Assalamualaikum....
Kalau
kita perhati skang, kat sektor mana pun semakin ramai kaum wanita yang mula
memenuhi setiap ruang dan peluang kerja yang ada. Ini fenomena biasa. Zaman ini
bukan lagi zaman nenek moyang kita, di mana wanita tempatnya di rumah, sebagai
suri rumah sepenuh masa.
Suka atau tidak, itulah realitinya.
Kaum Hawa semakin membanjiri pasaran kerja di negara ini. Bukan kerana tiada
kaum lelaki, tapi tuntutan hidup di era kapitalisme ini yang memaksa dan
mendesak sehingga sampai ke tahap ini. Bukan semua tapi peratusannya agak
tinggi.
Kalau
nak bincang memang panjang berjela... kat sini aku Cuma nak ringkaskan sedikit
panduan untuk wanita yang ingin atau telah bekerja :
Sumber
: http://www.zaharuddin.net/
Keharusan wanita untuk bekerja diikat dengan syarat
tertentu sebagaimana yang disebut oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya (
Nizam Al-Usrah, 2/282 ; Al-Mar'ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama', hlm 18) :
1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa
keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga)
seperti :-
a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.
b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat
miskin atau suami yang uzur tubuhnya.
c- Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga
dan kos.
d- Mempunyai keistimewaan yang hebat sehinggakan
kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.
2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah
seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.
3) Mestilah keluarnya untuk bekerja dengan menutup
aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.
4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya
berdua-duaan dan bercampur baur dengan lelaki.
5) Mendapat izin wali atau suami.
6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan
terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab
As-Sufur, hlm 84)
7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana
keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat
semata-mata menyaingi lelaki.
8) Mestilah berhenti sekiranya
terdapat keperluan dan kecacatan dalam pendidikan anak-anak.
9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu
sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus suami
mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika
mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.
Ringkasnya
kewajiban mencari nafkah masih lagi wajib ke atas suami/lelaki. Dan perempuan
seeloknya jika tiada keperluan yang mendesak, berada di rumah menguruskan
keperluan rumahtangga dan pendidikan anak-anak.
Bukan
apa, sebab terlalu banyak kes-kes keretakan rumahtangga berlaku apabila si
isteri mula menyalahgunakan kebebasan yang diberikan untuk keluar bekerja.
Malah bahaya dan fitnah ke atas kaum wanita juga lebih besar apabila mereka
berada di luar rumah.
Kalau dapat kerja yang hanya memerlukan wanita ni dok rumah lagi bagus... bekerja dari rumah... Rumahku Syurgaku ^^
Bukan menyekat, tapi mencegah. Bukan mengongkong tapi memelihara. :)
Bukan menyekat, tapi mencegah. Bukan mengongkong tapi memelihara. :)




