Kat lukisan tu ada satu kecacatan yg besar. Nak buat macam mana, penconteng amatur macam ni la. Dah siap baru perasan :p
If you don't thank Allah for every smile, then you have no right to complain about every tear.
“Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan,
hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat
kehidupan”
-Pepatah-
Allah SWT berfirman:
“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri
kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya.
Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah
mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput
daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri
kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur
lagi membanggakan diri”
(Surah Al-Hadid ayat 22-23.)
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu,
maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan
dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah
mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu”
(Surah Asy-Syura ayat 30.)Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika kita rasa Allah tidak mempedulikan kita dan hanya membiarkan kita menderita kesakitan maka kita silap. Allah itu sangat dekat dengan hamba-Nya :
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka
katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon
apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi
(panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk
(bimbingan).”
(Surah al-Baqarah ayat ke-186,)"Sakit itu kaffarah dosa"



