Monday, 25 February 2013

SUJUDLAH!

Assalamualaikum....

maaf ayat tak puitis
Paparan lebih jelas KLIK SINI

Aku rasa ramai dah tahu, tapi aku nak kongsikan jugak kat sini.

KELEBIHAN SUJUD

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. Organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

15. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak takbur dan sebagainya.

16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 24 February 2013

Segmen header siapa paling awesome part 2

Assalamualaikum...

Rasanya lama gile tak join contest. Jadi aku nak mencuba nasib sekali lagi selepas merajuk hampir setahun lepas tak menang contest header yg dulu2...
Kalau kalah lagi aku akan merajuk dengan mendelete header dan jadilah blog ni blog tanpa header.. err melampau betul penipuan aku ni....



Jadi aku mempertaruhkan header kat atas ni ... watak kartun tu adalah ikon bagi blog ni...

Nak Join? KLIK SINI



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Saturday, 23 February 2013

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum...

Memandangkan blog ni dah lama terabai... maka aku memaksa diri untuk update...
Dah lama tak join segmen camni .. :P



Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday, 10 February 2013

Demi CINTA, Lautan Neraka sanggup kurenangi

Entri sempena Valentine's Day
(adakah kau sangka jika kau berjaya rentasi lautan api itu, ada syurga menunggumu?)

Saat terpandang wajahya, terasa ada getaran di kalbu, halus tetapi cukup mengganggu ketenangan hati...
Saat terdengar  lunaknya alunan suara... yang mampu membuai rasa...
Rindu, mula hadir mengocak kedamaian jiwa.  Sayang, mula bertandang di kamar hati

Lantas langkah diatur, strategi disusun, ayat-ayat cinta mula dikarang...
Dengan tekad yg membulat, dengan debar menggoncangkan iramanya,
Lafaz cinta diluahkan kepada si gadis, oleh sang jejaka yang kononnya seorang lelaki sejati, begitu berani meluahkan isi hatinya kepada insan yang dicintainya.

Janji dipateri, kontrak cinta ditandatangani, sebagai persetujuan mengharungi susah senang bersama, sehidup semati.

Tetapi semuanya hanya bicara di bibir, janji manis yang ditabur hanya antara mereka, tanpa kelibat dan pengetahuan seorang wali, yang selama ini begitu banyak berkorban demi menjaga si gadis.
Dan lelaki itu tersenyum bangga, berjaya menakluki sekeping hati yg sekian lama diidamkan.

Dengarlah sayang, ini janjiku...
Cintaku hanya tulus untukmu,
Hanya ajal yang bisa memisahkan kita,
Aku janji, kau akan bahagia di sampingku,
Biar badai yang melanda, akan kupertahankan cinta kita,
Andai ada gunung menjadi perantara kita, akan kudaki,
Andai ada lurah memisahkan, akan kuturuni,
DEMI CINTA, LAUTAN NERAKA SANGGUP KURENANGI...

Angin cinta bertiup, layar nafsu dinaikkan, dan perlahan-lahan bahtera cinta mula dilayar, merentasi LAUTAN NERAKA CINTA. Ironinya, kemudi dikawal kononnya mahu menuju ke destinasi impian seluruh umat manusia, SYURGA.

Samudera cinta diredah, setiap hari rasa sayang,cinta dan rindu diluahkan. Sama ada melalui ucapan, bicara mata, atau sentuhan fizikal.
Tanpa ikatan, pertemuan demi pertemuan diatur, melampiaskan rasa gelora yang menggila di hati. Sungguh, kuasa cinta itu amat dahsyat, yang waras menjadi gila, yang gagah terduduk lesu.

Itulah fenomena biasa cinta muda mudi zaman sekarang.
Alangkah lucunya manusia hari ini, mengagungkan cinta kepada manusia, sedang lupa pada Pencipta kepada manusia itu sendiri.
Mereka menyangka dapat bersama dengan insan yang dicintai, keluar berdating, saling mengungkap kata rindu, melafaz kata sayang terhadap insan yg TIDAK HALAL itu adalah BAHAGIA yg selama ini mereka cari. 

Begitu mudah definisi bahagia, seolah-olah bahagia itu dicipta sendiri oleh mereka.
Lupakah kita hanya Allah yang berhak menganugerahkan kebahagiaan itu? Alangkah malangnya kita begitu bertungkus lumus mencipta bahagia dalam dimensi sendiri... sedangkan hakikatnya kita berada dalam kemurkaan-Nya

Tanpa sebarang ikatan sah, sudah betah memanggil dengan panggilan manja, bergurau senda, berpimpin tangan seolah2 mereka sepasang suami isteri yang bahagia.
Persetankan semua itu! Apa yang aku lakukan ini atas nama cinta.

Sayang, usah didengar cerca mereka, usah dilayan umpatan mereka. Mereka cemburu. Mereka iri hati dengan kebahagiaan kita. Dengan  kemesraan kita.

Ini cinta kita. Dunia indah kepunyaan kita. Lepaskanlah segala rasa cinta yang terpendam di lubuk hati. Buktikanlah kata cinta yg kita nukilkan. BUKTIKANLAH...

Ya, cinta itu mula menuntut pengorbanan, sebagai bukti keluhuran cinta. Maka si jejaka mula memujuk rayu agar sang gadis menyerahkan mahkota kehormatan yang selama ini terjaga rapi, dikawal ketat di taman larangan.

Heh, cinta mula diamuk nafsu, syaitan yang telah lama menjadi orang ketiga semakin rancak memainkan wataknya. Lemas dalam pujuk rayu, atas nama cinta, jiwa raga dikorbankan.

Maka hancurlah sebuah kehormatan dan maruah yang selama ini menjadi mahkota di singgahsana kemegahan seorang gadis. Berkecai di tangan sang durjana pengkhianat cinta. Hanya berbekalkan manis bicara di bibir, bermodalkan air liur dan sedikit harta dunia, akhirnya tergadai segala-gala.

Tapi tak mengapa. Itu bukti sebuah cinta.  

Bahtera diamuk badai, digempur tsunami, dihempas ombak bergulung. Akhirnya berkecai dan bersepai ditelan gelora nafsu syaitan laknatullah. Tergapai-gapai kelemasan berpaut pada keping-keping papan sisa iman yang masih berbaki.

Hanyut di tengah lautan. Sama ada mampu diselamatkan kapal lain yang kebetulan bermusafir kelana, atau tenggelam ke dasar lautan gelap yang bagaikan tiada penghujungnya.
Mungkin jua terus terdampar di pantai maksiat, meneruskan legasi cinta berajakan nafsu.

Janganlah hanya semata mengharapkan indah syurga dunia yang fatamorgana, maka kita rela berenang di lautan NERAKA yang azabnya tak mampu terbayang di jangkauan minda.

Persoalannya, benarkah itu cinta... Jika kemuliaan diri dan iman menjadi galang-gantinya?
Benarkah itu cinta... jika membawa kita semakin hampir ke Neraka-Nya?
Benarkah itu cinta... jika semakin menjauh dari Syurga dan rahmat-Nya?



CINTA. Biar sehebat mana pun kuasa dan geloranya.
Jika sampai menggoncang IMAN, berrlabuhlah sebentar.
Berehatlah seketika. Ambil masamu, sehingga mampu mengemudi gelombangnya.
 
Keri Ikhwan, 2013



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Friday, 8 February 2013

Random Video : Kreatif dalam Dakwah

Assalamualaikum...

Macam yang pernah aku buat sebelum ni, video pilihan yang aku suka dan aku rasa banyak manfaatnya buat semua.

1. Test Dulu Api Dunia (Ust Azhar Idrus)




2.  Aku ingin Berubah.. Tapi...




 3. Istighfar dan keampunan Allah



Selamat menonton.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday, 4 February 2013

My Doodle Notes #5 : Melangkah ke Syurga dengan SOLAT

Assalamualaikum....


*Adobe Photoshop + SAI


If your legs cannot take you to prayers, then how do you expect them to carry you to paradise?

Jika kakimu tak mampu melangkah ke tempat sujud (Solat), bagaimana kamu mahu mengharapkannya membawamu ke Syurga?



Daripada Abu Hurairah ra : Rasulullah saw bersabda :
“Apa pendapat kalian bila ada sungai di depan pintu rumah seorang daripada kamu dan dia mandi setiap hari di sana sebanyak lima kali. Apakah masih ada kotoran tersisa? Para sahabat menjawab: Tidak akan tersisa sedikit pun. Baginda bersabda : Begitulah perumpamaan solat lima waktu, dengan solat Allah akan menghapus segala kesalahan.
(Shahih Muslim)




Daripada Abu Hurairah ra : Rasulullah saw bersabda :
“Barangsiapa yang pergi siang dan malam hari ke masjid , maka Allah akan menyediakan baginya di Syurga suatu tempat singgah setiap dia pergi pagi atau malam.”
(Shahih Muslim)




Daripada Abdullah bin Mas’ud ra : Rasulullah saw bersabda :
“Saya bertanya kepada Nabi, apakah amal yang paling dicintai oleh Allah swt?. Baginda bersabda, “Solat pada waktunya”. Saya bertanya, ‘Kemudian apa lagi?’ Beliau bersabda, ‘Berbakti kepada kedua orang tua.’Saya bertanya, “Kemudian apa lagi?”  Baginda bersabda, “Jihad  di jalan Allah”. Dia berkata,”Baginda menceritakan padaku. Seandainya saya meminta tambah, nescaya baginda menambahkannya.”
(Shahih Bukhari)


 

Renung-renungkan sambil termenung.
Jangan sembang nak bercinta sampai ke syurga la.
Nak bimbing dan dibimbing ke Syurga la..
Nak kahwin bidadari laaa..
Kalau SOLAT pun MALAS!



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...