Sunday 9 February 2014

Cerita Grafik : Teka - teki Malaikat

Kisah benar,

Hari Khamis. Macam biasa aku masuk ke kelas Tingkatan Dua.
Eh buat apa ko masuk kelas? ko student lagi ke? (mungkin ada yang tertanya-tanya macam tu)
Aku masuk kelas nak mengajar, sambil belajar. Aku kerja tukang repair je. Tukang repair budak -budak. Bagi elok tang mana yang patut. Paham dok?

Ok berbalik kepada cerita.
Ni kelas Pendidikan Islam. Aku pun tak paham macam mana aku yg belajar kos Math dan Kimia boleh terperangkap jadi ustaz jadi- jadian (sementara waktu je). Mungkin sebab ada janggut sejemput ni kot.

Jadi dipendekkan cerita, setelah merapu barang sepatah dua kata, dan setelah berkali-kali terkeluar topik dan masuk semula, aku pun tanya la satu soalan mudah.

Lukisan yang agak malas. Malas nak detailkan background


"Apa nama malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa kita?"

Pada mulanya aku jangka soalan kacang ni hanya perlukan masa 10 saat untuk dijawab. Tapi... tapi....

"Malaikat Israfil!" seorang murid menjawab.

"Er, salah. Israfil tugasnya meniup sangkakala. Tiupan yang akan menghancurkan dan kemudian tiupan kebangkitan" Aku bersangka baik. Budak-budak ni eksaited nak menjawab barangkali.

"Ustaz! Malaikat Jibril!"

"Alamak, kesian Jibril kena buat kerja cabut nyawa pulak. Jibril tugasnya menyampaikan wahyu" Husnudzon. Diorang lupa.

"Cikgu, eh ustaz.. Malaikat Ridhwan ke?"

Kesian bebudak ni mengalami kekonfiusan. Apabila cikgu Math mengajar Pendidikan Islam. Keliru nak panggil ustaz ke cikgu. haha. Hentam jela.

"Salah jugak. Malaikat Ridhwan tugasnya menjaga pintu Syurga. Macam mana ni kata nak masuk Syurga tapi tak kenal penjaga pintu syurga"

" Malaikat Israel!" tetibe seorang murid perempuan bersuara.

Aduh. Lagi sadis. Bersangka baik sekali lagi. Mungkin dia keliru ejaan dan sebutan yang hampir sama.

"Mana ada Malaikat Israel. Israel tu negara haram. Bangsa yang menindas rakyat Palestin tu"

Kelas gamat dengan bunyi ketawa.

Akhir sekali. Paling lejen dan rare:

"Malaikat Injil!" yakin sekali seorang murid lelaki menjawab.

Dan beliau digelakkan secara berjemaah oleh rakan-rakan sekelas.

"Injil tu nama kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa" Aku tak mampu bersangka baik lagi dah.



Akhirnya aku terpaksa menjawab sendiri.

"Malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa adalah malaikat Izrail. Lain kali hafal lagu nasyid Selimut Putih Kumpulan Hijjaz"

"OOOOoooooooo..... kitorang memang nak sebut yang tu lah tadi.. hehe "

Kelas berjalan seperti biasa.



Di sebalik tabir (lah sangat) sketch pakai pensel




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

24 comments:

  1. singgah sini.tq share :)good luck :)

    ReplyDelete
  2. Malaikat israel? Erkkk..budak2 ni mesti dah tsilap pilih channel bila tengok tv.

    ReplyDelete
  3. sYiRa :
    trimas :)

    Nor Izz :
    terbukak channel israel kot haha

    ReplyDelete
  4. hehe. macam kerenah.
    semoga Allah permudahkan segala urusan ustaz eh cikgu.

    ReplyDelete
  5. best nya kerja mengajar pelajar sekolah... dpt pahala..

    ReplyDelete
  6. Cahaya:
    Karenah macam tulah yg buat hidup berwarna warni

    Gadis misteri:
    Ada masa best. Ada masa stres haha. Tp biasanya enjoy je

    ReplyDelete
  7. ini baru budak² cer tanye kepada bukan budak² pulak :) dah mengajar pend.islam ke keri?ustaz ke cikgu? 2 in 1 pulak da..kesian bebudak confuse

    ReplyDelete
  8. Malaikat Israel tu yg dasyat...hehehe

    ReplyDelete
  9. Azhafizah :
    Sementara je jadi ustaz jadian ni. Smentara tunggu ustazah yg baru datang

    Kuronofu91:
    Drpd syaitan israel trus jd malaikat. Adoi haha

    ReplyDelete
  10. daripada cerita di atas, memnang sah lah bebudak sekarang makin merbahaya :3

    ReplyDelete
  11. Zyra :
    sepatutnya masalah nama2 malaikat ni setel masa tadika lagi. Masa hafal lagu 10 malaikat nyanyian Raihan

    ReplyDelete
  12. kehkeh..

    kalau tengok tersurat, agak lawak cite ni..

    kalau fikir tersirat, maha kasihan tengok budak form 2 benda basic ni pun tak tahu..sobs..

    silibus sekolah rendah darjah 4 kot rasanya ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...