Thursday, 7 November 2013

DOODLE : Cerita Tentang Hati

Assalamualaikum...


PERKARA YANG MEROSAKKAN HATI DAN IMAN


2 Bulan yang lalu aku ada beli graphic tablet yang digunakan untuk lukis2 tu tapi sampai ke hari ni satu lukisan pun tak siap guna benda tu.
Kena ambil masa nak explore dan kesibukan buat mood nak melukis tu tak berapa nak ada.

Alih-alih guna cara tradisional je. Ambik buku conteng, ambik pensel , lakar. Kemudian buat inking guna pen. Snap gambar dan upload.




PERKARA YANG MEROSAKKAN HATI.

Asasnya adalah akibat terlalu CINTA AKAN DUNIA dan TAKUT MATI.
Dunia makin canggih, cabaran untuk memelihara serta menjaga hati juga makin payah.
Teknologi yang sebenarnya dicipta untuk memudahkan kerja menjadi bencana apabila jatuh ke tangan manusia yang mencintai HEDONISME (hiburan melampau)

Kehidupan hari ini terlalu banyak hiburan, terlalu mudah untuk mencari hiburan. Ada di mana-mana sahaja 24 jam sehari. Segalanya di hujung jari.

Lekanya kita dengan hiburan akan menyebabkan lemahnya hati serta kurang sensitif dengan isu2 tentang penindasan dan penghinaan terhadap Islam. Maka kita jadi lemah dan bodoh.


 Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
'Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka"
Maka salah seorang sahabat bertanya,"apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?'
Nabi s.a.w menjawab, "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan"
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w menjawab," CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI"



SENANGNYA MENGHAPUS PAHALA

Kadang2 kita rasa kita dah buat banyak perkara baik yang boleh mendatangkan pahala namun pada masa yang sama kita melakukan perkara-perkara yang boleh menghilangkan pahala tersebut sehingga kita tergolong dalam golongan MUFLIS di akhirat.


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: "Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka.”(Riwayat Muslim).




DOSA MENJADI PERKARA BIASA

Biasanya jika kita buat perkara pelik yang di luar kebiasaan adat masyarakat maka kita akan dipandang pelik dan kita pasti akan berasa tidak selesa atau rasa bersalah.
Tapi jika perkara pelik itu dilakukan bermai-rama atau terlalu ramai orang yang turut melakukannya maka perkara itu lama-kelamaan akan jadi biasa.
Tiada lagi rasa kekok atau bersalah bila melakukannya.

Begitulah dosa membuka aurat, dosa mengambil rasuah dan riba, judi serta minum arak.

Masyarakat hari ini tidak lagi canggung melakukannya di tempat terbuka malah berbangga-bangga dengan menyebarkannya di laman sosial.

Semoga Allah lindungi kita daripada termasuk golongan tersebut.


Sebenarnya kalau nak hurai satu persatu memang tak cukup satu entri, kena bersambung2 macam cerita drama Indonesia pulak. 
Cukuplah kot sekadar rumusan. Semoga sedikit sebanyak kita ambil untuk peringatan.



"SENI ITU SATU ANUGERAH, BAHASA YANG TERINDAH"
-Keri Ikhwan-




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday, 2 November 2013

Bekerja Untuk ke Syurga, Layakkah Kita?


Kerja oh kerja...
Untuk hidup pada zaman kapitalisme ini memang perlu mengerah kudrat yang lebih untuk bekerja.
Kos sara hidup yang semakin meningkat sedang nilai mata wang makin rendah dibandingkan kadar peningkatan harga barang.

Dihimpit tekanan, ramai yang terpaksa menjadi materialistik, mengejar dunia hingga kelelahan.
Ada yang sebenarnya dilimpahkan rezeki yang sudah mencukupi, namun masih juga tak puas.
Mahukan pangkat, kuasa dan pengaruh untuk kekal berada di atas,
Mengerah kudrat empat kerat tak kira siang dan malam,
Akhirnya terlupa akan kewajiban sebagai seorang hamba, tugas sebenar sebagai khalifah di muka bumi.

Gaji berpuluh ribu sebulan, kenapa masih dirasakan tak mencukupi?
Kenapa masih resah gelisah dibebani hutang yang menimbun?
Kenapa selalu saja berasa kurang dan belum puas?
Tak lain tak bukan itu semua kerana nafsu,
Juga kerana hilangnya berkat dalam rezeki yang dikutip.

Bila aku dengar lagu Tegar yang baru : "PANTASKAH SYURGA UNTUKKU"
terasa terpukul dan tersentak. Menyentap jantung. Sinis dan mendalam.


Mengapa begitu berat 
jalankan segala perintah Mu
Begitu banyak rintangan
tuk mengarahkan wajah
bersujud kepadamu Tuhan
wooo ooo
Indahnya dunia ini
membuat orang terlena
Bekerja terus bekerja
Tak kenal waktu dan tak kenal lelah
hoooo
Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku
Gema adzan Subuh, aku lelap tertidur
Gema adzan Dhuhur, aku sibuk bekerja
Gema adzan Ashar, aku geluti dunia
Tuhan, pantaskah surga untukku
Gema adzan Maghrib, aku di perjalanan
Gema adzan Isya',lelah tubuhku Tuhan
Tak pernah lagi ku baca firman MU
Tuhan tolonglah hambamu uuhuu
Tuhan



Kita sibuk berbangga kerja kita itu ibadah, kerja mulia yang banyak membantu mempermudah urusan orang lain.
Tapi pada masa yang sama kita lupa menyimpan sedikit ruang untuk melaksanakan ibadah yang wajib apatah lagi sunat.
Alasan sibuk dengan kerja menjadi ayat paling kerap kita tuturkan. Alangkah tak malunya kita beralasan sebegitu pada Tuhan yang memberikan kita rezeki-Nya tanpa berkira sedikitpun dengan kita.

Solat itu sebenarnya terapi terbaik untuk kelelahan tubuh dan otak kita yang telah dipaksa beroperasi hampir sepanjang hari.
Tapi kita angkuh, kononnya mengganggu waktu produktif kita.
"Tunggu sebentar, aku mahu selesaikan tugas dulu, solat kemudian"

Dan solat ditangguh -tangguh hingga penghujung waktu malah kadang2 terlepas begitu sahaja tanpa apa-apa sebab yang darurat. Mudahnya kita.

Kekayaan harta , kadang2 ditukar ganti dengan hilangnya rasa tenang dalam hati, andai tiada berkat di sisi Ilahi.

Sungguh beruntung orang yang dilimpahkan rezeki dan harta kekayaan yang banyak, dan dia tak pernah lupa untuk bersyukur dan menunaikan kewajibannya sebagai orang yang berharta.



Firman Allah swt : 
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." 
(Surah Ibrahim Ayat 7)



Video "Pantaskah Syurga Untukku"





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 27 October 2013

Budak Umur 2 tahun Pandu Kereta


Assalamualaikum...



Tajuk kemain lagi... sebenarnya bukanlah drive pun, cuma posing drive jer...
Alkisahnya semasa aku nak bertolak dari Kelantan ke Negeri Sembilan time cuti Raya Haji yg lalu, tetibe je anak saudara aku yg umur 1 tahun lebih tu hulur tangan mintak dukung.

Bila aku salam dengan mak ayah dia pun turut excited salam dengan semua orang kononnya nak ikut aku sekali.
Tau-tau je aku nak bawa kereta.

Tak sanggup pulak nak hampakan harapan dia, (konfem nangis kalau kena tinggal) maka terpaksalah bawa dia masuk dalam kereta.
Ingat nak bagi 2-3 minit pastu umi dia (adik aku) ambik la.


Tapi sekali dah masuk taknak keluar pulak. Maka terjadilah aksi2 seperti di bawah.

buat muka comel, bajet nak suruh bawak dia jenjalan le tuu..

ON radio dulu... baru best

Ok, masa utk masukkan kunci

JOM, gerak...


Sebenarnya siap rakam video time dia nak masukkan kunci ke tempat kunci. Tak tahulah bila masa dia belajar semua tu. 
Tapi internet slow malas nak upload video.

Antara kepakaran lain beliau adalah menari gangnam style bila dengar muzik Gangnam Style atau lagu2 yg rancak. Adoii adik2 aku punye ajaran la ni.


Tapi yang bestnya kalau dia nak terjatuh atau tersepak sesuatu dia akan sebut "Allah"
Kalau baca Al-Fatihah pun dia macam nak ikut baca dan bila habis je akan sebut "Wala Dhoollliiin amiin" (ayat terakhir surah al-fatihah) tu je yang pandai sebut.
Pelik padahal dia belum pandai bercakap lagi. Panggil umi dgn abah pun tak pandai. 

Satu lagi kalau dengar azan dalam TV cepat je dia pergi dekat dengan TV dan duduk tengok penuh khusyuk.

Time kecik (belum pandai berjalan) pun senang nak jaga. Kalau menangis senang nak tenangkan. Nyanyikan je selawat atau zikir2 terus diam.



Gaya seorang model beg sandang.



Kat bawah ni adik beliau yang baru berumur beberapa bulan.... Lelaki


Add caption



Biasakan anak2 kecil dengan alunan zikir serta bacaan al-Quran, in sya Allah dilembutkan hati mereka bila besar nanti. Kalau boleh biasakan sewaktu mengandung lagi.

Cabaran membesarkan anak2 di zaman moden ni sangat besar. Suasana persekitaran kadang2 menyukarkan ibu bapa untuk mengawal tingkah laku anak2.

Ramai ibu bapa yg mendedahkan anak2 kepada teknologi terlalu awal dan akhirnya mereka tak mampu mengawal. Kalau yakin boleh kawal, boleh teruskan. Kena sentiasa pantaula.

Bina diri sebagai individu yang baik, barulah boleh membina keluarga yang bahagia dan mendapat rahmat Allah.

Ramai ibu bapa hari ini hanya berfungsi sebagai kilang menghasikan anak tetapi gagal mengoperasikannya dengan baik kerana tidak mengikut manual penggunaan yg sepatutnya.

Kembali kepada Islam. Al-Quran dan Al-Hadis.

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...