Monday, 10 June 2013

Misi Membina Replika Masjidil Haram

Assalamualaikum...

Time ada masa lapang masa cuti sekolah hari tu, aku adalah sahut cabaran makcik aku ni supaya tolong siapkan dia punya replika/model Masjidilharam.

Awal2 lagi time dia nak beli benda tu aku dah bagi amaran yang level kesukarannya tinggi, bukan taraf dia nak menyelesaikannya. heh, agak kerek di situ.

Tapi dengan konfiden dia jawab memang dia nak suruh aku yang buatkannya. Huh.

Maka...

Nilah rupa awal. 


Sumber rujukan.

Yang paling penting bina tapaknya dulu.


Under construction...


Bersepah2. Part yg agak leceh. Membina menara.


Kesabaran agak tercabar




Akhirnya.. SIAP!!


Lebih kurang 5 jam jugakla baru siap, tanpa bantuan. Aku minta bantuan makcik dan adik aku, tapi diorang baru mengadap seminit dah give up. Ceh.

Bahagian menara 9 buah tu yg paling leceh nak cantumkan. Bahagian tu saja dah 2 jam.
Kalau buat 2 orang bleh siapkan dalam masa 3 jam atau kurang. 
Aku buat ni pun berdasarkan gambar replika yang dah siap yg sempat aku snap gambarnya.

Harga cuma 40 riyal atau RM 33++

Huh, rindu plak pada Masjidil Haram bila tengok replika tu.

Bina replika dah, mendirikan masjidnya?.. eh eh.. (koff koff)



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

16 comments:

  1. hhahahhaa.. terbaiklah.. rajin hang kan.. aku...~~~


    tengok pon dah givap.. koh koh koh

    ReplyDelete
  2. @Aujinz
    ko lagi rajin buat model kapal tu. lagi power

    ReplyDelete
  3. sabar betul sahabat..hebat! tapi ayat terakhir tu..uhuhuk!!

    ReplyDelete
  4. klo banding dgn model papercraft rasanya ini lagi bagus, keras..dh siap potong plak tu. tp kenapa sampai 5jam. XD

    tahu tak tempoh masa 5 jam tu bersamaan dgn tempoh pemasangan gundam (MG)mastergrade. :P

    ReplyDelete
  5. koff koff..sama2 tersedak pulak kita..hehe..

    beli kat mana cikgu keri?

    ReplyDelete
  6. @BiskOt
    5jam sebab part2 dia nmpak lebih kurang. susah nak bezakan nk letak bhgn mana dan ape benda tu.
    pastu sambungan dia leceh. ada yg tak ngam nak masuk, kena tekan kuat2 kadang2 ada yg patah.
    bnyak part2 kecik bhgn mennara tu

    ReplyDelete
  7. @nazha anua
    haha..
    taktau la ada jual kat malaysia ke tak.
    yang ni beli kat Makkah kedai tepi2 jalan je :P

    ReplyDelete
  8. orang sabar je dapat siapkan replika masjidil haram ni :)

    ehem ehem..moga keri dapat jodoh yang terbaik untuk membina masjidnye nanti..aminn

    ReplyDelete
  9. wow! cantiknya!!! mmg org yg sabar akan dapat ganjarannya... tengok, hasilnya? cantik sgt2!!

    good job keri! :)

    ReplyDelete
  10. perggghhhh...cantik..yang dh siap tu pos kt sy.. =P

    ReplyDelete
  11. bestnyaaaaaaaaaa...nih kalau buat BBM best jugak nih...teringat dulu time praktikal kat shams, gigih sy buat replika masjid... siap buat utk group pelajar sy suh diorng cntumkan...heeee...

    ReplyDelete
  12. Fiza :
    mohon sumbangan utk membeli bahan2 binaan masjidnya.. haha

    deno :
    memang puas hati bila dh siap

    ReplyDelete
  13. mij :
    sayangnya replika tu bukan saya punya. ingat nak beli jugak tapi tak tau nak letak kat mana.

    Tg Puteri :
    buat BBM suh budak cantum tak cukup 2 waktu ni. :P

    mana2? nak tengok replika tu..

    ReplyDelete
  14. benda tu xde jual kat mesia ke..

    macam best ja..

    ReplyDelete
  15. CC:
    tak pastila ada ke tak. cuba tngok kt dkt kdai yg jual peralatan umrah dan haji serta cenderamata Makkah.. mngkinlaa..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...