Wednesday, 10 October 2012

Bila Artis Pakai Seksi Terkantoi...


Sejak dua tiga menjak kebelakangan ni asyik kecoh pasal artis pakai seksi...
pasal artis pakai pakaian sampai mencocok , menjolok dan menembus mata...
pasal pelakon, penyanyi atau model bergaya sendat membonjol dedah sana sini...
Senyap sorang, sorang lagi buat hal...

Apa nak heran, dah nama pun artis, mestilah kejenya cari glamer atau publisiti murahan,
hidup mestilah penuh kontroversi, baru artis namanya...
aku yg bukan artis ni pun banyak kontrobasinya haha..
kontroversi tu makanan artis, ibarat friskies dan kucing Parsi.

Bila dah heboh satu negara cerita pasal dia, baru buat2 gelabah,
bila gambar peluk cium dengan laki@pompuan ntah sape2 tersebar, mulalah melenting,
konon-konon superimpose la, pelanduk dua serupa la...
ceih, ingat orang buta ke apa?

Ok, bukan yang tu aku nak fokus....
Tapi point aku ialah cara camne diorang cover balik perangai hantu diorang ni..
macam mana cara diorang nak tawan balik hati peminat,
cara bagaimana diorang ni nak lepaskan diri dan agar kisah itu dilupakan.

"Saya minta maaf jika cara pemakaian saya menimbulkan ketidakpuasan hati dan membuatkan ramai yang tersinggung. Saya tak tau pulak pemakaian camtu dilihat seksi di mata peminat. Bukannya saya berbogel pun. Cuma mengikut trend dan fesyen terkini. Sekali lagi saya minta maaf kepada semua para peminat"

atau pun :

"Saya minta maaf kepada semua pihak media dan peminat saya kerana bergambar berpeluk-pelukan dan cium2 sket dengan lelaki. Sebenarnya gambar tu diambil pada waktu saya muda remaja dulu, sebelum saya akil baligh lagi. Sekarang ni saya dah berubah jadi baik. Saya dah insaf. Dah tak buat keje-keje seperti yang tertera di gambar tu. Saya memohon jutaan ampun dari semua peminat yang menyokong saya. sayang koram. Terima kasih atas teguran. muah,muah "


Cer perhati elok-elok ayatnya, beria minta maaf dekat peminat, media dan penyokong dia.
Nampak sangat semata-mata nak ambil hati nak cover balik kesilapan.
Lepas tu buat balik. Minta maaf sekali lagi.
Takde pulak kena ban dengan RTM ke TV3suku ke, Utusan Meloya ke, Berita Hairan ke, Radio Era ke, Metroseksual ke.
Yang ban pun cuma al-Jazeera, radio IKIM , Majalah Asuh, Harakah, Ana Muslim dan majalah Solusi je.

Patutnya kesalahan macam tu yang mengancam keselamatan iman pemuda pemudi negara ni boleh dikenakan ISA. takpun buang daerah!
ceh, terover pulak aku ni.

Kenapa nak mohon ampun dengan manusia? sebab nak tarik perhatian manusia?
sebab rezekinya bergantung pada manusia?
Kenapa tak mohon ampun pada Allah? Bertaubat kepada Yang Maha Pengampun?
Barulah betul-betul ikhlas dan diterima..

"Kami cari rezeki halal, tak merompak, tak mencuri tak melacur, halal la tu"

"Uolls, kami walaupun pakai seksi tapi hati kami baik tau. Selalu buat program amal. Jangan samakan kami dengan sundal2 yg menyundal di lorong2 gelap tu. Kami high class tau. diorang tu kasta rendah" -artis baru nak up-

Entah, fikirlah sendiri.

*dah media , blog hiburan dan TV pun bagi sokongan dan liputan meluas, memang naik kepala la golongan ni. semua dua kali lima ,lima kali dua je. 
share la sket sorang dosa tu, wat sistem piramid MLM.

Harap2 blog aku tak di ban RTM dan TV3.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 8 October 2012

MyKOMIK : Bahasa Muda Mudi

Assalamualaikum........

Ini kisah benar, terjadi minggu lepas....

 

Di sebuah pasar raya yang dirahsiakan namanya........



Kelihatan seorang pemuda tampan sedang asyik memilih barang-barang untuk dibeli...

Disebabkan ketampanannya maka dia berasa tidak perlu membawa bakul atau troli untuk mengisi barang kerana dikhuatiri akan menjejaskan ketampanannya... biarpun barang yang dibelinya agak banyak.

---------------------------------------------------------------




Tiba- tiba si jejaka terdengar suara lunak lagi merdu beberapa orang gadis sedang berbual- bual.
Spontan dia berpaling mencari arah suara itu datang. Naluri kelelakiannya menyebabkan dia terlupa firman Allah supaya menundukkan pandangan untuk menjaga kesucian hati.

Dia cuba menangkap butir bicara si gadis yang nampaknya sangat rancak berbual. Bergerak- gerak cuping telinga si jejaka mengamati pertuturan si gadis...

--------------------------------------------------------------- 

maka .....




---------------------------------------------------------------  


Terkedu sebentar  si jejaka mendengar bahasa jelek yang dituturkan si gadis tersebut. 

Berdengung- dengung telinganya menahan kesakitan akibat tak tertahan dek kasar dan buruknya glosari dan kosa kata yang dipilih oleh si gadis dalam pertuturannya.

Si jejaka berlalu pergi, dengan hati yang lara mengenangkan nasib bangsanya yang semakin layu moralnya , yang semakin lupus sopan santunnya.

------------------------- TAMAT--------------------




Abaikan bab penipuan tentang ketampanan jejaka tersebut. Abaikan juga lukisan pemalas yang comot itu. Abaikan juga tulisan huduh lagi menyakitkan mata itu... abaikan... haha

Fokus pada mesejnya, betapa teruknya bahasa pertuturan remaja zaman sekarang.Tiada lagi santun pada bicara walaupun di khalayak ramai.

Seakan fenomena biasa, bahasa bohsia dan rempit diangkat martabatnya malah dijadikan bahasa rasmi filem- filem rempit sedunia. 

"Assalamualaikum, lama tak jumpa ko, sial"

"Babi la ko, babi"

"Bodoh la ko ni, itu pun nak kena ajar ke?"

Dan macam-macam lagi ayat yang menjadi kebiasaan kita. Kadang-kadang ayat yang baik pun diakhiri dengan perkataan macam tu.

Kata-kata mencerminkan perilaku dan akhlak kita.
Kata-kata itu satu doa.
Bayangkan macam mana kalau orang mendoakan yang tak baik buat kita.
Sebagaimana kita tak suka , macam tu jugaklah orang lain rasa.

Memang, sudah menjadi kebiasaan yang sebati dan sukar untuk diubah.
Tapi boleh cuba, sedikit demi sedikit. Sampai bila mahu menggunakan bahasa sebegitu?
Sampai beranak-pinak? nak wariskan pada anak-anak? pada cucu cicit?

Sopan santun, budi bahasa budaya kita.
Bukan budaya Melayu, tapi budaya dan ajaran Islam.


[Biar huduh tulisan, jangan huduh tutur kata]




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday, 6 October 2012

SEGMEN : JOM BLOGWALKING

Assalamualaikum...

Disebabkan dah lama tak menjoinkan diri dengan apa2 segmen, jadi aku ambik keputusan untuk menceburkan diri semula ke dalam bidang ini.

Sebab utama aku join macam biasa, sebab tertarik dengan banner yang osem kat bawah ni...


Klik banner untuk join. Boleh kenal- kenal nanti. Anggap jela penyertaan ni sebagai jejak kasih antara aku dengan En Adam nih yang telah lama terpisah sejak masing-masing sibuk dengan kerja dan hal sendiri.

entri tamat secara paksa.




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...