Testimoni 1 :
Set Pencerah muka
Kak Jemah Hudson
(32 tahun):
Alhamdulillah, setelah akak hampir berputus asa
mencuba pelbagai jenis produk akhirnya akak terjumpa produk ni. Kawan akak yang
rekomenkan.
Kalau dulu kawan2 akak selalu hina muka akak macam
permukaan bulan yang dibom dengan bom atom. Akak malu sangat.
Akak dahla suka upload gambar muka buat gaya
ducface. Terpaksala akak edit pakai photoshop dan kasi extra light bagi cerah
sikit.
Sekarang selepas 3 jam menggunakan produk ni muka
akak kembali putih gebu lagi berseri.
Pernah akak terfikir nak pakai purdah nak tutup
kecacatan muka akak tapi kini semua tu tak perlu lagi.
Sekarang kalau akak keluar rumah free hair pun tak
kisah sebab tak ada orang akan kutuk lagi bahagian wajah akak yang sebelum ini
terpaksa cover dengan tudung.
Ah, kejap lagi akak nak buat video GWIYOMI nak
upload kat youtube dan keek. Nak update instagram lagi.
Testimoni 2 : Set
Pelangsingan Badan
Cik Senah Evan’s
(16 tahun):
Alhamdulillah syukur sejak saya menggunakan pil
kurus Ajaib tut tut ni berat badan saya yang dulunya mencecah 120kg kini
berkurang menjadi 47kg!
Ajaib kan? Hanya dalam masa 2 hari jew..
Saya suka sanad2! Jangan jelly taw.
Sebelum ni kawan2 selalu boikot saya tak mau ajak
saya lepak kat pavi sesame. Sebab saya boleh mencacatkan pemandangan kata
diorang.
Saya pun terpaksa pakai baju labuh dan besar ala2
baju muslimah untuk menutup lemak2 dan lebihan isi badan saya.
Kini saya sudah boleh memakai baju adik saya yang
ketat dan sendat tanpa perlu malu dan segan di mata manusia mahupun di mata
Allah.
Legging yang ketat tu pun saya dah konfiden nak
sarung.
Kbye. Nak pegi hang kat pavi dengan pakwe saya Abu
Bieber…
Ok, macam merapu je entri ni tapi itulah reality hari
ni. Wanita dijadikan sumber eksploitasi untuk mengaut keuntungan.
Kita dimomokkan bahawa perempuan yang cantik itu
mestilah berwajah kulit putih, berbadan langsing dan berbentuk badan dengan
potongan tertentu.
Sebab tu ramai perempuan berlumba- lumba menjadikan
diri mereka cantik mengikut definisi yang dicipta oleh syarikat2 produk
kecantikan serta mengikut trend fesyen yang kononnya up-to-date.
Maka gadis2 yang kononnya punya pakej kecantikan itu
akan berlumba2 menayangkan kecantikan mereka di laman sosial sama ada melalui
gambar atau video.
Pujian-pujian yang diterima menyebabkan mereka
semakin eksited dan berani untuk mengupload gambar yang lebih ekstrem
kegedikannya.
Ya, dunia hari ini, manusia lebih mengutamakan
pandangan manusia berbanding pandangan Allah.
Tak salah mahu kelihatan cantik dan menarik, tapi
yang salahnya apabila terlalu obsess sehingga membawa kita jauh dari rasa
syukur dan menyalahgunakan nikmat kecantikan tersebut untuk menarik perhatian
orang lain. Mengharapkan orang memujinya.
Ringkas kata, PELACUR PERHATIAN, PENGEMIS LIKE,
PENAGIH PUJIAN.
(Sebulan tak update blog, pemalasnya aku!)