Sunday 5 January 2014

PORTFOLIO 2011-2013 : CONTENGAN DIGITAL SEORANG NEWBIE

Assalamualaikum...

Tengah2 kemaskini fail kat laptop tadi aku terbelek balik koleksi contengan aku dalam komputer.
Bila tengok balik rasa nak tergelak pun ada.

Tapi bila tengok ikut kronologi masa artwork tu dihasilkan aku nampak adalah sikit-sikit kemajuan.
Practice make perfect kata tok penghulu hutan Amazon.
Teringat balik zaman mula -mula kenal dan belajar lukis pakai komputer. Memang menguji kewarasan minda bila buat asyik tak menjadi seperti yang diharapkan.
Sebab tu ramai orang yang kurang sabar berenti separuh jalan je. Terus give up.

Awal- awal tu aku lukis pakai Paint je. Pakai mouse tangan gigil- gigil.

kena sabar kalau tak jadilah camni.



contengan buruk  koleksi dari 2009-2012 (PAINT)

Pakai Paint+mouse memang susah nak control. Tool yang ada pun sangat basic. Tapi orang lain boleh je hasilkan karya superb pakai paint je. Orang lain le. bukan aku.

Sebenarnya dalam tahun 2011 baru aku mula try digital conteng pakai Photoshop. Hasilnya pun lebih kurang sama dengan Paint sebab tau pakai brush je. Ntah mana aku simpan lukisan tu.

Microsoft Excel dan Doodles

Masuk penghujung 2011 aku terjoin group WeLoveArt. (WLA)  Dari situ aku belajar melukis Doodle pakai Microsoft Office Excel. Gara-gara terpengaruh dengan seorang retis bernama Nur Dani.

Aktiviti2 yang dianjurkan oleh WLA banyak membantu aku melatih tangan dan skill menconteng.
Inilah hasil mula2 mendudel guna Excel. Ternyata Excel kurang sesuai dengan jiwa aku bila nak melukis dudel.

Kesemua dudel kat atas tu dilukis menggunakan Microsoft Excel 2007 kecuali ada dua ketul aku pakai Photoshop.
Pakai Excel ni agak senang cuma kalau nak buat lukisan rumit memang aku tak reti.


Microsoft Excel dan Digital Potret

Disebabkan mahu mencabar diri sendiri aku cuba sesuatu yang pernah aku rasakan mustahil untuk aku lakukannya. Lukisan potret pakai komputer. Lebih tepat menggunakan Microsoft Excel 2007.

Aku pernah try lukis potret pakai photoshop tapi hasilnya jadi muka kartun jugak. Setelah bereksperimen maka aku membuat kesimpulan Excel antara sofwer terbaik untuk lukis potret. Bagi aku laa.


Lukis potret pakai excel memang ambil masa yg sangat lama bagi newbie macam aku ni. Dah setahun aku tak melukis potret pakai excel atau apa2 sofwer sekalipun. Kira dah pencen la. Ada la sebab2 nya.

Ok ni versi rejek.

Versi gila-gila jakun pakai excel. semua benda nk try. Inilah kelebihan Excel. Boleh edit shape dan warna sesuka hati. 

Pasal digital potret pakai excel ni aku banyak berguru dengan Nur Dani dan Kak Zarini.

Paint Tool SAI dan Doodles

Paint Tool SAI ni lebih kurang photoshop la tapi takde fungsi edit gambar. Cuma lebih kepada sketch, inking dan colour. Memang owsem.

First time aku try conteng dalam SAI (tahun 2012) aku dah tau dah bahawa SAI ni memang jodoh yang ditakdirkan untuk aku.
Sofwer yang paling memahami jiwa aku. Untuk melukis dudel dan komik, aku memang pilih SAI dan digabungkan dengan Photoshop untuk masukkan teks dan efek.
Untuk potret, Excel masih yang terbaik.

Semua Doodles dan Lukisan dihasilkan dengan SAI
Dengan SAI ni aku rasa aku lebih bebas berbanding melukis pakai Excel.
Secara rasminya aku mengucapkan gudbye kepada Excel yang telah banyak berjasa kepada aku.

Walaupun hasil lukisan tak seberapa tapi aku puas hati sebab dapat menyampaikan mesej dengan lebih mudah. Sungguh , SENI ITU SATU BAHASA.

Untuk komik, aku tak masukkan dalam portfolio ni. Itu cerita lain.

KESIMPULAN.

Untuk doodle, inilah kesimpulan perbezaan antara yang mula-mula dengan yang sekarang.

Lukisan tahun 2011 guna basic shape dalam Excel.
Lukisan 2013 guna Paint Tool SAI.


Untuk digital potret :
Kahkah. Lukisan 2011 tu guna Excel. Cubaan pertama yang tak pernah aku tunjuk pada sesiapa pun. Buruk sangat. Muka dah macam mabuk ketum.

Lukisan Jan 2012 tu hasil selepas praktis 3 bulan. Juga dilukis dengan Excel. Lukisan potret digital terakhir sebelum aku bersara.
Sekarang ni jangan suruh aku try lukis balik. Konfem hasilnya jadi sama macam gambar belah kiri tu, 


Sekarang ni ramai pelukis digital art yang sangat hebat. Aku hanya bagaikan seekor kuman di tengah padang pasir kalau nak dibandingkan dengan mereka.
Karya aku tak layak dikategorikan sebagai lukisan pun. Lebih sesuai digelar contengan. Hasil conteng dari orang yang tak pernah belajar seni. Main hentam.

Seiring berkembang teknik contengan aku, sebenarnya ada sesuatu yang jauh lebih penting turut berkembang dalam diri aku. Lebih kepada perkembangan spiritual.
Mungkin aku akan kongsikan dalam entri yang lain. Kalau sudi dengar laa. Eh baca.
Mungkin boleh dijadikan sedikit panduan untuk mereka yang minat seni dan melukis. Mungkinla.

#Anggaplah entri ni sekadar catatan peribadi. Untuk rujukan aku suatu hari nanti.

Kalau nak tengok lebih jelas boleh pergi ruangan ni: MyArts


Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

21 comments:

  1. sYiRa LoKMaN:
    kalau nak boleh cari kat ruangan freebies tu :p

    Gadis Misteri :
    ni baru versi digital. yg traditional blum masuk haha. semua ni kompilasi artwork yg pernah disiarkan kat blog je

    ReplyDelete
  2. jangan nk bagaikan kuman sangatlaaaa tumbuk kang!! :D

    ReplyDelete
  3. makin smart bro. bagus2.
    jadi 2nd designer aku bleyh?
    aku kekurangan orang yang berbakat macam hang.

    ReplyDelete
  4. Menunjukkan kemajuan yang semakin meningkat..ikhlas dari www.tepakku.com

    ReplyDelete
  5. Serius yang potret tu LAWA gila. Doodle2 tu pun SEMUA COMEL2 belaka. ♥

    ReplyDelete
  6. aku sebenarnya tension dengan lukisan aku yang kau rentungkan.

    aku suka buat poster guna excel sebab aku takda PS. dan ramai pelik sebab aku takda software tu. tablet pun takda. pinjam wey...

    ReplyDelete
  7. 3no gr33ny:
    Alhamdulillah. stakat buat hobi bolehla.

    Khairulsyarafi:
    kahkah. memang hakikat. lagi-lagi kalau dibandingkan dgn master fi

    ReplyDelete
  8. Hafizzi Aziz:
    Ni yg aku neves ni bila designer pro dtg melamar.
    Terima kasih atas penghargaan tu tapi aku terpaksa tolak atas sebab yg dah aku bagitau td

    ReplyDelete
  9. Anonymous :
    terima kasih.

    Hana Jalil:
    Alhamdulillah. semua org boleh buat kalau minat+prektis :)

    Nurdani:
    itu lukisan legend haha. memang pelik kalau alasan xde PS. xde PS di zaman skang ni ibarat macam takde fesbuk. mustahil

    ReplyDelete
  10. hei!! sori sikit master hapenyee!!, yang penting kt sini sejuk mata memandang tgk artwork!!, sifu please kill me now.

    ReplyDelete
  11. fuyooh,hebatlah abang keri punye improvement,mendadak gitu :DDDDD

    ReplyDelete
  12. ohsem, bangga kan tengok makin hari ada perubahan ke arah kesenian hikhik

    ReplyDelete
  13. Syarafi:
    thx master!

    kiru magu:
    kengkawan dkat WLA bnyk membantu bg tips dan komen :)

    Dysha:
    naik juling jugakla mata mengadap laptop lama2 :D

    ReplyDelete
  14. Nampak sangat perubahan tu keri.Ye lah kan,kalau kita tak rajin mencuba dan rajin buat exercise mana nak dapat yang lebih ohsem kan..Seriously yang 2013 memang nampak hebat.2014 lagi lah kan.. :)

    ReplyDelete
  15. yang penting makin terrer..aku pun baru je start digital artwork..meh join forum pergh

    ReplyDelete
  16. fuhh.. tgn berseni buat apa pon jadi ^^

    ReplyDelete
  17. Azhafizah :
    trimas atas tunjuk ajar.. sifu! fiza pun bnyak peningkatan kalau dibandingkan mula2 dulu

    HEMY:
    waaa.. nnti bolehla kongsi2 tips sket

    yana aina:
    kalau minat dan rajin praktis in sha Allah boleh buat jugak

    ReplyDelete
  18. yang beza kita ni kan, MALAS atau RAJIN. nak kata sejenis anugerah pun, mungkin boleh dilabel sebagai anugerah KESABARAN.

    & hormati artwork2 excel tu terkadang jeles juga, tak perlu masuk kelas seni apa semua, korang buat baik~ punya. dengki~ dengki. haha.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...