Sempena Hari Panda SeMalaysia hari ni, aku secara tak sengaja terconteng makhluk ni ...
Rintihan seorang pakcik duda beranak lapan penoreh getah hujung kampung:
Untunglah ko Panda, ramai orang sayang,
Makan minum kau mewah, ada orang jaga, aku? kriik kriik kriik
Rumah besar ada air-cond, (jeling kipas berhabuk bunyi kriuk kriuk berpusing lelah atas siling)
Orang sanggup habiskan berjuta-juta untuk ko... (ekor mata melirik bil-bil letrik dan air tertunggak berbulan-bulan)
Ko warga asing, tapi diberi kelebihan berbanding aku anak peribumi..
kenapa Panda? kenapa?
Akhirnya pakcik terlelap bersama mimpi ngeri dihambat bil-bil hutang yang tiba-tiba tumbuh kaki berlari mengejar.
Kata Panda:
eh yang ko jeles sangat dengan aku tu apsal?
Aku lambang perhubungan diplomatik dua negara,
Aku simbol persahabatan yang akrab.
Kau apa ada?
Tahu komplen je.
BR1M kan adooo..
Ok. Aku takde apa-apa.
p/s : Percayalah! Kedatangan Panda ke negara kita sangat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. Kenapa? Sebab sekarang kita tak lagi perlu membayar mahal2 untuk ke luar negara semata2 nak tengok Panda. Bercukurlah! eh bersyukurlah !!
Mohon jangan ada yang komen racis dan bersifat perkauman seperti " hantar balik Panda ke negara asal! ini Tanah untuk Melayu je!"
aku pun tak pergi tengok Panda tu sampai pagi tadi, walopon opis aku dekat...
ReplyDeletekakakakaka
ko memang tak besyukur. beliau dtg dari jauh ko tak hargai pulak. sob sob
Deletekihkihkih.. sebenarnye..nak suruh hewan lain kat dalam tu belajar bahasa cina dan belajar kung fu skali. xDxDxD
ReplyDeletelepas ni Malaysia boleh buat filem Silat Panda sambungan Kung Fu Panda
Deletehahaha..panda pakai tengkolok.
DeleteSalam, hahahaha aku suka entry ni !
ReplyDeleteTahniah, maknanya anda suka panda! err.
Deletepanda oh panda..untung panda dok Malaysia :)
ReplyDeleteTuah ayam nmpak di kaki, tuah panda nmpak di Malaysia
Deleteaku sentiasa bercukur keri..3 kali seminggu..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. bagus!
Deletekalau bercukur bleh 3 kali seminggu,
konfem bersyukur lebih2 lagi :D
hmmm... (x mampu kata apa2)
ReplyDeletesenyum x perlu kata apa2 :)
Delete