Tuesday, 21 January 2014

Cerita Kedai Gunting


Di sebuah Kedai Gunting. Tukang Guntingnya berbangsa India.

Aku masuk Duduk atas kerusi. Niat murni cuma satu. Potong rambut bagi pendek, kemas dan selesa.
Yang penting semakin pendek rambut semakin jimat penggunaan gel/minyak rambut.
Maklumlah ekonomi tak berapa nak stabil, kena berjimat.
Takkan asyik makan kangkung je kan? Ah, kangkung lagi.

Di sebelah aku iaitu di kerusi lain, kelihatan seorang mak bersama dua orang anaknya.
Dua-dua aku kira umur budak -budak sekolah rendah yang belum akil baligh.
Kedai ni ada dua orang tukang gunting, jadi kami dilayan serentak.

Sambil rambut aku dikerjakan sesuka hati oleh tukang gunting yang sorang lagi, anak telinga aku tajam mengamati bait-bait kata yang terlafaz dari bibir kedua-dua beranak ibu dan anak itu.

"Adik nak potong rambut macam mana?"

"Potong sikit2 je. Nak macam ni, macam ni, dan macam ni"

Sebenarnya aku lupa apa yang budak tu cakap. Ahaks. Tapi dia menerangkan style rambut yang agak up to date dan berfesyen la kiranya.

Dan lepas potong sana, potong sini mak dia macam nak suruh potong pendek lagi.
Anak dia berkeras tak mahu.

Mak dia tanya anak dia yang sorang lagi:
"Ok ke macam tu? cikgu tak marah dah ke?"

"Ok dah tu. Dah lepas dah tu"

Serius. Aku nampak masih panjang lagi. Kalau lepas pun tak sampai 2 minggu panjang balik melebihi tahap yg dibenarkan. Dan fesyen itu tidak sesuai dengan status murid sekolah. Rendah atau menengah.

Teringat zaman aku sekolah dulu. Potong rambut takde fesyen2.
"Bang, nombor tiga" zas,zup zap selesai. Sebut nombor je. Haha. Tiada kompromi untuk berstylo.
Nanti kena bebel dan leter sampai rimas.

Point utama aku kat sini ialah hilangnya kuasa ibu dan ayah untuk mengawal anak-anak.
Anak-anak diajar untuk membuat pilihan sendiri itu bagus, tapi tanpa kawalan dan ketegasan ianya kelak akan merosakkan.

Jika perkara kecil pun tidak mampu bertegas, bila anak itu mahu membuat pilihan yang lebih besar, dan tersilap membuat pilihan, ibu dan ayah akan hilang kuasa untuk menegur dan mengawal anak2.

Ketegasan itu perlu. Dengan syarat bukan sampai mengongkong keterlaluan. Ada batas dan had.
Ada kelonggaran dan budi bicara.
Ada larangan dan asbab kenapa ditegah. Ada suruhan dan dijelaskan kebaikannya.

Ah, cakap memang senang. Dah kahwin ada anak tahulah tinggi rendah langit biru itu.

#entri tanpa grafik. Jarang-jarang berlaku di blog ini.


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

12 comments:

  1. Patutla kat sekolah skg ni belambak students yg berambut pjg fesyen bagai. Last3 guru disiplin yg potong sendiri rambut diaorg. Kdg2 budak2 ni lagi suka cm tu kott. Xyah masuk kelas alasan cikgu nk potong rambut. Adehh

    ReplyDelete
  2. budak sekarang kalau nk kawal kena dari kecik dah besar nk kawal memang tak la..diorg ikt kepala diorg

    ReplyDelete
  3. zmn skng ni da xmcm dulu..trlalu trbuka n sift hormt pun da xada..klu ckgu grang, ckgu yg dipersalhkan..

    ReplyDelete
  4. @NinaAz
    cikgu disiplin pun terbatas kuasanya sekarang. silap2 masuk mahkamah

    ReplyDelete
  5. @merahitujambu
    bila dah mula dpt kawan pelik2 tu memang diorang dh taknak dengar ckp mak ayah

    ReplyDelete
  6. ahaha fi rilek je rambut afro gi skola...
    ahahahahaha

    ReplyDelete
  7. bergantung kpd ibu bapa sebenarnya utk menggunakan pendekatan macam mana dlm mendidik anak...tak semua anak boleh digunakan pendekatan yg sama...

    ReplyDelete
  8. Dari kecik perlu dikawal dalam mengambil keputusan sendiri.Sayangkan anak kena bertegas barulah menjadi.Kalau tak esok² melawan pulak kan...sekarang ni pergi sekolah pun nak berfesyen..dulu takdenye..kena ikut rules :)

    ReplyDelete
  9. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  10. khairulsyarafi:
    pergh.. afro ke x sikat rambut? haha

    3no gr33ny:
    latar belakang berbeza pendekatan juga berbeza. asasnya sama. tegas tp mendidik.

    ReplyDelete
  11. Azhafizah:
    kuasa sekolah dan guru sekarang terhad.

    Taufiq:
    trimas :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...