Sunday 14 April 2013

Politik, manifesto, provokasi , fitnah , Pornografi dan kebodohan.




Parlimen Bubar. Gendang perang dipalu. Gegak gempita.
PRU-13. Manifesto dicanang. Kempen bermula.

Politik membosankan? Penuh kekotoran? Benci politik?
Apa pun pandangan kita terhadap dunia politik, kita kena akur bahawa apa yang kita kecapi hari ini hasil perjuangan memerah keringat politik generasi sebelum kita. Bermula pada zaman Rasulullah SAW  lagi.
Dan sekarang kita bersama generasi kini berjuang untuk kemakmuran dan kebaikan generasi mendatang.

Dulu-dulu, masa sekolah rendah dan menengah cikgu2 selalu pesan suruh tengok berita untuk tambah ilmu. Baca akhbar untuk dapatkan ilmu dan informasi.
Tapi itu dulu. Bukan hari ini. Hari ini media penuh dengan penipuan. Hiburan dan hedonisme.

Membentang manifesto. Sama ada manifesto asli atau cetak rompak, hasil logik akal atau selepas kajian terperinci, 3 jam atau 10 minit, janji , akurjanji mahupun gula2, memberi  peluang kepada seluruh rakyat menilai dan membuat perbandingan bijak yang mana lebih baik dan munasabah.

Aku? Takkan tertarik pada manifesto yang hanya menjanjikan imbuhan bersifat kapitalisme yang menyesakkan dada semata. Manifesto yang menjanjikan pengurangan kos sara hidup tampak lebih meyakinkan.

Budaya kempen kotor.

Cuma yang menjelikkan hari ini adalah budaya kotor dalam kempen. Fitnah, caci mencaci, maki- memaki, provokasi melampau, sabotaj, kelucahan,

Budaya mendedahkan dan menyebarkan aib peribadi, sama ada benar atau sekadar fitnah mula menjadi sinonim dalam kempen pilihanraya sejak siri pilihanraya yang lalu.
Dan pada kali ini lebih dahsyat.

Semata-mata untuk menjatuhkan lawan politik, video seks dan gambar lucah disebar di blog dan youtube yang boleh diakses bukan saja oleh golongan yang disasarkan malah anak2 remaja yang masih di bangku sekolah.

Seolah2 sengaja mahu menjadikan porno sebagai bahan makanan minda generasi muda.
Penyebaran porno ini satu jenayah sosial dan moral  yang bukan saja membahayakan karier politik orang2 yang disasarkan malah mampu merosak pemikiran anak2 muda generasi baru.

Generasi yang terbiasa dengan hiburan serta pornografi bakal melahirkan generasi bebal, bodoh dan tolol. Mereka akan menjadi kurang cakna dengan masalah –masalah umat. Fikiran menjadi pasif dan senang diperkotak- katikkan. Menjadi lembik dan payah bangkit bila kemungkaran perlu dicegah di depan mata.

Menjadi pak turut yang mengangguk dan mengiyakan sebarang kata. Mementingkan keseronokan dan kesenangan bersifat individualistik.

Pada zaman Mustapa kamal Ataturk di Turki, media2 digunakan untuk menyebarkan hiburan dan gambar2 perempuan seksi dan lucah supaya rakyatnya dilalaikan. supaya rakyat terlupa kezaliman pemerintah. supaya rakyat terleka dan hanyut, mudah diperbodoh dan kurang sensitiviti terhadap masalah ummat.
Dan situasi itu semakin menjadi di negara kita. Mahukah kita merelakan nasib Negara kita menjadi seperti Turki?

Jika benarlah seperti dakwaan bahawa orang yang dituduh dalam video2 seks itu bersalah, mari kita aminkan doa supaya yg bersalah itu tumbang demi kemaslahatan ummah, dan supaya Allah membalasnya dan diberi hukuman setimpal.

Tapi jika semua ini hnya fitnah, maka semoga Allah mengampunkan kita semua kerana buruk sangka serta bersubahat menyebarkan aib orang. semoga apa yg kita lakukan ini tak menyebabkan aib kita terselak sama.



Firman Allah yang bermaksud: 
"Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." 
(Surah Al-Hujurat: Ayat 6)












"SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA BUDAYA POLITIK KOTOR, MAKI HAMUN, KAFIR MENGKAFIR DAN PORNOGRAFI"


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

10 comments:

  1. ramai nak jadi lalang lebih daripada jadi pokok, ramai juga nampak yang lalang tu cantik, sedangkan pokok kaktus yang berduri tidak pun dipandang. kalau disuruh jadi taugeh semua tak nak,pokok bebuah lagilah taknak. XD


    didoakan semoga blog ini sentiasa 'hidup' :D pangkah.

    ReplyDelete
  2. aku sokong kau. aku nak yang mengurangkan kos sara hidup, bukan gula2 semata-mata.

    sama2lah kita pilih pemimpin yang tepat.

    selamat mengundi :)

    ReplyDelete
  3. dorang kata bersih n adil tp media massa asik muka dia aje, diputar belitkan fakta.. ini kali la kita ubah tgok 5 tahun cara pemerintahan mereka ermmmm

    ReplyDelete
  4. @BiskOt
    tinggi sangat level bahasa tu. lalang kaktus pokok berbuah. tp rasanya bleh faham haha :D

    hidup segan mati tak mau je skang nih

    ReplyDelete
  5. @nurdani
    Kurangkan kos sara hidup, kurangkan inflasi, kurangkan defisit belanjawan, kurangkan pengaliran wang secara haram. maka kita tak perlu risau lagi jika gaji tak naik pun.
    tp secara logiknya bila wang ditadbr secara amanah, ekonomi akan meningkat dan taraf hidup makin baik :)

    ReplyDelete
  6. @◕ D Y S H A S A H H I R ◕
    maksud "adil" pun dah diputarbelit.
    auta dijadikan hujah. fakta diputarbelit.
    semoga Allah tunjukkan kebenaran

    ReplyDelete
  7. bila la politik ni boleh dibersihkan...

    ReplyDelete
  8. Pru13.. Semoga negara kita bertambah makmur.. Hanya mampu geleng kepala tengok keadaan skrg ni..

    ReplyDelete
  9. masing masing berebut nak menang.Macam macam yg di buat kan..kita sebagai rakyat,mengundi secara bijak..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...