Saturday 6 July 2013

Doodle Poster Ramadhan : Salam Ramdahan

Assalamualaikum...


Paint Tool Sai + Adobe Photoshop



























1 Ramadhan dah dekat, tapi belum tentu lagi kita sempat menyambutnya. Ajal maut boleh bertandang menjemput kita kembali kepada Sang Pencipta bila2 masa saja.

Tapi biarpun kita tak sempat biarlah kita sempat menzahirkan keterujaan dan kegembiraan kita menyambut bulah penuh barakah ini. Moga keghairahan itu Allah kira sebagai pahala :)

Azam kita, jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan tahun2 sebelumnya. Kalau ada kekurangan dalam mengharungi Ramadhan tahun2 sebelum ini, biar kita tampung lompang2 itu kali ini.

Semoga tarbiyah Ramadhan mampu mengendurkan gejolak nafsu, mengekang keinginan2 dan kegilaan terhadap dunia yang akan hancur bila2 masa ini.

Kita, mungkin masih boleh menyambut Ramadan dengan senyuman dan kesenangan. Tapi kena ingat, terlampau ramai saudara2 seagama dengan kita di luar sana yang menyambut Ramadhan dengan air mata dan tumpahan darah. Mereka ditindas dan dizalimi musuh- musuh Allah.

Mari kita gunakan kesempatan mustajabnya doa di Bulan Ramadhan untuk mendoakan saudara seaqidah kita. Moga mereka tabah dan teguh melaungkan semboyan jihad. Moga bantuan Allah segera tiba.

Pergolakan dan peperangan ini,
adalah warkah cinta dari Allah,
untuk umat yang alpa, yang lalai,
untuk menjentik hati kita supaya sedar,
setelah terlalu lama diulit nyanyian dunia.

Biar iman tak seteguh Pejuang Badar,
Biar hati tak sesuci para Penakluk Konstantinopel,
Biar jiwa tak sehebat Mujahidin Al-Qassam,
Tapi semangat dan roh perjuangan mereka itu,
biarkan bertiup dan mengalir dalam hati kita,
Kerana Allah bersama dengan orang yang benar.

Doakan Palestin.
Doakan Rohingya,
Doakan Mesir,
Doakan Syiria,
Doakan untuk semua umat Islam.

Doakan MALAYSIA!


Entri Lepas :
MyPoster : Transformasi Ramadhan
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

12 comments:

  1. Amin. InsyaAllah, sama2 kita doakan.
    Salam Ramadhan :)

    ReplyDelete
  2. sekejap je dah nak puasa kan.. selamat berpuasa tuan blog.. hehe

    ReplyDelete
  3. Amin ya Allah, mudah-mudah segala amal ibadat yang kita lakukan diterima oleh Allah . Wallahualam :)

    ReplyDelete
  4. nanad :
    In sha Allah

    Rien :
    rasa baru je raya hari tu haha

    ReplyDelete
  5. Cik Chokie:
    Amiin.

    cikdil:
    amin. :)

    ReplyDelete
  6. sama-sama kita doakan yg terbaik buat semua umat islam di seluruh dunia.

    kt sebagai sesama muslim harus bersatu hati, mengiratkan tali persaudaraan..

    selamat menyambut bulan ramadhan..

    ReplyDelete
  7. tak sabar menanti Ramadhan yang bakal menjadi antara Ramadhan paling mencabar sebab dalam praktikum fasa-2

    ReplyDelete
  8. Sya :
    Yup. sekurang2nya kita berdoa utk mereka.

    3no:
    pengalaman baru tu :)

    ReplyDelete
  9. selamat menyambut bulan ramadhan buat keri sekeluarga :)

    ReplyDelete
  10. Selamat menyambut Ramadan al Mubarak. Kreatifnya melukis poster.

    ReplyDelete
  11. selamat menyambut ramadhan al mubarak Keri :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...