Wednesday 29 January 2014

Cerita Tentang Son Gohan yang Korang Tak Pernah Tahu...


Selepas berakhirnya pertarungan Son Goku dan Vegeta melawan Majin Buu, dunia kembali aman.
Penduduk Bumi akhirnya mengecapi ketenangan dan suasana harmoni untuk satu tempoh jangka masa yang agak panjang.

Son Gohan kembali menjalani kehidupan normal seorang remaja yang penuh warna warni dan keriangan.
Kembali bersekolah dan semestinya... cinta. 
Mencipta sebanyak mungkin  memori indah bersama gadis yang menjadi pujaan hatinya, Videl.

Son Gohan mahu menebus kembali masa-masa lalunya yang banyak dihabiskan di gelanggang latihan dan medan perang. Dia kembali mengorak langkah mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang ilmuan.

Akhirnya dia berkahwin, memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Juga seorang zuriat yang comel.
Dia juga berjaya menggapai cita-citanya.

Namun semakin banyak kejayaan yang dikecapi semakin dia merasakan kekosongan di dalam hatinya.
Ada lohong besar yang sering meresahkan fikirannya. Hidupnya terasa tak lengkap.

Dia dahagakan kebenaran. Dia mula memikirkan kebenaran dan rahsia di sebalik kuasa dan segala macam keajaiban di dunia. 
Persoalan-persoalan yang tak pernah ditemui jawapannya sepanjang tempoh pengajiannya di universiti.

Siapakah yang mencipta seluruh alam ini?
Kuasa apa yang begitu hebat mengatur perjalanan alam dengan begitu sistematik dengan sistem yang amat kompleks?
Siapa yang menciptakan aku sehingga begitu sempurna? Kacak, hensem, bergaya, macho?
Sehingga pergerakan jantung yang tak pernah berhenti berdenyut dan aliran darah yang bekerja keras membawa oksigen ke seluruh anggota badan.
Pasti ada satu kuasa Maha Agung yang sangat berkuasa sehingga mampu mencipta manusia dengan begitu ramai dengan setiap mereka memiliki identiti yang berbeza malah cap jari juga berbeza.
Semua sistem ini bukan terjadi secara kebetulan, pasti ada mastermind nya.

Dia telah berjumpa dengan terlalu ramai pahlawan yang hebat. Malah Dewa yang disembah kebanyakan orang di sekelilingnya. Tapi kehebatan mereka ada had, dan terbatas.

Dewa Naga yang dirasakannya cukup berkuasa menunaikan permintaan manusia, hanyalah makhluk yang terikat pada magis yang dipateri pada Dragon Ball. Tanpa Dragon Ball , Dewa Naga juga tak mampu muncul.

Hakikatnya, Dragon Ball itu juga ciptaan manusia. Dan orang yang mencipta Dragon Ball juga telah mati. 

Untuk mencari jawapan, Son Gohan berkelana ke seluruh pelosok dunia.  Mengkaji pelbagai jenis agama. Menyelongkar segala jenis ilmu dan kitab.

Sehinggalah akhirnya di hujung pencariannya dia dipertemukan dengan seorang kanak-kanak lelaki di pinggir sebuah hutan.
Budak lelaki itu sedang berhadapan dengan seekor harimau yang kelihatan mahu menerkamnya bila-bila masa sahaja.
Tiada upaya untuk melawan, dia kelihatan hanya berserah. Tangannya ditadah ke langit dan mulutnya berkumat-kamit membacakan sesuatu.

Pantas Gohan menyelamatkan budak lelaki itu. Lintang pukang Sang Harimau menyelamatkan diri.

"Err, apa yang ko baca tadi? jampi ke?" Son Gohan bertanya sekadar ingin tahu.

"Saya berdoa kepada Tuhan, supaya menyelamatkan saya" Yakin dan tenang budak itu menjawab.

"Siapakah Tuhanmu? Ternyata Dia tak datang selamatkan ko"  

"Tidak. Allah telah mendengar permintaanku. Dia telah mengabulkan doaku. Dia telah menggerakkan abang untuk datang dan bantu saya" Tanpa keraguan budak itu menjelaskan.

Son Gohan keliru kerana kurang faham akan maksud budak lelaki itu.

Dia dibawa ke rumah budak itu untuk dibawa berjumpa keluarganya sebagai tanda ucapan terima kasih.
Rupanya ayah budak itu seorang guru agama yang disegani di kawasan itu. Son Gohan diajak bermalam di rumahnya.

Pertama kali dalam hidupnya, air matanya mengalir tatkala mendengar alunan merdu bacaan al-Quran. Dirasakan sebuah ketenangan yang amat sangat.

Bermula saat itu dia belajar tentang Islam. Mengenal Tuhan Yang Esa. Hampir segala persoalannya selama ini terjawab.
Ironi. Segala pertanyaan yang berlegar di ruang fikirannya sebenarnya telah mempunyai jawapan sejak lebih daripada 1400 tahun yang lalu. 

Akhirnya Son Gohan berjaya menemui jalan pulang yang dicarinya selama ini. Dia kembali kepada fitrah seorang manusia yang ingin hidup bertuhan. Menjumpai cara hidup pelengkap kepada ketidaksempurnaan akalnya yang sangat terbatas itu.

Sungguh, cahaya hidayah itu terlalu indah, menyapa hati -hati yang inginkan kebenaran. Allah jualah yang mampu menghadirkan petunjuk buat orang yang bersungguh-sungguh mencarinya.







Aku telah lama ingin pulang,
Namun tak ketemu jalan,

Kini laluan lurus telah tebentang,
Izinkan aku menghadap-Mu Tuhan.


Firman Allah:
"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, dialah yang beroleh petunjuk, dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka merekalah orang yang rugi"
(Al-A'raf ayat 178)





P/S : Cerita ini rekaan semata-mata hasil dari khayalan dan imaginasi aku. Kalau korang tak puas hati, buatlah cerita sendiri dengan klimaks dan ending sendiri. 
Cerita ini mungkin tak logik jika dipadankan plot cerita yang asal. Tapi peduli apa aku? haha :p


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

14 comments:

  1. watak dari komik/cerita kartun ni walau khalayan ada message yang jelas dan nyata untuk disampaikan..jalan cerita menarik dan sampai kot keri.logik memang logik.thumbs up untuk cerita yang menarik ni :)

    ReplyDelete
  2. nyaris2 ingat mcm betul awal2 tu.

    ~y sebenarnya dragonball ada 7 bji semuanya~

    ReplyDelete
  3. Menarik..

    dah lama tak dengar orang sebut pasal Dragon ball.. Sye peminat DG

    ReplyDelete
  4. kiru magu :
    maaflah ayat lintang pukang

    Azhafizah :
    cerita yg telah sedaya upaya diringkaskan, kalau tak takut jd novel

    ReplyDelete
  5. Nor Izz:
    10 baris yg awal tu masih ikut plot yg asal. Yg seterusnya imaginasi liar sendiri :D

    chibi neko:
    dragon ball best!

    ReplyDelete
  6. hahaha ingat memang akira toriyama ada buat lagi side story pasal son gohan... apa2 pun nice story, dan menginsafkan

    ReplyDelete
  7. aku hampir2 percaya cerita ni. rupanya rekaan. tapi bagus imaginasi kau. mesej tu penting.

    ReplyDelete
  8. Wkakaka.. mcm tu plak. Tapi seronok jgk baca..

    ReplyDelete
  9. haha mcm seronok jgk dengar kartun faveret time kecik2 dlu da insaf :D

    ReplyDelete
  10. wah lain dari yang lain

    Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ,,,
    dasyat imaginasi bro,,,cerita yang menarik,,tak sia sia baca,,,bermanfaat :)

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah mohamad son gohan :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...