Wednesday 18 December 2013

Melayu makin Layu



Suatu masa dulu
Aku bangga bercerita tentang bangsaku
Perihal hebat semangat kepahlawanannya
Menukilkan teguh jati dirinya

Suatu masa dulu
Aku tersenyum megah melaungkan
Aku melayu bangsa mulia
Bangsa terhormat kaya budi pekerti


Hebatnya bangsaku bangganya aku
Bukan kerana bangsaku bangsa majoriti
Bukan kerana bangsaku penguasa tanah air ini
Tapi kerana bangsaku melambangkan agamaku

Suatu masa dulu
Bangsaku bangsa Melayu
Islam dijunjung syariat dijulang
Rela menumpahkan darah menegakkan panji agama

Tapi kini
Bangsaku lesu
Tidak lagi segah dulu
Kembang mekarnya kian layu

Islam bukan lagi identiti bangsaku
Islam tinggal hanya pada nama,
Hanya pada pengenalan diri,
Bukan lagi sebagai cara hidup yang syumul.


Kadang kala laungan Hidup Melayu bergema,
Hanya sandiwara topeng politik,
Hidup bangsa mati agama,
Ibarat mati sebelum ajal.

Takkan Melayu hilang di dunia,
Kata sakti pahlawan terbilang,
Takkan Melayu hilang di dunia,
Andai Islam masih dijulang.

Di penghujung sisa-sisa umur dunia,
Melayu makin suram,
Terleka dengan keseronokan dan hiburan,
Menunggu masa untuk padam.




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

9 comments:

  1. Allahhuakbar :'( Apabila teringat makcik miza selaku cikgu disiplin di satu sekolah ni bagi tahu ramai budak-budak Melayu yang murtad. Allah. Ya Allah lindungilah kami. Lindungilah ummah islam. Lindungilah kesucuian agama islam :'(

    Abang Keri, nak copy paste abang keri izinkan tak ? ^^"

    ReplyDelete
  2. Bangkitlah wahai melayu..memang melayu tak kan hilang di dunia.Tapi jadilah bangsa melayu yang menegakkan agama Islam.

    ReplyDelete
  3. aku pun rasa benda sama. macam dah hilang kemelayuan sebab lebih ke arah kebaratan

    ReplyDelete
  4. Nur Hamizah:
    Silakan

    Azhafizah:
    Semua bangsa akan lenyap suatu masa nanti. Melayu juga. Kita akan dibangkitkan d mahsyar sbg manusia tnpa kira bangsa

    Nurdani:
    Kalau tengok pemakaian dh x boleh beza agama apa dah

    ReplyDelete
  5. perkembangan teknologi. dulu tiada internet, jadi orang taktahu apa jadi diluar sana (bepegang & taat pada satu). skrg guna hp, langgan je internet, boleh tengok macam2.. jadi terpengaruh~ :) salah siapa ? salah sendiri~ juga.

    (masakan melayu pun sy hampir lupa, nasib baik hari2 mkn nasi lemak)

    ReplyDelete
  6. saya nak jadi melayu yang maju. tapi taklupakan sejarah dahulu..

    ReplyDelete
  7. Gadis Misteri :
    :(

    Biskot:
    Alhamdulillah teknologi ni bawa kebaikan buat saya.
    Terpulang kpd cara guna masing2

    qarr jalil:
    kenal sejarah supaya tak jatuh lubang sama berkali2. supaya pisang tak berbuah 2 kali

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...