Tuesday 12 November 2013

Cerita Grafik : Cinta Suci bawah Umur


Waktu cuti.
Melayan karenah adik2 , anak saudara dan sepupu yang masih kecil tak pernah membosankan.
Kepada anak2 itu, kita mengajar sesuatu, dan daripada anak2 itu, kita belajar sesuatu.

Alkisah.

Aku sedang bersantai ditemani sebuah buku yang mempunyai banyak gambar  yang dihiasi buih-buih dialog.
Datang sepupu aku yg berumur 4 tahun. Perempuan.



“Abang Long, Faiz mana?” mulut kecilnya pelat bertanya.
Abang Long, gelaran untuk aku. Faiz adik aku yang keempat. Selamba je panggil nama direct.

“Eh, kan dia dah takde. Pergi Kedah” Aku jawab acuh tak acuh.

“Kenapa nak cari Faiz?” Sambil mata masih menatap buku yang dibaca dari kanan ke kiri itu.

“Nak cinta “ Pantas sahaja dia menjawab.
Aku melongo. Aku dongakkan kepala. Pandang tepat pada wajah innocent itu.

“Haa? Nak apa? Aku mahu kepastian.

“Nak cinta ngan Faiz laa”
Sah pendengaranku tak menipu aku.

“Hahahahaha!” Aku gelak kuat-kuat.
Dia mula menunjukkan wajah masam. Mencebik.

"Hahahahahaha!!" aku sambung gelak.

.......................
...................
............


“Err.. cinta tu apa?”
Soalan aku kedengaran bodoh sekali. Ah, biarlah, asal aku dapat kepastian.
Mana la tahu “cinta” yang dimaksudkannya itu adalah jenama biskut, atau nama anak patung Barbie, takpun sejenis alat mainan.

Cinta tu KAWEN laaa!”



Dengan nada dan ekspresi muka marah dan merajuk kerana terasa dipermainkan, dia berlalu dengan kaki yang dihentak-hentak keras ke permukaan lantai.
Aku garu kepala. Dari mana dia belajar semua itu? Mustahil daripada umminya. Tak mungkin dari abahnya.

TV. Hanya jawapan itu yang kukira paling logik.

Definisi cinta budak 4 tahun.
CINTA itu KAHWIN. Maksudnya Cinta itu perlu diniatkan untuk kahwin. Mungkin.

Ah, terasa disekolahkan oleh seorang budak.
Aku menyambung semula bacaan yang tergendala.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

22 comments:

  1. wow..sepupu ko bagi istilah yang agak tepat untuk cinta..

    innocent cinta..mungkin lepas ni ada drama Love U Mr Kid?hahahaha

    ReplyDelete
  2. cuba tanya kahwin tu apa pulak?jawapan budak zaman sekarang ni kan..

    ReplyDelete
  3. bahahahaha..kan..itu makan dia..ahahah..paham pulak tu cinta itu kawin..cer ty kawin tu apa pulak..adeh.bdk skang terlalu maju kehadapan..parah di buatnya

    ReplyDelete
  4. advance sungguh budak2 zaman skrg?? kalau dulu just tau main kawin2 je. tp skrg ni terus nak kawin sungguh.. hahaha.. (=.=')

    ReplyDelete
  5. budak2 skrg ni sungguh advance, kita org tua ni kena sentiasa bersedia dgn jawapan2

    ReplyDelete
  6. waaaaahhh!!!

    tapi jawapan tu kedengaran tepat..^^

    ReplyDelete
  7. @nazha anua
    haha... tula .. kalau tnya budak besar pun belum tentu bleh bg jwapan yg bagus

    ReplyDelete
  8. @Azhafizah Md Nor
    kawen tu cinta laa! mngkin tu kot jwapannya haha

    ReplyDelete
  9. @merahitujambu
    diorang cepat belajar. baik atau tak baik dua2 cepat haha

    ReplyDelete
  10. @Haryz Khairuddin
    dulu2 pun ada budak2 yg terus nk kahwen. biasanya bila ada org yg baik dan rapat ngan diorang. bila tnya time besar nk kawen dgn sape terus dia sebut nama org tu

    ReplyDelete
  11. @Lina
    jgn bg jwapan yg bukan2 dahla :P

    ReplyDelete
  12. @Gee GTG
    hampir tepat. cuma perlukan sedkit penambahan je haha

    ReplyDelete
  13. hmm....innocent, tp kenapa aku rasa seram ye...mcm terlalu advance utk umur yg begitu...hmm..

    ReplyDelete
  14. amboi, umuq besaq tu pandai dah bagi jawapan kebabo. hahahahahaha

    ReplyDelete
  15. @Lynn Damya
    budak2 memahami sesuatu dari kacamata seorng budak.

    mngkin sbb selalu tngok cerita, yg ada sebut "cinta" dan endingnya kawen.
    mak ayah dia mmng limitkan masa tonton tv tp tula anak2 zmn moden lebih cepat bljr.
    tp aku tak risau sngat sbb dari kecik diorang dididik dgn agama yg baik. besar sket nnti fahamlah tu.

    ReplyDelete
  16. @nurdani
    mudah lah sket lepas ni nak bagitau dia bahawa cinta tujuannya mesti utk perkahwinan. baru halal. haha

    ReplyDelete
  17. masa zaman tadika dulu pun, sy ingat cinta tu kahwin.. :3 . kemudian perkataan cinta pertama yang saya perhati betul2, 'cintai alam sekitar' tu pun dalam subjek pendidikan seni sek.ren. tak logik pula 'kahwini alam sekitar', rombak balik pemahaman.

    kedua cinta plak belajar, masa komsas..form 1, novel 'aku anak timur'. owww! camtu cinta~ XD . cinta tu pelbagai rupanya. tp pemahaman skrg (pesanan utk semua termasuk sy), buang masa bercinta, kawin je terus. habis cerita. XD

    ReplyDelete
  18. bila abang keri nak cinta @ "kawen"? hahahaha

    ReplyDelete
  19. ya betul tue dik... kah kah kah...
    tak nak kawen jangan bercinte... kakakka

    ReplyDelete
  20. @BiskOt
    hhaha..kahwini alam sekitar
    belajar definisi cinta dari alam

    ReplyDelete
  21. @Aujinz cer tanya adik ah apa dia punya definisi cinta haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...