Monday, 19 November 2012

1001 Ragam Calon SPM ...

Assalamualaikum...

Memandangkan 2-3 minggu ni dan 2-3 minggu seterusnya tugas aku berkaitan dengan budak-budak yang tengah ambik exam SPM, maka banyaklah benda-benda remeh yang sempat aku tengok, conteng dan update tentang diorang.

Gelagat sama ada secara sengaja atau tak sengaja yang kadang2 lawak pun ada, tapi takleh nak gelak kuat2 dalam dewan exam tu....

Sebab masa lapang aku terlampau banyak dan bagi mengelakkannya dibazirkan dalam mimpi atas katil, maka aku pun conteng2 atas kertas, scan dan edit dalam PS ...

Antara ragam dan situasi dalam Dewan Peperiksaan yang sempat aku nampak:


1.   Muka konfiden... fokus dan penuh semangat...  ni yg boleh menjawab la...



2.   Termenung. Garu-garu kepala, toleh kiri kanan




3.   Tidur (biasanya lepas separuh masa) pastu tetiba bangun cam terkejut.



 4.   Mulut kumat-kamit cam cakap sengsorang... baca jampi ke doa kot




5. Bersin , tapi tahan. Sanggup tutup hidung n mulut pakai tangan... Last2 bunyi yg kluar lagi lawak...
(takde gambar... malas lukis )


6. Menggeliat ... ingatkan angkat tangan nk mintak graph paper ke ape... hampeh  




7. Inspektor Gadget/ Poket Doraemon : macam-macam alat dia bawak, kalkulator smpai 2, pstu protraktor n triangle yg besar gedabak pun ada.





8.   Nyanyuk @ was- was.. ni time wat esei... bilang2 perkataan, pastu geleng-geleng... ulang balik... geleng2... ulang... penat tengok (kes  nak kira patah perkataan esei pastu tersilap/lupa)
-pun takde gambar-


9. Muka jamban. Asyik2 orang sama je yg ulang-alik ke tandas. Neves sangat sampai efek pundi kencing.


10.  Conteng kertas soalan, takpun lukis atas tangan. Ok, yg ni lbih kurang Style aku dulu2. Normal :)

 




11. Duduk terkepit-kepit. Jenis suka tahan kencing, takpun malu nak minta kebenaran ke tandas. Sukati le.

12. Takleh dok diam. Kejap betulkan tudung, kejap korek hidung, kejap selak kain smpai betis.. Err ...



13. Kejang. Badan lurus bersandar kat kerusi, kaki lurus ke bawah meja. Muka mendongak ke atas, mata pejam. Ingat sawan ke ape td. Rupanya tengah berfikir secara terlampau serius..


14.  Kaki tergedik2... ni ramai. 


15. Siap awal, pastu keluar dengan muka bangga.



 ceh, padahal kertas pun tak penuh bertanda. bleh buat muka kerek.


 


16. Siap awal. Macam nak keluar, tapi serba salah. Barang2 sume dah siap kemas, cam dah ready nak keluar, tapi tak jugak kluar2.... segan kot.



17.  Gelabah. Time kutip kertas jawapan bru nak ikat kertas pakai benang. Pastu punyalah kelam kabut, 2-3 kali ikat tak menjadi...
 



Sebenarnya banyak lagi .. tapi rasanya dah banyak tuu..
Apa -apa pun kadang-kadang situasi atau tingkah laku student dalam dewan peperiksaan ni banyak berkait dengan sejauh mana persediaan diorang untuk exam tu...

Mana -mana yang memang dah sedia mesti akan konfiden dan tenang... muka pun relaks...
Yang tak berapa nak ready tu biasany yang buat aksi pelik2.. muka pun stress dahi berkerut...
Sampai menggigil-gigil time nak ikat benang kat buku jawapan... 

Yang mana memang ada penyakit gelabah time masuk dewan exam tu banyak2 la baca doa ke selawat ke.. insya Allah tenang.


*mood nak update blog merudum semenjak internet terputus angkara kemalasan pekerja2 TM untuk datang tengok problem ke hape yang menghantui talian rumah aku ni...

"dalam masa 24 jam kami akan hantar orang pergi check" -ceh, 24 hari aku tunggu tak jugak datang2... 
esok lusa ada masa nak pegi terminate laa.. takde keje aku nak bayar bil padahal tak guna pun -_-!


 


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 12 November 2012

Karangan UPSR : Sekolah Saya (Bukan dari Perspektif seorang pelajar)

Lukisan seorang pemalas, dengan gaya malas -_-






Sekolah

Sekolah... tempat memproses komponen-komponen kecil yang akan melengkapkan sebuah masyarakat.

Sekolah... umpama dunia kecil dengan organisasi  tersusun.. nampak ringkas dan mudah namun cukup kompleks bagi mereka yang cuba masuk ke dalamnya.

Di sini juga ada mikropolitik, perlumbaan merebut kuasa, mengejar nama dan pangkat... umpama sebuah dunia sebenar. Cuma dengan skala yang lebih kecil.

Dunia kecil ini, bukan berdiri sendiri dengan kudrat sendiri. Ada kuasa-kuasa lebih besar di atas yang kadang-kadang menghulur tali pertolongan, tangki udara membantu pernafasan, dan kadang-kadang menghulur sebeban tanggungjawab besar yang perlu digalas.


Pejabat

Tempat bermula segala aktiviti.  Punch in sama ada awal atau terlewat...  terkocoh-kocoh berlari mengejar masa yang suntuk. Dan ada yang selamba biarpun loceng telah berbunyi J

Di sini tempat arahan diberi. Pusat pentadbiran dan pertemuan empat mata dengan pegawai atasan mahupun ibu bapa.
Tunjang dan paksi yang menentukan keutuhan sebuah sekolah.


Tapak perhimpunan

Tempat berkumpul semua warga sekolah di waktu pagi. Pelbagai ragam dan perangai murid dapat dilihat. Ada yang semangat ada yang lesu. Ada yang awal dan ada yang lewat.

Tempat segala pendidikan bermula. Disiplin dan menepati waktu. Sama ada sedar atau tidak, pembelajaran telah bermula sebaik sahaja melangkah masuk ke pintu pagar sekolah.
Belajar bagaimana mahu hidup sebagai seorang manusia.


 Bilik Guru



Tempat paling meriah dan pusat kehidupan di sekolah. Hampir 80 % drpd jumlah guru berkumpul kat sini .

Pusat segala cerita dan gosip... terkadang ditokok tambah bertukar fitnah. Cerita baik dan buruk paling senang tersebar di sini, dan menembusi celah dedaunan pintu bilik ke dunia luar dari bilik guru, berjangkit dari bilik ke bilik.

Aku, sedaya upaya menjadi neutral. Menapis segala cerita cukup berhati-hati agar tidak menjadi bencana.

Mungkin kerana penghuninya ramai kaum perempuan, kecohnya kadang2 luar biasa.
Ada kalanya bertukar menjadi pasar, umpama Year End Sale tempat berjual beli pelbagai barang.
Atau pusat fesyen, memperagakan aksesori dan pelbagai gaya pemakaian.
Ada tikanya menjadi babak drama, bila plot sedih dan tragedi menusuk kalbu.
Tapi kebiasaannya penuh senyum dan gelak tawa, ramah dan menyenangkan.
Di bilik guru ini, menjadi tempat melepaskan tekanan, dan juga mendapat tekanan.

Aku, memilih untuk jauh dari kebingitan ini, mengasingkan diri di ruang terpencil, bersama beberapa kerat kaum lelaki yang wujud.


Bilik Mesyuarat

Tempat segala program dan aktiviti dibincangkan.
Kadang2 berjalan lancar, kadang-kadang berubah tegang.
Ada yang menjadi ahli aktif menyumbangkan idea, dan ada yang hanya menjadi pendengar setia. Pelbagai ragam mencatat butir perbincangan... atas buku, atas kertas, smartphone, dan ada hanya dalam mimpi... terpejam mata melangkaui batasan dimensi waktu.

Aku, setia mencatat atas helaian kertas, dalam bentuk abstrak yang hanya mampu difahami aku.


Kelas

Tempat pertemuan paling kerap dan lama antara guru dan pelajarnya. Menjadi medan persiapan bagi perjuangan, kehidupan dan peperiksaan.
Segala ilmu dicurah dan ditimba di sini. Biarpun kadang2 tiada yang mahu mendengar.
Segala kesabaran, skil dan pengetahuan teruji di sini. Sama ada mampu bertahan atau kerap kali jua berakhir dengan tangisan sang guru.
Anak-anak sekarang tak sama macam dulu-dulu, pintarnya memeningkan, cerdiknya kadang-kadang menyusahkan.

Tapi ini tempat yang menyeronokkan, jika kena dengan caranya. Mudah atau payah, bagaimanapun cabarannya, itu satu tanggungjawab.
Tempat ini, tempat seorang guru mengajar dan juga belajar.

Aku, kadang-kadang hilang kesabaran jua.


Bilik Kaunseling

Bagi aku ia bilik ajaib, tempat tumpuan pelajar yang hilang arah, yang berkrisis dengan diri dan orang sekeliling. Masuknya membawa hati yang gundah, namun keluar dengan rasa yang lebih lega dan senyuman.

Bilik ini, tempat mengadu segala masalah, atau sekadar peneman bicara. Namun tak bermakna penunggu bilik ini sendiri bebas dari belenggu masalah. Adat hidup, manisnya takkan terasa jika tanpa ada ujian menduga.

Aku, menjadi kagum dengan keajaiban bilik ini biarpun sampai sekarang belum pernah menjejakkan kaki ke sana.


Bilik Peperiksaan

Bilik ini menjadi salah satu sumber pelajar menjadi stres. PEPERIKSAAN. Perkataan yang kurang disenangi sesetengah pelajar.
Segala data dan maklumat ujian atau peperiksaan disimpan di sini. Terkadang penunggu bilik ini menjadi mangsa rungutan para guru dek kerumitan sistem yang tak pernah menyenangkan.

Aku, menjadi penghuni setia di sini tiap kali peperiksaan menjelma.


Tandas Guru

Tempat melepaskan segala hasil pencernaan yang diproses sepanjang hari. Membuktikan guru juga insan biasa, perlu membuang sama ada yang besar mahupun kecil.. seperti orang lain.. haha

Aku, pun manusia jugak... :P


Inilah sekolah, yang penuh ragam dan pancarobanya yang tersendiri. Selagi bekerja dengan manusia, karenahnya sentiasa ada.
Mungkin hari ini orang lain buat silap, tapi mana tahu satu hari nanti giliran kita? Jadi sama sama terima seadanya.
Di sini , sama macam organisasi dan jabatan lain... ada karenah dan masalahnya, sebab semuanya bertunjangkan manusia.

Budaya tikam menikam, menggunakan pisau halimunan namun tajamnya menghiris dalam.
Ada yang kaki bodek, mahu tunjuk konon dia yang terbaik,
Ada yang kaki gosip, semua nak diadu domba, mengorek rahsia sehingga dalam kain,
Ada yang nak tunjuk hebat, kerjanya tak seberapa, tapi kalau boleh biar semua orang nampak.
Ada yang kerjanya memang hebat, sahsiahnya terpuji, namun dipandang sebelah mata,
Ada yang kerjanya senyap-senyap... namun berkualiti...
Ada yang mengelat, semua kerja nak ditolak...
Ada yang nampak baik, tapi gunting dalam lipatan...
Ada yang tegas dan garang menegur, namun niat mahu mendidik...
Ada yang macam seorang ibu, pandangannya menyejukkan hati,
Ada yang biasa-biasa, kerjanya biasa dan kehidupannya biasa...
Ada yang buat hal sendiri, tak suka diganggu dan tak mengganggu...

Aku, hanya mampu berdoa agar tak tergolong dalam salah satu kategori yang tidak disukai itu...

Hidup dalam dunia orang dewasa, tak sama macam hidup di alam remaja.
Baru aku tahu, inilah kedewasaan, bukan sekadar dimamah usia. Bukan sekadar satu angka.
Hidup dalam dunia ini kena banyak bertoleransi, hormat menghormati...
sebagaimana kita mahu orang menghormati hak kita, sebegitu jugalah kita perlu menghormati hak orang lain.

Kena terima hakikat, bahawa kita hanya seorang manusia .. tak selalunya sempurna tiada cela.

Sekolah... bagi aku, sebuah tempat yang menarik dan menyeronokkan. Juga memeningkan. Err...





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...