Sunday, 9 March 2014

MH370 : Mencari hikmah di sebalik Musibah



Di saat kita rasa teknologi kita paling canggih,
Di saat kita kata alat kita paling hebat,
Di saat kita fikir ilmu kita sudah cukup tinggi,
Di saat kita hampir mendabik dada lupa pada kuasa yang lebih Agung...

Sebuah kapal terbang yang dicanang paling selamat,
Dipandu pilot cekap berpengalaman beribu2 jam di udara,
Dengan sistem keselamatan yang paling ketat,
Dengan reputasi syarikat penerbangan yang cukup gah,

Tup tup...dengan izin  Allah hilangnya MH370 dari radar,
Tak mampu dikesan walau teknologi paling canggih,
Terkapai-kapai kita kebimbangan hilang punca,
Tak tahu khabar berita yang mana satu harus percaya.

Tangisan ahli keluarga usahlah dicerita,
Kekalutan pekerja dan syarikat penerbangan tak payah dibicara,
Kelam kabut kerajaan menguruskan tak perlu diperkata,
Cukuplah kita nampak kebimbangan orang awam depan mata.

Dan kita mula tersedar, kita tak punya apa-apa,
Dengan kuasa Allah, yang mustahil terjadi belaka,
Akhirnya kita kembali muhasabah  diri kita,
Doa dan doa dalam sujud jua yang mampu kita pinta.

Yang pelik, dalam kita dok resah tak keruan, banyak pula yang ambil kesempatan.
Kesempatan jadi keyboard warrior yang hanya mengeruhkan keadaan.
Masing-masing berlumba menyebarkan berita palsu dan tidak sahih yang hanya berdasarkan “rasa-rasa”.
Dari sejahil-jahil manusia sampailah kepada sepandai-pandai ilmuan semua nak sembang buka cerita,
Kononnya dialah penyampai maklumat paling pantas dengan cerita paling rare,
Sedang keluarga mangsa terkebil-kebil nak menapis berita mana paling sahih.
Masing-masing mencipta teori konspirasi sendiri, last-last dibuktikan palsu tak reti pula nak minta maaf.
Kaki troll dan kaki lawak bangang tak ketinggalan menyumbang idea bodoh. Dari menteri sampailah budak sekolah.
Kaki tuding jari asyik mencari sasaran untuk dipersalahkan.

Wahai blogger-blogger gila trafik yang celaka!
Hentikan kerja gila dan bodohmu itu!
MH370 bukan mainan keyword dan SEO mu!
tamatkanlah teori konspirasi dan spekulasi  syok sendiri mu!
Apa guna dikejar trafik yang mencanak naik
Andai dosamu lebih cepat berlipat ganda.
Kau tak jujur dan amanah menyampaikan berita,
Pandai-pandailah kau jawab di Akhirat sana!



Ini petikan kata Kapten Hafiz Firdaus, seorang Pilot dan agamawan yang aku hormat:


Doakan mereka atas tikar sejadah, bukan setakat update "PRAY4MH370" kat fesbuk je.

Takziah untuk keluarga mangsa. Harap bersabar dengan ujian.

Pesawat hilang dari radar, kita terpinga- pinga.
Manusia yang hilang dari radar iman, tersesat dalam relung jahiliyyah, hanya hidayah Allah yang mampu menariknya ke jalan nyata.



Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

12 comments:

  1. Muhasabah yg berguna dan bermakna. Mohon share

    ReplyDelete
  2. hanya mampu berdoa dan mengameenkan aja

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang sebaiknya bagi kita rakyat marhaen.
      Tak mampu tolong cukup dengan doa. Nampak macam kecil tapi besar peranannya

      Delete
  3. Sentiasa berdoa moga ada berita yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. doakan juga supaya keluarga mangsa tabah

      Delete
  4. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  5. Hope you're such development will continue going on... I like your such great article keep it up...

    ReplyDelete
  6. Dah baca penerangan daripada Kapten Norudin Abdul Majid.. X kurang hebat jg.. tersentuh... :(

    ReplyDelete
  7. Betul tu.. saya pun sangat kecewa dengan blogger-blogger yang ambil kesempatan ni..huhu.. Semoga Allah perkenankan doa.. MH370 dijumpai walau apa jua keadaan..

    ReplyDelete
  8. doa yg baik2 buat mereka semua.
    takziah buat keluarga mangsa

    ambil msa sedikit doa buat mereka selps solat

    ReplyDelete
  9. Salam tuan..puisi yang sangat menyentuh rasa..terasa insaff..
    Semoga keluarga mangsa terus sabar dan tabah menghadapi ujian ini..

    Mohon share ye..Tq

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...