Saturday, 24 November 2012

CERITA : Luahan kecewa seorang Anak Kecil...




Cuaca tenang, angin sepoi-sepoi language... di sebuah pasar raya... 



Sedang aku tengah beratur nak membayar barang yang aku beli, datanglah seorang akak dengan anak perempuannya yg berumur dalam lingkungan 4-5 tahun.



“mak, nak tuu” sambil tangan dan muncung mulut dihalakan  kat satu barang yang aku tak tahu apa bendanya. (sebab aku tak tengok cuma dengar)

Emaknya buat tak peduli...

“Mak, nak tuu... “ ulangnya lagi.

“Tak payah” emaknya membalas. Tegas.

Anaknya mula buat muncung itik atau bahasa modennya duckface...

Tiba-tiba terdengar dialog ajaib dari mulut mongel si budak tembam tu.



“Apsal mak ayah orang lain tu baik jee... apa yang anak diorang nak dapat aje”

Lancang sekali mulut budak tuu.. Tepat sekali tona, intonasi, sebutan dan pitchingnya dengan nada yang cukup menikam kalbu. Tak syak lagi, mak dia kena troll...

Aku serba salah nak gelak ke nak diam je. Orang2 kat tepi semua buat2 tak dengar.

Aku jeling sket ngan ekor mata. Nampak emaknya sedaya upaya kontrol dan cover malu.

Mahu sahaja aku mencapai Gaviscon di rak berhampiran dan hulurkan pada akak tu. Sekurang2nya mampu merawat sedikit kepedihan di ulu hatinya.

“cubit nak??” sambil tangan mencubit-cubit lengan anaknya.

Aku, tumpang simpati kat akak tu... aku nampak  mukanya dah kemerahjambu- jambuan...

Lepas aku habis berurusan dengan awek kat kaunter selepas bertukar-tukar nombor (bukan no phone, tapi nombor-nombor  pada resit dan nombor pada duit) aku tengok aksi cubit-cubitan pada pipi dan bahu anak itu masih berterusan.

Budak itu sudah mula menunjukkan tanda-tanda mahu menangis.

Heh, nasib ko la budak.

Happy ending.


Segmen Pendidikan MORAL :


  • Jangan bawa anak-anak kecil ke pasar, nanti permintaannya susah nak ditunaikan.
  • Jangan suka menconteng “Permanent Marker” ke muka orang tua kita, bergegar pintu syurga kat bawah telapak kaki ibu tu nanti.
  • Budak-budak zaman sekarang, lebih berani dan pintar berkata-kata... terpulang bagaimana ibu bapa mahu mencorakkan mereka.
  • Ibu bapa jangan terkejut jika tiba-tiba anak mereka pandai mengatakan sesuatu yang tak pernah mereka ajar.. kerana anak-anak cepat belajar daripada orang sekeliling, rakan sebaya, TV dan internet. 


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 23 November 2012

My Doodle Notes #4 : Lelaki Tampan...

Assalamualaikum...



Menjadi Lelaki Tampan... 

Istilah dan definisi ketampanan seorang lelaki sentiasa berubah-ubah mengikut mata siapa yang memandang.
Ada yang kata lelaki berbadan sasa macam Ben Ashaari itu tampan... uhuk uhuk..
Ada yang kata bermuka jambu macam Penyanyi dan pelakon Korea itu tampan...
Ada yang kata lelaki Negro itu tampan...
Ada yang kata lelaki Melayu berbaju Melayu bersamping itu tampan..
Entahlah.. pokoknya tiada definisi tepat.

Namun itu daripada pandangan mata manusia yang lemah dan sentiasa silap..
Sebenarnya tiada guna berwajah tampan berbadan sasa jika sifat kelelakian itu belum cukup...

Huraian akronim T.A.M.P.A.N mengikut kamus aku :

T : Tanggungjawab Diutamakan 
Sebagai seorang lelaki memang dilahirkan untuk memikul pelbagai tanggungjawab yang berat.
Maka dia perlu pandai membahagikan masa dan ruang hidupnya untuk perkara2 yang lebih penting berbanding dengan keinginan dan kehendaknya.      
Tanggungjawab sebagai hamba Allah, pada diri, pada Ibubapa, adik2, keluarga, anak isteri, dan masyarakat.
  
A : Allah dan Rasul Didahulukan
Seorang lelaki tampan adalah seorang lelaki Soleh. Mendahulukan kewajipan terhadap Penciptanya. 
Al-Quran dan As-Sunnah menjadi pegangan dan manual kehidupannya.  



M : Menundukkan Pandangan
Menjaga penglihatannya dari memandang yang haram.

A030

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
(An-Nuur 24:30)




P : Pemimpin yang Adil
Setiap orang adalah pemimpin sama ada pemimpin bagi dirinya sendiri, bagi keluarga atau pemimpin kepada masyarakat dan negara.
Lelaki tampan adalah lelaki yang mampu bersifat adil dan tidak menzalimi hak orang lain.
Berani menyatakan kebenaran dan rela mengaku salah bila membuat silap.

A : Akhlak terpuji
Akhlak dan tingkahlaku yang terpuji adalah lambang keperibadian mulia.
Menghormati orang yang lebih tua dan sopan santun dalam perlakuan serta pertuturan.

N : Nafsu dibatasi Iman
Manusia dilahirkan dengan bermacam jenis nafsu sama ada baik atau buruk.
Lelaki tampan mampu mengawal nafsunya. Nafsu amarah dikawal dengan sifat sabar. Nafsu syahwat dikawal dengan menundukkan pandangan. Nafsu makan dikawal dengan puasa.
Imannya mampu membatasi segala keinginan yang ditimbulkan oleh nafsu jahat dalam diri.

Pendek kata... lelaki tampan itu adalah lelaki soleh.
 


Entri Berkaitan :
My Doodle Notes #3 : Wanita Cantik...
 

Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday, 22 November 2012

My Doodle Notes #3 : Wanita Cantik...





Siapakah Wanita Cantik itu...

Kecantikan dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Kebanyakan wanita cenderung untuk berhias dan kelihatan menarik. Kadang2 bukan sebab untuk menarik perhatian lelaki, cuma naluri mereka sememangnya ke arah itu.

Namun ramai hanya obses dengan kecantikan fizikal dan luaran semata. Memang, dengan segala jenis perhiasan, pakaian dan make-up mampu menjadikan mereka menarik, dan nampak menonjol.

Tapi, menariknya hanya pada pandangan mata dan nafsu. Pandangan mata yang dilabuhkan ke atas para wanita dengan perhiasan sebegini biasanya tak mampu menyejukkan hati.

Cantik, aku definisikan mengikut pemahaman sendiri. Yang aku cuba simpulkan seringkas mungkin dengan akronim supaya lebih mudah difahami.

C- Cerdas fikirannya
Bukan bermaksud tinggi pelajarannya, atau mendapat keputusan cemerlang dalam semua jenis peperiksaan yang ada di dunia ini.
Cerdas adalah mampu berfikir dengan rasional, suka berfikir dan menggunakan akal, berlandaskan ilmu dan agama.
Bukan jenis yang hanya berwajah cantik, tapi bebal dan malas berfikir.

A- Akhlak terpuji
Apalah gunanya berwajah cantik dan berbadan langsing jika perangai hanya menyakitkan mata dan hati.
Akhlak dan tingkah laku sopan kadang-kala menjadi kayu ukur ketinggian darjat melebihi paras rupa.

N- Nyaman dan tenang wajahnya.
Bila dipandang wajahnya, terasa redup di mata, terasa sejuk di hati. Wajah wanita solehah itu mencerminkan keluhuran hatinya.

T- Tutup Aurat, Tabarruj dijauhi
Yang tertutup itu lebih cantik dan tinggi nilainya. Menutup aurat bukannya membalut aurat.
Wanita cantik itu lebih rela memakai pakaian yang dianggap ketinggalan zaman daripada menanggung seksa di akhirat akibat memakai pakaian akhir zaman.
Tabarruj atau berlebih-lebihan dalam berhias bukanlah jaminan untuk kelihatan cantik. Mungkin pada pandangan mata manusia, tapi tidak pada pandangan Allah. Pilihlah.

I – Indah tutur kata
Bukan bermaksud pandai berpuisi dan menuturkan kata-kata indah berbunga-bunga.
Tapi cantik pada tutur katanya yang sopan, lemah lembut tapi tegas, tidak menuturkan kata-kata kesat dan keji, serta menjauhi gosip serta fitnah.

K- Kehormatan diri terpelihara
Wanita cantik wanita bermaruah. Menjaga kehormatan diri dan maruah diri, keluarga, suami, dan agamanya.
Wanita cantik bukan sewenangnya membiarkan sang kumbang datang hinggap, menghisap madu dan membiarkannya berlalu pergi.

Kata orang, cantik itu subjektif.... bergantung pada mata yang melihatnya...
Tapi, kecantikan yang sebenar hanya akan terzahir bila dipandang dengan hati, dan barulah dilihat dengan mata...
Menjadi wanita cantik tak semudah mengenakan make-up SimplySiti di wajah, menyarungkan pakaian cantik jenama Gucci atau Valentino di badan, memakai aksesori Habib Jewel bergemerlapan di tubuh, bersenam setiap hari atau mengamalkan diet serta pemakanan yang sihat.
Tak semudah itu, kerana hanya wanita solehah yang selayaknya mendapat gelaran itu..
Belum terlambat, untuk memulakan langkah, untuk menjadi wanita cantik itu...



Firman Allah :
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
 

(An-Nuur 24:31)


Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.” 
(HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)


*berwajah cantik dan paras rupa menarik itu satu bonus... eh, bonus?... ramai yang suka... ahaks


Entri berkaitan : 
My Doodle Notes #4 : Lelaki Tampan...

 


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...