Showing posts with label Ombak rindu. Show all posts
Showing posts with label Ombak rindu. Show all posts

Wednesday, 23 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU, ARTIS YANG UNTUNG??







Malam ni malam yang ohsem. Aku dengan teruja dan excitednya dijemput ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri ________ 2012 . Peringkat negeri tuuu.. kalau diisi dalam buku Ko kurikulum budak2 sekolah maunya 8-10 markah tuu.. (tp tak sehebat sambutan Majlis Perhimpunan Raksasa Merah di Stadium Bkt Jalil)

Ok. Tak eksaited pun. Sebab aku dipaksa pergi. Kehadiran pun diambil. Siapa yang tak hadir kena bagi sebab dan alasan.

Aku memang kureng sket bab2 majlis meriah- ramai-sesak-glamor camni. Walaupun niatnya murni mahu meraikan guru-guru di negeri ni.

Majlis bermula meriah dengan ketibaan YAB Menteri Besar. Acara menyentuh tangan dan bermesra dengan rakyat tak-kira-laki-pompuan-tua-muda  menyebabkan aku menyesal tak jadi menteri dulu2. Kan best bleh bersalam-salam ngan awek2 muda (lah sangat) dengan HALAL. Yela. Tugas rasmi katakan.

Aku rasa majlis-majlis sebegini adalah platform terbaik mencungkil bakat anak2 sekolah dalam bidang tarian dan nyanyian serta lakonan. Pentas permulaan sebelum menyertai Pilih Kasih, Akademi Fantasia(dah berkubur), Mentor, Kilauan Emas, Malaysian Idol ,Suara Sedap Takde Rupa dan macam-macam lagi.

Aku yakin ada ibu bapa yang menangis teresak-esak terharu melihat persembahan anak2 mereka tergelek2 di atas pentas. Oh, tahniah kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang hebat camtu.

Kemuncaknya persembahan seorang penyanyi pompuan TAK-TAHU-NAMA-APA-TAPI-FEMES. Yang penyanyi lagu Ombak Rindu tu. Serius first time aku dengar nama dia dan tengok rupa dia walaupun aku pernah dengar lagu tu. Oh, dan dia Islam, sebab di akhir persembahan dia cakap Assalamualaikum. (ingat bukan Islam sebab pakaian dia boleh tahan laa)

Pastu ada konsert Jamal Abdillah. Okla sket tapi aku cuak bila fikir agak2 berapa la bayaran yang dibayar kat penyanyi-penyanyi jemputan ni. Aku rasa diorang ni ikhlas kot wat persembahan free atau ada  diskaun 98% sempena mengenang jasa2 guru diorang dulu.

Dan aku rasa bersalah pulak bila ada kat majlis camni. Rasa bersalah takut2 aku terambil hak orang lain yang lebih memerlukan daripada kami yang diraikan dalam majlis semeriah ini. (bagi aku dah meriah la tuu).

Terasa macam ada banyak pembaziran yang berlaku setiap kali ada majlis-majlis tertentu di negara kita. (bukan merujuk kepada majlis tadi saja). Khemah dan persiapan untuk pentas pun dah menelan belanja yang agak tinggi. Belum masuk kos lain.

Contohnya Majlis bersama wakil Rakyat yang kononnya nak sampaikan derma dan bantuan ikhlas. Tapi aku rasa kos yang digunakan untuk persiapan tempat ,khemah dan sebagainya hampir menyamai jumlah sumbangan yang nak disampaikan. Ape kejadah? Nak bagi , bagi jela. Cukupla sekadar ucapan ringkas takyah nak meriah bagai majlis kahwin anak orang ke-12 terkaya di dunia. *hiperbola sungguh ayat aku.

Dan, memang wajib ke dalam tentatif setiap program tu mesti dihiasi dengan persembahan daripada artis? Kalau artis nasyid ke, Imam Muda ke boleh la terima jugak sebab hiburan yang mendidik tu lagi bagus. Tapi kalau nyanyi lagu yang liriknya merapu-rapu takde kaitan dengan majlis tu rasa-rasa relevan ke?

Tak perlu kot. Sebab setau aku bayaran untuk artis-artis bukan murah. Kaya rupanya kerajaan kita ni. Bleh keluarkan belanja sesuka hati je untuk jemput artis camtu.

Sebenarnya sampai skang aku masih konfius majlis tadi tu Majlis Sambutan Hari Guru ke Konsert ?

-insan kebingungan-

* bengang sebab terlepas tengok Debat PTPTPN tadi. layan kat YouTube jela








Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday, 10 December 2011

VIDEO : TOMATO | LAGI BEST DRPADA FILEM OMBAK RINDU!!

Assalamualaikum ....

Err.. janganlah marah bila aku tetibe je kata ada video yg memang korang x penah tau kewujudannya  lagi best dripada Ombak Rindu...
Tapi nak marah pun ade aku kesah? haha... memang la korang rasa x best kan? sebab video ni xde adegan ranjang penuh berahi serta babak jiwang meleleh....
Walaupun aku x tengok filem Tsunami Rindu tu, tapi aku bru perasan yg aku pernah baca novelnya (jiwang gak aku rupanya)...
Novelnya memang best, tapi aku tak rasa filem tu 100% ikut plot asal novelnya. Filem tu stakat tumpang glamor novel je tu (Ops, marah kang pengarah filem, macamlah dia baca blog kerdil ni)

Jom layan video pendek tapi penuh pengajaran ini...




Memangla file Ombak Rndu tu lagi hebat cara suntingan video, audio, lakonan tapi apa yg aku nk tekankan kat sini adalah nilai MORAL dan PENGAJARAN.

Rasulullah bersabda : ” Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” 
( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Riwayat bukhari : ” tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam” ( al-Bukhari)

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." - Bukhari & Muslim

Rasulullah saw bersabda, "Seorang Muslim adalah saudara bagi sesama Muslim yang lain, tidak boleh menganiaya atau membiarkan dianiaya. Dan sesiapa memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. Dan sesiapa membebaskan kesusahan seorang Muslim maka Allah akan membebaskan kesusahannya di hari kiamat. Dan sesiapa menutupi aib seorang Muslim maka Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat." (HR Bukhari dan Muslim)

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...