Thursday 7 November 2013

DOODLE : Cerita Tentang Hati

Assalamualaikum...


PERKARA YANG MEROSAKKAN HATI DAN IMAN


2 Bulan yang lalu aku ada beli graphic tablet yang digunakan untuk lukis2 tu tapi sampai ke hari ni satu lukisan pun tak siap guna benda tu.
Kena ambil masa nak explore dan kesibukan buat mood nak melukis tu tak berapa nak ada.

Alih-alih guna cara tradisional je. Ambik buku conteng, ambik pensel , lakar. Kemudian buat inking guna pen. Snap gambar dan upload.




PERKARA YANG MEROSAKKAN HATI.

Asasnya adalah akibat terlalu CINTA AKAN DUNIA dan TAKUT MATI.
Dunia makin canggih, cabaran untuk memelihara serta menjaga hati juga makin payah.
Teknologi yang sebenarnya dicipta untuk memudahkan kerja menjadi bencana apabila jatuh ke tangan manusia yang mencintai HEDONISME (hiburan melampau)

Kehidupan hari ini terlalu banyak hiburan, terlalu mudah untuk mencari hiburan. Ada di mana-mana sahaja 24 jam sehari. Segalanya di hujung jari.

Lekanya kita dengan hiburan akan menyebabkan lemahnya hati serta kurang sensitif dengan isu2 tentang penindasan dan penghinaan terhadap Islam. Maka kita jadi lemah dan bodoh.


 Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
'Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka"
Maka salah seorang sahabat bertanya,"apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?'
Nabi s.a.w menjawab, "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan"
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w menjawab," CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI"



SENANGNYA MENGHAPUS PAHALA

Kadang2 kita rasa kita dah buat banyak perkara baik yang boleh mendatangkan pahala namun pada masa yang sama kita melakukan perkara-perkara yang boleh menghilangkan pahala tersebut sehingga kita tergolong dalam golongan MUFLIS di akhirat.


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: "Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka.”(Riwayat Muslim).




DOSA MENJADI PERKARA BIASA

Biasanya jika kita buat perkara pelik yang di luar kebiasaan adat masyarakat maka kita akan dipandang pelik dan kita pasti akan berasa tidak selesa atau rasa bersalah.
Tapi jika perkara pelik itu dilakukan bermai-rama atau terlalu ramai orang yang turut melakukannya maka perkara itu lama-kelamaan akan jadi biasa.
Tiada lagi rasa kekok atau bersalah bila melakukannya.

Begitulah dosa membuka aurat, dosa mengambil rasuah dan riba, judi serta minum arak.

Masyarakat hari ini tidak lagi canggung melakukannya di tempat terbuka malah berbangga-bangga dengan menyebarkannya di laman sosial.

Semoga Allah lindungi kita daripada termasuk golongan tersebut.


Sebenarnya kalau nak hurai satu persatu memang tak cukup satu entri, kena bersambung2 macam cerita drama Indonesia pulak. 
Cukuplah kot sekadar rumusan. Semoga sedikit sebanyak kita ambil untuk peringatan.



"SENI ITU SATU ANUGERAH, BAHASA YANG TERINDAH"
-Keri Ikhwan-




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

11 comments:

  1. rumusan yang lengkap dan padat cikgu keri..

    rasanya, dah datang dah pun zaman mcm mana yang diperkatakan dalam hadis tu..

    24 jam hiburan kat hujung jari..

    aku puan hmm..kena byk muhasabah ni..

    btw, tablet lukisan apa ko guna?mcm sama nasib mcm tablet aku je..hehe

    ReplyDelete
  2. memang ambil masa nak explore benda baru kan tapi kalau takde yg tradisional tak kan wujud yang baru.ape pun tingkatkan amalan,pelihara hati da moga amalan kita diterima :)

    ReplyDelete
  3. @nazha anua
    tablet genius. haha tula mcm leceh bila nk sambung2 ke laptop.

    ReplyDelete
  4. @Azhafizah Md Nor
    in sya Allah time cuti ni klu xde keje lain nak explore la

    ReplyDelete
  5. aku tahu, orang yang baru nak guna tablet akan rasa susah sikit.. macam aku dulu koh koh koh...

    macam2 ada.. terima kasih Keri kerana sudi berkongsi...
    aku pun kengkadang terkena gak penyakit dunia nie... terpaksa ingatkan diri selalu

    ReplyDelete
  6. Salam, aku selalu nak tulis mcm ni, tapi xreti dan terima kasih sbb ulasan kau dlm entri ni even ringkas tapi senang faham dan mmg pdt dgn ilmunya..sgt bermanfaat untuk aku, terima ksih :)

    owh ya, aku tringin nak ada tablet tu juga, wuwu~

    ReplyDelete
  7. owh ya, aku nak komen psl doodle kau tu tadi, lupa pulak..mmg sgt2 nice dan menepati citarasa, lengkap semua kat situ, dr segi kebaikan dan kejahatan..betul kte kau, kadang kita rse mcm dh cukup baik tp ade gak terselit2 kejahatan yg kita xperasan sebenarnya kita dh terbuat..
    very nice artwork !

    ReplyDelete
  8. @Aujinzaku pun salah seorang penghidap penyakit dunia jugak.

    ReplyDelete
  9. @Lynn Damya

    beli la tablet satu, konfem best
    trimas sudi bg pandangan dan pujian utk pendoodle amatur macam aku ni

    ReplyDelete
  10. untung hang ada tablet dah la ni. aku pun berhajat nak ada satu. nak cuba2. macam best je, macam best je.

    zaman sekarang ni macam2 benda dah berlaku. maksiat berleluasa, hiburan melampau. harap kita ni berada di track yang betul. amin

    ReplyDelete
  11. @nurdani
    hajat ko takkan terlaksana selagi ko sendiri tak pergi beli. kecuali la ko dh mntak sbg hntaran kahwin haha.
    macam best tp tak best bila tersadai tak guna

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...