Saturday 29 June 2013

[VIDEO] : Koleksi Lagu -lagu Ramadhan 2

Assalamualaikum...

Kalau nak tengok koleksi sebelum ni boleh klik SINI
Saja nak membangkitkan semangat Ramadhan...


1. Maher Zain - Ramadhan




2. Opick - Ramadha Tiba



3. Fathi Otmani - Ramadan





4. Nazz - Ramadhan 2013





5. Haddad Alwi ft Anti - Marhaban Ya Ramadhan





Lain -lain :
Manisnya Ramadhan - Fine dan Paradise
Lagu Anak Islami - Ramadhan Mulia
Hamza Namira - Sout


SALAM RAMADHAN



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday 23 June 2013

My Doodle Notes #7 : Solat Yang Paling Baik...

Assalamualaikum...


Tool : Paint Tool SAI + Photoshop



























"Solat yang paling baik bagi orang lelaki adalah solat di awal waktu secara berjemaah di masjid."

Kata-kata di atas tu bukanlah daripada hadis. 
Aku petik kata2 tu dari seorang Ustaz semasa kuliah Maghrib di masjid.

Orang lelaki, keutamaannya adalah solat kat masjid secara berjemaah. Yang paling baik mestilah jadi imam. Tapi takkanlah semuanya nak berebut jadi imam pulak? :p

Banyak hadis membincangkan kelebihan solat di masjid secara berjemaah ni. Nanti aku sertakan sebahagian kat bawah.

Memang betul, untuk solat di masjid 5 waktu sehari memang agak mustahil tambah2 lagi yang bekerja. Ada kekangan masa dan peraturan tempat kerja yg harus dipatuhi. 
Ditambah lagi dengan  sikap yang memang pemalas nak ke masjid tu.

Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua. Kalau tak mampu nak ke masjid setiap waktu, pergilah pada waktu yang free, contoh selepas tamat waktu bekerja.
Takkan siang malam kot kerja? Jangan kebulur sangat harta dunia ni.

Waktu2 yang tak mampu ke masjid tu, sekurang- kurangnya kita cuba untuk berjemaah, di awal waktu. Ajaklah sape2 rakan sepejabat atau kalau di rumah dengan keluarga.

Kalau tak boleh jugak berjemaah, maka cubalah sedaya upaya untuk solat di awal waktu. Ikut kemampuan. Tapi kena cuba jugak untuk buat yg paling afdal tu.

Cuma yang menyedihkan bila zaman sekarang ni dah ramai yang ambil ringan pasal solat. Solat pun di hujung waktu. Banyak sangat hiburan dan benda2 yg melalaikan sampai sayang nak tinggal sekejap untuk solat.

Jangankan nak cerita pasal solat jemaah di masjid, nak solat di rumah pun kemain liat nak kena paksa. Kalau Subuh lagilah.

Solat itu tiang agama. Amalan pertama yang dihisab di akhirat kelak.


Daripada Ibn ‘Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Sembahyang berjemaah lebih utama dari sembahyang sendirian 27 darjah. 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

*dalam hadis yang lain ada diriwayatkan 25 kali ganda



 Dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: 
"Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang munafik daripada solat Subuh dan Isyak. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan kedua solat itu (dilaksanakan berjemaah), nescaya mereka akan datang (ke masjid), sekalipun dengan merangkak." Sesungguhnya saya ingin menyuruh seseorang azan dan qamat, kemudian menyuruh yang lain menjadi imam solat berjemaah, kemudian aku sendiri pergi mengambil suluh (obor), lalu ku bakar orang-orang yang tidak datang solat (berjemaah)."
(Riwayat Bukhari)


Abdullah (bin Mas’ud) RA berkata, “Saya bertanya kepada Nabi, 
‘Apakah amal yang paling dicintai oleh Allah?’ (Dalam satu riwayat: yang lebih utama) Beliau bersabda, ‘Shalat pada waktunya’ Saya bertanya, ‘Kemudian apa lagi?’ Beliau bersabda, ‘Berbakti kepada kedua orang tua.’ Saya bertanya, ‘Kemudian apa lagi’? Beliau bersabda, ‘Jihad (berjuang) di jalan Allah.”‘ Ia berkata, “Beliau menceritakan kepadaku. (Dalam satu riwayat: “Saya berdiam diri dari Rasulullah.”) Seandainya saya meminta tambah, niscaya beliau menambahkannya.” 
(Riwayat Bukhari)




Jom Tengok Video Typoghraphy : Orang Tidak Solat oleh Ust Azhar


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Wednesday 19 June 2013

Cara-cara Keluar Dari Belenggu Maksiat








Fadhilatus Syaikh Nuruddin Ali Jum’ah Hafizahullah ta’ala, dalam kitab ringkasnya, ‘ Langkah-langkah keluar daripada maksiat’, menyebut pada pendahuluan bahagian kedua :

“ Ramai dalam kalangan orang Islam saling bertanya, dan berkata ‘sesungguhnya syahwat itu membelenggu diri kami. Maka kami beristighfar kepada ALLAH dan meninggalkan maksiat, namun kemudian kami melupakan tentang perjanjian diantara kami dengan ALLAH. Kami kembali menuruti hawa nafsu dan maksiat. Lalu apakah jalan keluar dari pada semua ini.? “

Oleh kerana banyak kali berlaku pengulangan keadaan sedemikian, hampir sahaja manusia berputus asa.. “

Maka, As-Syeikh membentang 3 langkah mudah yang praktikal dan berkesan untuk dilakukan oleh setiap manusia yang ingin mencabut ikatan-ikatan nafsu dan maksiat pada diri mereka, langkah tersebut ialah :


1) MENJADIKAN RASULULLAH S.A.W SEBAGAI AYAH.

=> Ini merupakan satu teknik berinteraksi dengan fitrah insani yang wujud dalam diri setiap manusia. Secara kebiasaannya, fitrah seorang anak mahu ayahnya menyayangi, diberi perhatian dan tidak mahu diabaikan. Lalu si anak akan membuat apa yang disukai oleh ayahnya dan meninggalkan apa yang dilarang untuk mendapat kasih sayang tersebut.

Apa perasaan kamu apabila kamu meninggal satu-satu maksiat, dan kamu berkata,
“ Saya tidak akan lakukan sedemikian kerana ayah saya melarangnya.!”.

Jika ditanya, “ Siapa ayah kamu.? “.

Lantas kita menyebut “ Rasulullah s.a.w.. “ . Perasan apa yang menyelubungi kamu ketika itu.?

As-Syeikh berkata di dalam kitabnya, “ Sekiranya seseorang muslim menjadikan RasuluLLAH s.a.w ayah kepada dirinya, sesungguhnya telah merealisasikan apa yang telah dikhabarkan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w,

“ Hanyasanya aku kepada kamu semua ( umat-umat manusia ) seperti seorang ayah kepada anaknya.. “

( Sebahagian daripada hadis daripada Ad-Darimi daripada Abi Hurairah, jilid 1/182 no. 673 )



2) BERZIKIR KEPADA ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA.

=> As-Syeikh berkata, “ Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengikat antara berzikir kepada ALLAH s.w.t dengan langkah yang pertama, iaitu ‘menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai ayah’, dalam firmah ALLAH s.w.t,

Maksudnya : Telah ada pada diri Rasulullah s.a.w itu contoh teladan yang terbaik untuk siapa yang mengharapkan ALLAH dan hari akhirat dan berzikirlah kepada ALLAH sebanyak-banyaknya..

( Surah Al-Ahzab, ayat 21 )

Begitu banyak ayat Al-Quran dan hadis yang menggesa kita untuk memperbanyakkan zikir kepada Allah, dan menyatakan tentang kelebihan orang-orang yang sentiasa membasahi lidahnya dengan zikir.

Habib Umar Bin Hafiz hafizahullah ta’ala, menyebut ketika syarahan kitab Qobas Nur Al-Mubin, ringkasan Ihya’ Ulumuddin, secara mafhumnya :

“ Tidak berlaku maksiat ketika seseorang itu sedang berzikir (ingat kepada Allah). Maksiat itu menimpa orang yang lalai dan meninggalkan zikir kepada Allah s.w.t.. “

Asy-Syeikh menyebut lagi, “ Dan yang diharuskan daripada zikir atau kalimah yang paling afdhal untuk dizikirkan oleh muslim ialah apa yang dipanggil oleh ‘Ahlu ALLAH’ dengan الكلمت العشر المباركات dan kalimah yang diajarkan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w. iaitu,

سبحان الله , و الحمدلله , و لا إله إلا الله , و الله أكبر, و لا حول و لا قوّة إلاّ بالله.

أستغفر الله , ما شاء الله , حسبنا الله و نعم الوكيل, إنّا لله و إنّا إليه راجعون , توكلت على الله.


3) MEMBEZAKAN ANTARA KEBENARAN DAN KEBATILAN.

=> Asy-Syeikh berkata, “ Ini adalah langkah diatas kedua-dua langkah tadi. Sesungguhnya menghadirkan gambaran RasuluLLAH s.a.w dan seseorang menjadikan RasuluLLAH s.a.w sebagai ‘ayah’ kepadanya dengan memperbanyakkan zikir lahir daripada dalam diri dan hati yang celik, dikukuhkan dengan pembezaan. Tetapi pembezaan tidak dapat didatangkan melainkan dengan bergantung kepada ALLAH s.w.t dan memohon perkara tersebut daripada-NYA, kerana DIA-lah yang Haq, Maha Suci ALLAH. DIA-lah yang memberi hidayah kepadanya.

ALLAH ta’ala berfirman,

Maksudnya :- Bertanyalah (Wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk: Yang kamu sekutukan Dengan Tuhan itu, sesiapa Yang Dengan memberi petunjuk kepada kebenaran? "Katakanlah: "Allah jualah Yang memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran; (kalau sudah demikian) maka Adakah Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut, ataupun Yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberi hidayah petunjuk? maka apakah alasan sikap kamu itu ? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)?"

( Surah Yunus, ayat 35 )

Juga, di dalam doa yang ma’thur :

اللهم أرنا الحقّ حقّا و ارزقنا إتّباعه, و أرنا الباطل باطلا و ارزقنا اجتنابه.

Maksudnya : Wahai Tuhan kami, tunjukkanlah yang benar itu benar dan rezekikan kami untuk mengikutinya, tunjukkan kami yang batil itu batil, jauhkan kamu darinya.

Maka, dianjurkan kepada kita untuk mengamalkan doa ini pada tiap-tiap akhir solat, dan pada setiap keadaan.

WaALLAHu a’lam.





Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Monday 10 June 2013

Misi Membina Replika Masjidil Haram

Assalamualaikum...

Time ada masa lapang masa cuti sekolah hari tu, aku adalah sahut cabaran makcik aku ni supaya tolong siapkan dia punya replika/model Masjidilharam.

Awal2 lagi time dia nak beli benda tu aku dah bagi amaran yang level kesukarannya tinggi, bukan taraf dia nak menyelesaikannya. heh, agak kerek di situ.

Tapi dengan konfiden dia jawab memang dia nak suruh aku yang buatkannya. Huh.

Maka...

Nilah rupa awal. 


Sumber rujukan.

Yang paling penting bina tapaknya dulu.


Under construction...


Bersepah2. Part yg agak leceh. Membina menara.


Kesabaran agak tercabar




Akhirnya.. SIAP!!


Lebih kurang 5 jam jugakla baru siap, tanpa bantuan. Aku minta bantuan makcik dan adik aku, tapi diorang baru mengadap seminit dah give up. Ceh.

Bahagian menara 9 buah tu yg paling leceh nak cantumkan. Bahagian tu saja dah 2 jam.
Kalau buat 2 orang bleh siapkan dalam masa 3 jam atau kurang. 
Aku buat ni pun berdasarkan gambar replika yang dah siap yg sempat aku snap gambarnya.

Harga cuma 40 riyal atau RM 33++

Huh, rindu plak pada Masjidil Haram bila tengok replika tu.

Bina replika dah, mendirikan masjidnya?.. eh eh.. (koff koff)



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

Sunday 9 June 2013

LAWAK : Siapa Perompak Sebenar?







Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: 

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Sumber : Facebook


Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?


Hidup ini penuh dengan ruang dan peluang, yang boleh ditukar kepada wang.
Cuma pilihan kita, sama ada menggunakan jalan yg benar atau tipu helah.

Orang bodoh adalah makanan orang pintar.
Akal, anugerah paling hebat kepada seorang manusia.
Namun tanpa iman dan ilmu, akal tetap terbatas dalam ruang yang sempit.

Perompak yang menggunakan keganasan untuk merompak biasanya mudah ditumpaskan,
Tapi perompak secara sembunyi yang pintar susah dikesan dan dihalang.

Pecah amanah, rasuah, songlap, menggelapkan wang, kronisme, juga adalah bentuk rompakan yang jauh lebih dahsyat berbanding rompakan kedai emas atau bank.


Teringat satu kata2 hikmah :

"MASA ADALAH MODAL, DAN NAFSU ADALAH PEROMPAKNYA"










Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...