Tuesday 7 August 2012

Bagi dan Belah Kartunster : Komik Lawak Lorong Belakang

Assalamualaikum...



Kali ni aku teringin plak join kontest ISI DIALOG oleh Kartunster ni. Tengok, tenung tilik komik tanpa dialog tu terus dapat idea. Tapi peram dulu 2-3 hari baru buat. Busy punya pasal.Bukan malas ye.

Ni bukan aku yang lukis, aku cuma isi dialog. Dia mintak dialog kelakar tapi aku tak rasa kelakar pulak aku punya ni. Dah 12 kali ulang baca tak jugak gelak- gelak. FRUST.

Last-last minta member aku geletek kaki aku sambil baca balik dialog yang aku tulis. Alhamdulillah gelak juga aku akhirnya akibat geli-geli.

Kemain aku menipu di bulan mulia ni....

Ok ni jela yang mampu aku buat...





Haa.. siap ada slot pendidikan moral lagi... extra marks kat situ. ahaks.
Kalau nak join cepat2 sket sebab tarikh tutup dia 10 Ogos 2012. sempat lagi tu...
Tak nak join jangan klik SINI...

TAHUKAH ANDA?
KOREK HIDUNG SEBENARNYA TAK MEMBATALKAN PUASA ...
walaupun ada percanggahan pendapat di kalangan ulama (khilaf)

Soalan :

Semasa saya kecil, saya pernah mendengar pendapat yang mengatakan antara perkara perkara yang membatalkan puasa termasuklah memasukkan sesuatu kedalam rongga, contohnya seperti berikut:

1. mengorek lubang hidung dengan jari
2. mengorek telinga dengan pengorek telinga
3. menuang ubat mata (eyemore) kedalam mata boleh kah saudara dapat membetulkan was was ini dengan mengemukkan dalil dalil yang sahih.

Jawapan:
1. Tidak batal puasa dengan mengorek lubang hidung atau mengorek telinga dengan pengorek telinga.

Ini adalah pendapat Ibn Taymiyah dalam majmu’ Fatawa. menurut Ibn Taymiyah, maksud batal puasa jika memasukkan sesuatu dalam rongga terbuka bermaksud memasukkan makanan atau minuman untuk menghilangkan rasa lapar atau dahaga. Sedangkan seseorang mengorek hidung atau telinga bertujuan membuat kotoran di dalamnya. namun tidak digalakan kerana boleh dilakukan waktu malam.

2. menitiskan eye-mo atau seumpamanya ke dalam mata.

Juga tidak batal puasa menurut pendapat Ibn Taymiyah dalam Majmu’ Fatawa. Kerana tujuan penitisan air ubat tadi bukan berniat untuk menghilangkn haus dahaga. (lihat penjelasan Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah serta Qardhawi dalam Fatwa Mu’asirat)

boleh juga rujuk SINI

Tetibe entri tamat. sekian.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

26 comments:

  1. haha kreatif. aku masih takda idea. arghhhhh *gigit skrin laptop

    ReplyDelete
  2. da buat ckit tp part pengemis tu terus blur.. bak idea cikit

    ReplyDelete
  3. hahahha... suke bila dia baca tang suratkhabar tu... hahahha.. ^_^ sumenya ade situ... good luck keri...

    ReplyDelete
  4. dani :
    haha. ko kan selalu dpt idea time drive kete. cepat g start enjin kete skang :P

    dysha :
    mintak hasben tolong sket haha

    ReplyDelete
  5. cci :
    tengok org dok update mknan sedap2 kt FB trus kluar idea tu :D

    amir :
    jom la join.

    ReplyDelete
  6. hihihi.. mmg kelakar kartun tu... :)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Hai Encek Keri:)

    Hahaha..saya tengah gelak guling guling di bawah meja ni takut rerakan ofis
    nampak ingat saya meroyan pulak..

    Siap ada moral bagai dan ya, korek hidung pun saya pernah dengar tak
    membatalkan puasa..Di Malaysia, jadi macam budaya pula untuk melawakkan
    korek hidung ni..macam la terkentut dalam air masa mandi orang kata batal
    puasa..hehe..

    Terima kasih Encek sebab sudi join ya:)

    ReplyDelete
  9. deno :
    ekspresi muka dia tu mmng menjadi.

    nazha :
    haha. kentut dalam air pulak. bnyk pendapat2 yg menyusahkan. Islam tu mudah dan memudahkan :)

    ReplyDelete
  10. hee..kelakar gak..gud luck ye :)

    btw..nice sharing ttg perkara2 yg x batalkan puasa tu

    ReplyDelete
  11. tak ramai tahu tentang info perkara yang boleh membatalkan puasa ni..treima kasih yer =)


    p/s: semoga berjaya!!

    ReplyDelete
  12. Dylla :
    sekadar kongsi apa yang kita baca dan tahu :)

    3no:
    bolehla jd panduan elak kekeliruan.
    thx :)

    ReplyDelete
  13. ok fine,azzah gelak..he..he..gud luck keri..

    ReplyDelete
  14. terbaiklah keri..dalam lawak ada message nye..cantik komik tu kan..sesuai dengan dialog yg keri buat tu..good luck tau!

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum keri...selamat bersegmen n gud luck yer..:)

    ReplyDelete
  16. dtg tgk dialog :) siap ada advice lg..hihihi.all the best.thanks utk info tu.baru tau..kna cri info tambahan lpas ni :)

    ReplyDelete
  17. Kehkehkeh lawak! Ending dia best, aku suka *pegang² hidung



    Info tu seius aku baru tahu.. tenkiu bro.. ;)

    ReplyDelete
  18. hahaha...bleh tahan jugak lawaknya..gud luck!!

    ReplyDelete
  19. Azzah :
    gelak kena ikhlas ya. haha

    Azhafizah :
    thx. itulah gunanya komik. menyampaikan mesej :)

    ReplyDelete
  20. mama maszul :
    thanx :)

    ayut :
    cari jgn tak cari :D

    ReplyDelete
  21. Yousuf :
    sama-sama. kongsi mana yg kita tau :D

    Tengku Puteri :
    thx :)

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. bukan skadar kartun &olahan biasa..siap ada perigatan lg..
    moga admin menang contest nie..
    hehehe

    ReplyDelete
  24. aidil :
    thx :) tak menang pn takpe. saje je join sbb ada idea. lgpun org lain punye lg best apa

    ReplyDelete
  25. Encek KEri..tet tet..

    Saya suka dialog ini:)hehehe
    sila emelkan detail kepada saya ya:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...