Sunday, 6 October 2013

DOODLE POSTER SPM : Selamat Berjuang SPM Warrior..

Assalamualaikum...


Kadang2 ramai yang mengadu lelah, penat dan mual,
mengejar dan dikejar masa dalam mendambakan diri dalam arena pembelajaran,

Sehingga ramai yang akhirnya jemu,
putus asa dan kecewa kerana tidak mencapai apa yang dikejar.

Sungguh, dunia seorang pelajar, jika tak disulami semangat kental,
jika tak disemai cinta membara terhadap ilmu,

kita akan cepat mengalah, stress dan tertekan.
Lantas berpaling dari amanah dan tanggungjawab yang digalas.



Betapa ramai yang saban waktu menangis,
terlalu kecewa dan amarah pada diri,
yang dirasakan terlalu bodoh dan tak berguna,
lantaran tak mencapai target yang diimpikan.

Harapan ibu ayah yang terlalu tinggi,

dibandingkan pula pencapaian abang kakak yang telah berjaya,
tekanan dari guru yang sentiasa menekan,
kadang2 semua itu membuahkan sakit jiwa yang tenat.




Tapi mengapa tidak kita terbalikkan situasi,
menukar keterpaksaan rasa kepada satu keseronokan yang menghibur,
setting baru dalam minda perlu segera di set up,
supaya kebencian terhadap pembelajaran tak membarah dan merebak.

Perbetulkan niat, biar semua kerana Allah,
kerana apa yang kita belajar itu, semua ilmu dari-Nya,
ikhlaskan niat menimba ilmu,
barulah semua kelelahan membuahkan pahala.


Biarpun akhirnya kita tak mencapai target,
usah bersedih andai segala usaha telah kita curahkan,
andai segala doa telah kita pohon,
andai telah diserahkan segalanya dalam tawakal,

Bukan keputusan itu menjadi ukuran,
Bukan itu yang Allah nilai, biarpun manusia menimbang neraca mereka sendiri,
Tapi proses dan usaha yang telah kita curahkan selama berjuang,
In Sya Allah akan terbalas suatu hari nanti, bila sampai waktunya.




Senyumlah dan teruskan belajar,
menghimpun dalam dada sebanyak mungkin ilmu Allah,
Tak ada ilmu yang Allah cipta sekadar sia-sia,
semuanya ada hikmah dan kegunaan sendiri,



Dengan Pendidikan Islam kita mengenal iman,
Dengan Matematik , kita menambah iman,
Dengan Biologi, kita memperkukuh iman,
Dengan Sejarah, Kita memperteguh iman,
Dengan Geografi, kita menyegarkan iman,
Dengan Sains, kita memperhebat iman.
Jadi atas alasan apakah kita MALAS belajar dan menuntut ilmu?
Ilmu bersifat duniawi juga mampu membawa kita lebih dekat kepada Allah.
KECUALI kita orang yang sememangnya PEMALAS berfikir.
Mencipta seribu alasan menunjang kebodohan diri.



Kalau cahaya tak jatuh ke retina, maka dikatakan buta mata,
Tapi kalau ilmu tak jatuh ke dalam hati, itulah buta hati,

Buta mata, sekadar tak nampak jalan di dunia,
Tapi buta hati, tak nampak jalan di dunia malah juga ke akhirat.


Kalaulah dunia ini hanya dipenuhi oleh orang2 yang mudah berputus asa, maka takkan terciptalah mentol, takkan tercipta formula mencari isipadu, takkan terkumpul hadis2 sahih dalam jilid, takkan jatuh konstantinopel ditawan Al Fateh, takkan wujudnya kapal terbang,...
dan kita takkan mampu berjalan andai kita pernah putus asa bertatih semasa kecil..

Putus asa, datangnya dari sifat malas...
Malas akibatnya kebodohan dan kejahilan.


Aja-aja fighting!! SPM Warrior! Tunjukkan pada mereka yang ragu2 dengan kebolehanmu, biar mereka terdiam kelu tak terkata!


Versi PMR:  Doodle Poster : PMR Warriors


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday, 2 October 2013

Doodle Poster : PMR Warriors

Assalamualaikum...

macam agak terlambat tapi rasanya masih sempat...
Sebenarnya dah lama buat cuma baru teringat nak post..








Software : Paint Tool SAI + Photoshop





Di kerusi itu, di dalam dewan peperiksaan,
kita hanya berseorangan,
di kala tiada manusia lain dapat membantu kita lagi,
tiada guru untuk mengingatkan jika membuat kesilapan,
tiada kawan untuk bertanya,
maka tiada kuasa lain yang mampu membantu kita,
Hanya Allah tempat berserah,
jadi jangan sombong dengan Allah...

Biarpun sibuk dengan study,
Jangan lupa baca al-Quran,
Jangan lupa solat hajat,
Jangan lupa munajat pada Tuhan...

Kita dah berusah sehabis daya,
Biarlah tawakal pelengkap usaha.
Apa pun keputusannya nanti, terima seadanya.


GOOD LUCK!!


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 29 September 2013

PROMOSI DAHSYAT!!! Testimoni Pengguna Pil Kurus Ajaib!



Testimoni 1 : Set Pencerah muka

Kak Jemah Hudson (32 tahun):

Alhamdulillah, setelah akak hampir berputus asa mencuba pelbagai jenis produk akhirnya akak terjumpa produk ni. Kawan akak yang rekomenkan.
Kalau dulu kawan2 akak selalu hina muka akak macam permukaan bulan yang dibom dengan bom atom. Akak malu sangat.

Akak dahla suka upload gambar muka buat gaya ducface. Terpaksala akak edit pakai photoshop dan kasi extra light bagi cerah sikit.
Sekarang selepas 3 jam menggunakan produk ni muka akak kembali putih gebu lagi berseri.
Pernah akak terfikir nak pakai purdah nak tutup kecacatan muka akak tapi kini semua tu tak perlu lagi.
Sekarang kalau akak keluar rumah free hair pun tak kisah sebab tak ada orang akan kutuk lagi bahagian wajah akak yang sebelum ini terpaksa cover dengan tudung.
Ah, kejap lagi akak nak buat video GWIYOMI nak upload kat youtube dan keek. Nak update instagram lagi.


Testimoni 2 : Set Pelangsingan Badan

Cik Senah Evan’s (16 tahun):

Alhamdulillah syukur sejak saya menggunakan pil kurus Ajaib tut tut ni berat badan saya yang dulunya mencecah 120kg kini berkurang menjadi 47kg!
Ajaib kan? Hanya dalam masa 2 hari jew..
Saya suka sanad2! Jangan jelly taw.
Sebelum ni kawan2 selalu boikot saya tak mau ajak saya lepak kat pavi sesame. Sebab saya boleh mencacatkan pemandangan kata diorang.
Saya pun terpaksa pakai baju labuh dan besar ala2 baju muslimah untuk menutup lemak2 dan lebihan isi badan saya.
Kini saya sudah boleh memakai baju adik saya yang ketat dan sendat tanpa perlu malu dan segan di mata manusia mahupun di mata Allah.
Legging yang ketat tu pun saya dah konfiden nak sarung.
Kbye. Nak pegi hang kat pavi dengan pakwe saya Abu Bieber…





Ok, macam merapu je entri ni tapi itulah reality hari ni. Wanita dijadikan sumber eksploitasi untuk mengaut keuntungan.
Kita dimomokkan bahawa perempuan yang cantik itu mestilah berwajah kulit putih, berbadan langsing dan berbentuk badan dengan potongan tertentu.
Sebab tu ramai perempuan berlumba- lumba menjadikan diri mereka cantik mengikut definisi yang dicipta oleh syarikat2 produk kecantikan serta mengikut trend fesyen yang kononnya up-to-date.

Maka gadis2 yang kononnya punya pakej kecantikan itu akan berlumba2 menayangkan kecantikan mereka di laman sosial sama ada melalui gambar atau video.

Pujian-pujian yang diterima menyebabkan mereka semakin eksited dan berani untuk mengupload gambar yang lebih ekstrem kegedikannya.

Ya, dunia hari ini, manusia lebih mengutamakan pandangan manusia berbanding pandangan Allah.
Tak salah mahu kelihatan cantik dan menarik, tapi yang salahnya apabila terlalu obsess sehingga membawa kita jauh dari rasa syukur dan menyalahgunakan nikmat kecantikan tersebut untuk menarik perhatian orang lain. Mengharapkan orang memujinya.

Ringkas kata, PELACUR PERHATIAN, PENGEMIS LIKE, PENAGIH PUJIAN.




(Sebulan tak update blog, pemalasnya aku!)





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...