Wednesday 6 March 2013

MyDoodle Notes #6: Saya Calon Bidadari Syurga

Assalamualaikum....



Wanita Islam itu Ratu, martabatnya lebih tinggi dari seorang permaisuri.
Wanita solehah perhiasan dunia, Wanita Solehah penyeri Syurga
Penyeri di mata , penyejuk di jiwa....
Bukan sekadar cantik di mata, tetapi sepi di jiwa....

Mendaftarlah sebagai calon Bidadari Syurga...
Mulakan dengan Langkah pertama...
Rambutmu yang menawan itu, Lindungilah ia dengan hijab...
Labuhkan hijabmu melepasi paras dadamu...
Tubuhmu yang menarik itu, Balutlah dengan Busana Muslimah sejati
Kaki yang cantik itu, usah diperagakan di depan khalayak...

Hiasilah dirimu dengan santun akhlak terpuji
Kerana dirimu begitu berharga, tak ternilai dengan harta dunia...
Jangan kamu melepaskan takhtamu selaku seorang ratu
Peliharalah hartamu ilmu dan iman
Kerana kamu adalah CALON BIDADARI SYURGA...

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Manakala hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.


Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya di syurga


(eh..eh... lain macam je)
 




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

11 comments:

  1. Replies
    1. wlupun rasa gembira, tp terpaksa tolak... mana boleh kita kaum sejenis kahwin haha

      Delete
  2. hermm.. bila nak kawin keri.. ^_^ hope jmpa dengan wanita yg diinginkan.. insha allah.. ^_^

    ReplyDelete
  3. ni tak lama dh ni.. dpt rasakan, tahun depan en.keri bakal mnamatkan zmn bujangnya.. XDD! tahniah2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna ilmu nujum ke apa ni? bleh ramal2 ni ahaks

      Delete
  4. Bismillah hirrahmaan nirraheem

    Keri. Assalamua'alaikum
    hehe.stended la keri. umur macam kamu ni memang akan ada rasa nak tawen hehe. InsyaAllaah taklama da tu.. ada la jodoh nye hehehe:)

    Kawen memang seronok.. tapi kena ingat juga .kawen ada tanggungjawab besar hehee.. salah langkah tu..( nar) menanti huhuhu

    ReplyDelete
  5. terima kasih ingatkan daku keri.eh eh..ayat yang last tu memang lain macam sangat (:

    ReplyDelete
  6. Nampaknya pemilik blog ni pun sedang menghilang.. Pergi mana? Cari bidadari ka?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...