.
Mulut kata nak ke Syurga tapi bila lepak atau bersama dengan kengkawan yang kononnya nak masuk syurga bersama-sama tu biasanya untuk buat perkara yang tak berfaedah atau membuang masa.

Anehnya juga bila kawan buat salah atau maksiat tak pernah ditegur.
Pelik juga bila berbuat baik tak pernah diajak kawan tu bersama.
Mungkin ayat tu dituturkan semata kerana bunyinya indah, cool dan menyenangkan.

Aku pun bukannya seorang sahabat yang baik, yang mampu menjadi contoh yang baik kepada orang lain.
Tapi Alhamdulillah Allah izinkan aku mempunyai ramai kawan yang baik terutamanya kawan waktu zaman sekolah menengah.
Sebab tu sampai sekarang kitorang masih lagi berhubung dan sedaya upaya akan rancang program reunion tiap kali waktu yang kebetulannya ramai yang cuti.

Kawan yang baik, bila kita bersama-sama dengan mereka, kita akan rasa malu untuk melakukan benda-benda jahat/maksiat yang biasa kita lakukan masa berseorangan atau dengan orang lain.
Atau membuatkan kita lebih semangat untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang kurang baik, kita masih lagi buat perkara buruk  time bersama dengan diorang walaupun kawan tu tak ikut sekali buat benda yang sama.

Kawan yang tak berguna adalah bila kita bersama diorang kita jadi lebih berani melakukan perkara jahat atau maksiat kerana dorongan dan ajakan mereka.

Ramai antara kita mengaku kawan padahal dalam masa yang sama bertindak sebagai perosak yang menjahanamkan kawan.
Kononnya sama-sama buat perkara rare dan pelik2 dan gila-gila itu tanda sehati sejiwa member kamceng sampai mati. Pastu sembang kencang friends till jannah.
Kadang-kadang mulut cakap till jannah, tapi perangai macam sama-sama nak till jahannam.
Moga dijauhkan. Nauzubillahi min zaalik.

Mungkin ramai yang akan kata, susah nak dapat kawan jenis yang pertama tu (kawan yang baik).. nak jumpa memang susah kononnya jenis macam ni spesies yang hampir pupus.
Petuanya senang sahaja, kalau kita nak jadi baik, kita niatkan nak jadi baik, dan in sya Allah , Allah akan hantar orang yang baik- baik untuk membantu kita jadi baik.

Kalau dah mulut asyik kutuk orang , suka gosip cakap mencarut mestilah kita pun akan cari geng yang lebih kurang sama perangai macam kita jugak kan?
Kalau ada member yang cakap sopan berbudi bahasa konfem orang jenis mulut gosip ni akan rasa macam serba tak kena dan akan blah cepat2. Jadi macam mana korang nak dapat kawan yang baik kalau sentiasa lari dari diorang?

Dan kalau memang susah sangat nak cari kawan yang baik, apa kata kita je yang jadi jenis kawan yang baik tu?
Biarlah kalau ada orang duduk dekat dengan kita, diorang rasa segan nak buat jahat.
Aku pun ramai kawan yang jenis liat solat atau jenis tangan liar atau nakal ni.
Tapi sekurang-kurangnya diorang reti hormat kita bila berada bersama kita dan tak buat perkara yang diorang biasa buat kerana segan dengan kita.

Kawan yang paling lahazelnut perangainya adalah yang jenis suka cabar member buat benda jahat.
Contoh :
“Kalau ko nak geng ngan kitorang ko kena try rokok ni sebatang”

“Apa barang takde awek, kalau jantan ko pegi tackle minah tu sekarang, baru kitorang respek”

“Nak join kitorang, tukar nama hujung jadi Evan’s ke, Hudson ke, Vienna ke, baru kelasss!” (ok yang ni merapu)

“Kalau ko boleh wheelie 13 batang tiang letrik baru kitorang mengaku ko kawan kitorang”

Kalau kita tak cukup kuat, cepat2lah tinggalkan orang macam ni. Takde kawan pun takpelah.

Jadi carilah kawan yang berilmu yang suka beri nasihat.
Atau berkawanlah dengan orang yang kurang ilmu, tapi mampu terima nasihat.

Kalau nak berkawan sampai ke Syurga, berakhlaklah seperti seorang calon ahli Syurga.

 Dari Abu Hamzah Anas bin Malik Radhiallahu Ta'ala 'Anhu, pembantu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, dari Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, beliau bersabda:  "Tidak beriman salah seorang kalian sampai dia mencintai saudaranya, seperti dia mencintai dirinya sendiri."
(HR. Bukhari dan Muslim)




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

8 comments:

  1. Jangan jadi jenis kawan makan kawan suda :'(

    btw cantik poster tu. Kemas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenis kawan yg suka makan megi kawan tanpa mintak pun patut dijauhi jugak :D

      Delete
  2. Tak baik betul merosakkan kawan sendiri..kena pandai pilih kawan yang boleh bawak ke jalan yang betul

    ReplyDelete
  3. Sob sob.. tiba2 rasa sebak bila sebut tentang sahabat... deno kurang kawan... bila sebut sahabat teringat kat sahabat denoo sorang ni... sahabat yang sangat supportive dan dialah sahabat yang memang sahabat.. sahabat susah senang, menangis bersama, selalu beri nasihat bila deno down.... Sahabat yang selalu menasihatkan deno .. "jangan sedih.. allah ada.." hwaaa tak pasal2 air mata menitik pagi2 ni...

    **cantik sketch <3 <3 <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada seorang sahabat macam tu lebih baik dari mempunyai beribu kawan yg hnya ada waktu senang.
      Kadang2 yg nmpak macam ramai kawan tu pun belum tentu ada kawan yg sejati.
      Tahniah sbb ada sahabat yg baik.

      Delete
  4. Apa kata kita sendiri yg ubah diri kita menjadi seorang kawan yg boleh membimbing kawan ke syurga...

    Oh ya, cantik lukisan ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...