Sunday, 3 May 2020

Ink Ramadhan : Day 2 Perintah

Ink Ramadhan 2020

DAY 2: PERINTAH



Kenapa Muslim berpuasa?

Kerana PERINTAH ALLAH. (Al Baqarah :183)
Puasa di bulan Ramadhan adalah salah satu Rukun Islam.

Antara hikmah puasa:

1. membantu seseorang untuk menghayati kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dengan berlapar dan rasa dahaga sebagaimana yang dirasai oleh mereka.

2. Ia memberi seseorang kemampuan untuk mengawal kehendak diri dan nafsu.

3. Ia menawarkan masa bagi Muslim untuk mensucikan jiwa mereka dan membangunkan kesedaran kemanusian dan spiritual. Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa

4. Faedah kesihatan seperti Memberi rehat kepada sistem penghadaman

* Perintah dan larangan Allah mengandungi
Hikmahnya kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya


#inkRAMADAN2020
#inkramadan2020
#inkramadan
#doodledakwah
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 26 April 2020

Cabaran Ink Ramadhan 2020 DAY 1

Assalamualaikum,

Terkial2 mencari macam mana nak buat entri baru, nampak sangat dah lama tak bukak blog ni.

Memandangkan musim PKP masih dilanjutkan, maka aku menyahut cabaran melukis Ink Ramadan kali ini.

Ink Ramadan adalah cabaran melukis satu lukisan satu hari selama 30 hari Ramadhan.

Ada tema yang berbeza setiap hari, terpulang nak ikut atau nak ubah ikut kesesuaian sendiri.

So ini temanya.



Untuk hari pertama, inilah hasilnya .. baru berjinak-jinak sehari dua ni melukis menggunakan henfon, biasanya traditional atau pakai laptop je.



DAY 1 : CABARAN

Bulan Ramadhan adalah bulan jihad,
Melawan hawa nafsu yang cenderung ke arah kemaksiatan,

Setiap orang ada cabarannya tersendiri,
Tahun ini lebih mencabar bagi team wira negara frontliners yang bertugas melawan Covid 19.
Bagi yang terpaksa berpuasa dalam situasi PKP, tiada terawih, tiada bazar Ramadhan, tiada kemeriahan biasa bulan Ramadhan.

Cabaran2 ini, jika mampu kita hadapi, in Sha Allah sesuai janji Allah, akan melahirkan insan bertaqwa di hujung tarbiah Ramadhan.

Dan semestinya, antara yang paling mencabar, KETUA KELUARGA terpaksarela menggalas tugas IMAM TERAWIH pada tahun ini. 
Sila berTERAWIH dan jangan lari.

Semoga terus istiqamah.

Cabaran aku yg baru adalah istiqamah menyahut cabaran ink Ramadhan dan update blog.

Moga berjaya.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Thursday, 2 October 2014

Design Sticker yang penuh dengan kasih sayang.

Assalamualaikum..

Tajuk tu boleh menimbulkan syak wasangka betul, haha.
Aku cuma nak kongsi idea dan design yang boleh digunakan dan telah aku gunakan dalam kelas.

Bukan sebagai BBM (Bahan Bantu Mengajar) tapi lebih kepada tanda penghargaan dan motivasi.

Almaklumlah aku mengajar subjek yang paling kerap menghampakan dan meninggalkan trauma kepada pelajar2 sekolah se-Malaysia iaitu Matematik Tambahan.

Jadi budak2 kena sentiasa disuntik dengan sejenis ubat atau vaksin yg dikenali sebagai "kata-kata semangat" atau "motivasi"

Jadi apa yang aku buat adalah menggunakan sedikit kemahiran mendesign yang selama ini dijadikan hobi untuk menghasilkan sticker.

Lebih kurang camni laa...

Design untuk lelaki malas buat banyak2 sebab sangat jarang budak lelaki yang layak dapat sticker ni. 

Design boleh dibuat dalam Adobe Photoshop (lukis kartun dalam Paint Tool SAI) dan print pakai printer biasa atas kertas sticker yang boleh didapati di kedai2 alat tulis yang berdekatan.

Aku design, aku jugak tukang print, merangkap tukang potong (pakai gunting) dan juga sebagai tukang tampal kat buku latihan student.
Nampak tak kasih sayang yang mencurah-curah bagaikan limpahan coklat ke ladang gandum?

Bayangkan kalau orang serajin ni jadi menantu atau bakal suami? eh eh... tetibe. Mohon abaikan.


Contoh kegunaan , ditampal pd buku latihan pelajar yang lengkap, menarik, kemas dan terbaik.


Untuk menambah ke"eksaited"an maka aku tambah satu lagi design sticker. 
Sticker "BEST OF THE BEST"


Sticker "BEST OF THE BEST" ni ditampal pada cover depan buku latihan. Hanya student yang telah mengumpul 5 Sticker "EXCELLENT" yang layak mendapat sticker ni.

Rasanya dah beratus keping sticker yang digunakan untuk tahun ni. Boleh tahan penat la nak gunting ikut shape bulatan tu. Nak tempah macam leceh la pulak. Kalau kurang tak cukup pulak, kalau lebih macam membazir.

Biasanya cikgu2 lain gunakan rubber stamp yg ada tulisan dan corak tapi macam tak berapa best dan design takleh nak warna warni jadi aku buat keputusan untuk buat sendiri.

Mungkin entri ni boleh bagi idea sket2 kepada mereka yang tengah mencari alternatif untuk dilaksanakan dalam kelas.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...