Tuesday, 18 September 2012

Ulang Tahun Kelahiran

Assalamualaikum...



Argh, camne aku bleh terlupa tarikh penting dlm sejarah hidup aku ni? semua gara2 TM yang lembab benor settlekan masalah talian Streamix aku yang dah masuk sebulan digantung tak bertali.

Korang cubalah bayangkan kehidupan sebulan tanpa internet. Bukan sebab tak bayar bil, tapi perkhidmatan yg ntahapehapentah. Dah masuk 4 kali repot pun masih tak settle2...

16 September 2012, Hari penting buat warganegara Malaysia.

16 September 2012 jugak genap setahun blog Ilusi Dunia ni dilahirkan , ditimang dan ditatang bagai minyak yg penuh.

sebenarnya blog ni dibuat sebelum 16 sept  tapi aku tak reti nak post nak edit nak design jd aku biarkan terbiar selama berminggu-minggu. sampai aku lupa e-mail ngan password

Lepas buat research, kajian, soal selidik dan sedikit interview, barulah dapat idea camne nak design dan nak post entri.

16 September 2011 , hari pertama dan kali pertama aku post entri melalui sebuah medium yg dinamakan blog.  ---> ENTRI PERTAMA

Hari tu secara rasminya aku dilantik sebagai seorang blogger.

Neves. Berdebar-debar sampai aku disahkan mengidap penyakit darah merah. Tiga kali pengsan lepas post entri pertama tu. Berlaku penipuan pada ayat tersebut,

Matlamat aku cuma satu, berkongsi pengetahuan dalam bentuk ringan-ringan dan santai. "Ringan- ringan" tu jangan dibaca dengan fikiran biru kekuning-kuningan pulak.

Tapi kadang-kadang corak penulisan aku berubah- ubah. sama cam lukisan jugak. Takde identiti. Maklumlah aku bukannya pelukis profesional mahupun ahli bahasa. Jadi tulisan dan lukisan ikut mood dan suka hati aku.

Apa pun terima kasih pada semua yang menyokong aku secara siaran langsung mahu pun tertunda.

Dan terima kasih jugak kepada semua yang sudi bagi tunjuk ajar , tolong tu, tolong ni. Maklumlah budak baru, noob lagi.

Sampai skang aku tak reti bab edit mengedit coding ni. Takpe, bleh mintak tolong orang2 expert . hehe .

Selamat Hari Lahir, Ilusi Dunia.

Sori lambat wish. Hadiah pun takde. :P



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Tuesday, 11 September 2012

TIPS KAYA RAYA DENGAN HANYA BERBLOG!!! JUTAWAN SEGERA BUKAN LAGI IGAUAN!!


Assalamualaikum...


Hari ni aku dengan murah hatinya nak kongsi Tips camne nak menjadi KAYA RAYA hanya dengan menjadi seorang Blogger. Maknanya ini satu berita baik buat semua makhluk yang mempunyai blog.

camne? goyang tak tengok duit camni??


Suka tak? Suka tak?

Mesti kalau korang perasan blog aku ni takde iklan, nuffnang, churp-churp, says ... dan sebagainya. Jadi apa kelayakan aku plak untuk bagi tips dan petua mendapatkan duit daripada blog nih?

Adakah korang rasa tertipu? Lantas aku dicop sebagai penipu?

Memang, blog aku tak pernah ada iklan atau apa2 jenis perniagaan yang boleh menjana duit berkepuk2 masuk kocek tiap bulan. Dan aku tak tipu korang bila aku kata nak bagi tips untuk jadi kaya HANYA DENGAN BERBLOG!

Jadi camner?

JUTAWAN. Pernah tak korang bercita-cita nak jadi seorang jutawan? 

Aku kaya!! yahoo!! google!! aku kaya!!


Apa yang aku nak kongsi ni bukanlah menjadi KAYA atau JUTAWAN yang berkepuk2 duitnya. Bukan. Sebab WANG @ DUIT sentiasa susut nilainya. Dan satu hari nanti takkan berguna lagi.

Tapi jutawan dengan satu sistem yang lebih hebat dari sistem mata wang. Bukan emas... tapi...

PAHALA. Diulangi dengan perkataan lebih besar dan tebal... PAHALA...

Kita boleh menjadi seorang JUTAWAN PAHALA hanya dengan berblogging.


 

Waddefishhh????


Tak payah nak buat muka terkejut sangat.


huuuuh... terkono den...


Mesti ada yang kecewa kan? Almaklumlah pahala ni tak berguna sangat untuk kehidupan dunia ni. Duit lagi penting.

Yang berminat boleh teruskan membaca.


TIPS MENJADI JUTAWAN PAHALA DENGAN BLOG :

1) Berkongsi hanya entri yang bermanfaat.



Entri bermanfaat bukan bermaksud post pasal keagamaan, hadis-hadis, ayat al-Quran atau pasal hukum hakam je.

Kalau rasa ilmu belum sampai tahap tu, tak payah nak paksa diri takut nanti tersilap post hadis palsu ke apa, ajaran sesat ke.

Cukuplah sekadar berkongsi apa yang kita tahu dan kita rasa orang lain juga perlu tahu.

Contohnya cara membuat kuih tat nenas bersalut perisa vanilla.
Atau cara- cara memakai selipar Jepun dengan cara yang betul.

Apa-apa jelah selagi dirasakan boleh mendatangkan manfaat dan tak mengundang kemurkaan Allah mahupun jiran tetangga.

Sebarkan walau hanya sepotong ayat. Sedikit tak mengapa, lebih baik sikit tapi bermanfaat daripada banyak membawa mudarat (entri fitnah mengutuk)


2) Klik Butang “share “ kalau rasa entri blog orang lain tu ada manfaat.

banyak cara nak share...


Ok, yang ni berita baik buat mereka yang takde blog tapi suka baca blog. Bleh tumpang sekaki.
Senang je kan? Satu klik membawa pahala.

Ibarat Perniagaan MLM sistem diamond la. Meh nak terangkan macam mana ohsemnya fungsi button “SHARE” nih..

Sila rujuk gambar rajah di bawah...




Nampak kan? Kalaulah setiap orang yang baca tu share apa yang dia baca, lepastu ada orang lain baca apa yang dia share, pastu orang tu share jugak, dan apa yg di share tu ada lagi orang baca dan share, pastu bla bla bla..

Huh... rehat jap.. penat aku explain. Ada bakat jadi ejen MLM tak?

Hanya goyang kaki saja pahala akan mencurah-curah masuk ke dalam kantung amalan kita.


'Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.'

(Hadis Riwayat Muslim)



3) IKLAN : sebarkan Program Ilmu dan Ceramah

Kalau korang ada tau /terbaca/ terpandang poster ke atau ada pengumuman bahawa kat kawasan korang tu akan diadakan program yang baik-baik (bukan konsert k-POP ye) bolehlah tolong iklankan dan sebarkan biar ada orang tau.

Guna medium blog dan internet ni lebih cepat orang tau. (korang tak pergi pun takpe, uhuk uhuk)

4) REVIEW Blog/ page yang bagus pengisiannya

Daripada korang sibuk mengampu blogger femes atau dok promote blog artis/ retis dengan harapan tarik perhatian dorang atau SEO baik korang review blog aku blog ustaz2 atau blog yang tak merapu isinya.

Tak guna nak kejar SEO /backlink sambil trafik dosa mencurah2 masuk. Nak review blog ni pun kena pilih gak sebab takut kita tolong promote dosa orang lain.

Kalau blog tu asyik tayang gambar/cerita tak senonoh /tak tutup aurat tak payah la promote walaupun menjamin trafik tinggi ke blog.

Bila kita review blog yang membawa manfaat dan orang singgah dan mengamalkan apa yang dikongsinya maka share pahala tu insya Allah akan sampai kepada kita jugak,



Cukuplah kot sampai sini. Banyak-banyak kongsi kan korang jadi lagi lebih kaya daripada aku (penyakit kedengki mahluk2 manusia yg kedekut ilmu takut orang lebih hebat daripada dia)


AWAS! Anda juga bisa menjadi JUTAWAN DOSA hanya dengan mengamalkan tips kat atas tu secara SONGSANG...

Oh ya.. lupa nak ingatkan... TIPS2 kat atas tu akan jadi sia-sia je jika niat TAK IKHLAS. Kalau setakat nak menunjuk-nunjuk nak riak takbur ujub sumaah baik tak payah la. Bazir masa je...




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday, 6 September 2012

FREEBIES : POSTER MOTIVASI PELAJAR PMR

Assalamualaikum...

Sebab dah buat Poster SPM, tak adillah kalau tak buat untuk PMR sekali. (setakat tukar sket je)
Aku pun tak tau apa motif buat ni. macamlah ada yg akan print tampal besar2 kat bilik.

Kalau nak ambik, save pun suka hatilah. Nak share kat FB ke apa. Nak guna untuk ucap good luck untuk kengkawan yg nak exam ke. atau pun nak buat bodoh je pun boleh ... :P

cuma jangan mintak buat poster ntuk UPSR ke, STAM ke, STPM ke sudah le.

1. Versi Pelajar Lelaki.



2. Versi Pelajar Perempuan.



PMR bukan sijil Pas Menikah Rendah. Bukan bermakna habis PMR boleh menggedik dengan segala macam jenis kegedikan yang wujud di dunia ni.

PMR adalah kayu ukur kemajuan selama berada di sekolah. Tapi bukan bersifat mutlak.
Tak semestinya yang lulus cemerlang tu lebih bagus daripada mereka yang biasa-biasa resultnya.

Yang penting usaha dan proses bagaimana kita lalui sepanjang pembelajaran. Gagal dalam PMR bukan noktah kehidupan sebagai pelajar.

Belajar dari kesilapan. Itulah pembelajaran paling berharga dan bermakna.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...