Monday 2 April 2012

Toloong!! Aku Takut Hantuu!!




Ape ke pelik tajuknya tu? Ntah aku pun tak tau apesal aku pilih tajuk camtu...  Abaikan jela tajuk tuu

HANTU. HANTU. HANTU.

Memang hantu tengah femes skang ni. Kalau zaman dulu2 hantu hanya wujud kat kubur2, tepi hutan, dalam hutan , kat kampung2, tempat kes kena pancung tentera Jepun dan seumpamanya.

Tapi zaman moden ni makin hebat plak. Hantu dah bleh masuk dalam TV, sotkabar malah majalah. Laris benar permintaan terhadap hantu ni ye.

Ape taknya, berlambak2 filem dan cerita hantu yang membanjiri industri perfileman dan hiburan skang nih. Macam2 jenis hantu ada, pelbagai rupa dan gaya.

Nih sekor hantu yang aku sempat snap gambarnya merayau2 di alam maya. (sebenarnya aku lukis guna Microsoft Excel 2007)



Tak dinafikan dulu2 pun aku suka gak tengok citer hantu ni. Tapi ntah kenapa skang ni hilang terus nafsu nak tengok cerita2 camtu. Mungkin sebab terlalu muak dan mual dengan cerita yang semakin mengarut dan tahyul melampau-lampau sehingga mampu merosakkan akidah kita.

Pada mulanya memang boleh diterima bahawa cerita hantu tu dihasilkan untuk meyakinkan masyarakat tentang kewujudan makhluk2 Allah selain daripada apa yang kita nampak dengan mata kasar. Memberi keyakinan bahawa kuasa Allah tidak mampu ditandingi oleh mana2 kehebatan makhluk ciptaan-Nya.

Tapi lama2 makin mengarut dan bodoh cerite seram ni. Bukan setakat jalan cerita yang melencong malah tujuan turut terpesong. Semuanya demi keuntungan semata-mata. Bukan mendidik masyarakat untuk yakin dengan kebesaran Allah, malah menyemai sikap TAKUTKAN HANTU dalam hati kita.

Buktinya, semakin ramai kanak-kanak serta remaja yang menjadi pengecut, takut gelap, takut lalu kawasan kubur, takut masuk jamban sengsorang, takut itu, takut ini... usik sket dah menggigil, sergah sket dah melompat.

 *aku test kat kawan aku time kitorang sesama tengok cerite hantu, sergah je terus melompat, gara-gara pengaruh cerita tu. Tu dah jadi mahasiswa universiti, yang masih kat sekolah ni tak taula camner..
  



Cerita TAHYUL dan KHURAFAT camni kalau dibiarkan boleh membawa kepada kerosakan Akidah. Umat Islam akan lebih takutkan hantu daripada takutkan Allah.

Apa yang lebih membimbangkan bukannya HANTU-HANTU tersebut, tapi telah ada imej2 perempuan/lelaki  seksi dan menggoda yang ditampilkan dalam filem2 atau cerita hantu sebegini. Apa kejadah relevannya aku pun tak tau. Sekadar untuk melariskan kutipan tiket dengan kontroversi.

“Dah skrip dan pengarah suh berbogel, i pun bogellah. Bayaran pun masyuk”  kata seorang pelakon murahan sambil tutup muka kononnya nak cover malu.

Tapi dulu aku suka tengok citer hantu versi Korea dan Cina sebab hantu-hantu pompuannya lawa2. Serius tak takut. Lupa plak apa tajuk cerita tuu. Alamak dah merapu dah ni.

JADI APA LAGI? TAKYAH LA KITA MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI BAYAR MAHAL2 SEMATA2 NAK TONTON CERITA TAHYUL DAN MENGARUT CAMTU...

Setakat sekali seumur hidup okla lagi, tapi kalau setiap kali keluar cerita baru nak terkejar2 ajak pakwe makwe gi tengok, itu bangang namanya. Membazir tu kengkawan Syaitan. Syaitan tu hantu ke? Entah, fikirlah sendiri. 

Hantu tu kadang2 manusia. Manusia tu kadang2 hantu. Aih, meremang plak bulu roma aku taip pasal hantu pukul  1 pagi camnih. 



Terjemahan Surah An Nas:
1. Katakan lah (wahai Muhammad) bahawa aku berlindung kepada Allah Tuhan Pemelihara sekelian manusia
2. Yang menguasai sekalian manusia
3. Tuhan yang berhak di sembah oleh sekelian manusia
4. Dari kejahatan pembisik , penghasut yang timbul dan tenggelam
5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannyake dalam hati manusia
6. Iatu pembisik dan penghasut (kejahatan) dari kalangan jin dan manusia




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

26 comments:

  1. ceh,citer hantu melayu sekarang ni xde kualiti..harus ade selitkan unsur2 mengarut..upacara la bagai..aku x layan doh citer2 hantu melayu ni..baik tengok csi..huahaaha

    ReplyDelete
  2. Ha tau xpa.. Memang berlambak2 crita hantu skarang ni.. Bukan setakat budak2 orang tua pun tido x tutup lampu dah.. Haish..

    ReplyDelete
  3. meremang tol membacenyer >__<

    ReplyDelete
  4. x perlu la kot nk p msuk panggung stiap kali ada movie baru.. sgt2 membazir.. baik download sndiri atau pun tgu je movie tu kua dkt astro.. cter hantu? Eee x suka, x suka.. ;p

    ReplyDelete
  5. betul tu.citer hantu sekarang makin mengarut.mungkin hanya ingin buat cerita je kot.takyah nak tengok filem bagai..tengok kat tv sudah.Nampak kemengarutannya terserlah.

    ReplyDelete
  6. cee tgk kat belakang tu...sape yg tgh intai tu...hiii..hiiii..hiiiii

    ReplyDelete
  7. Hantu melayu and indonesia memang mengarut..
    Better tengok kat tv macam org lain ckp./.
    BTW, butterfly tu buat guna excel gak?
    *tercari-cari butterfly dalam excel

    ReplyDelete
  8. jin yang menyerupai makhluk menakutkan semata2 nak takutkan manusia. banyak sangat la cerita hantu kat tv. bosan!

    ReplyDelete
  9. Org senegari datang menyinggah :)

    Emang banyak citer hantu yang ntah pape . merepek je semua . bawa untung kat pembikin filem , tapi kita yang rugi .

    ReplyDelete
  10. Myra :
    ye ke tak layan ni? gaya komen cam detail je.. haha

    MD :
    kang dah membazir letrik namanya tuu.. sia2 je support earth hour klu tido pn bukak lmpu

    megu :
    aik, baru baca dah meremang haha

    ReplyDelete
  11. Iza :
    betul, dwnload je klu nak tengok sngt...

    Fiza :
    dah lama x tengok TV -_-! bukan xde TV tp malas...

    Cik Nur :
    makcik karipap ade la.. haha

    ReplyDelete
  12. ary lee :
    lupa... butterfly tu tambah dlm PS... excel xde mende tu :D

    dani :
    bosan ke tak berani nk tengok? :P

    Syaa :
    cerite khayalan pembikin filem je tuu

    Amirul :
    :)

    ReplyDelete
  13. errr . takot lahh . tak penah nak tgk pon cte mngarot tuhh . lyn detective conan lg best :D

    ReplyDelete
  14. hamba sokong seratus peratus kata dari tuan hamba..tapi hantu milik tuan hamba comel sgt ler..hehhe

    ReplyDelete
  15. Supergirl :
    takut sket2 sudah ler :)

    3no : err.. hantu comel ? haha

    ReplyDelete
  16. filem kat malaysia ni kalo tak wat cite seram msti komedi.. kalo tak komedi msti cite seram.. kne pelbagaikan lg genre filem.. bru lah menarik.. :)

    ReplyDelete
  17. woooah...kerii jgn..argh kerii antuu kt lakang tuu :O

    ReplyDelete
  18. cerita hantu melayu skrg ni semua mengarut. hahaha :D

    ReplyDelete
  19. Izz:
    pelbagaikan genre, pelbagaikan isu. jgn dok fokus isu yg sama je...

    Syarafi :
    tau dah :)

    wani :
    lebih tepat, cerita Melayu skang hampir semua mengarut.

    ReplyDelete
  20. azzah mmg tak berapa layan cite hantu sbb tak logik satu hal..dah tu kalau pelakonnya kena kacau dengan hantu dalam cite tu,tak ada pulak diorang baca ayat kursi..sebut Allahuakbar pun tak de..

    ReplyDelete
  21. x berapa lyn sgt movie2 ni.. pengaruhi anak2

    ReplyDelete
  22. Salam keri :)

    Citer hantu skrg, atas dasar kaut keuntungan je. Tu pandangan akak la.

    Awal2 kemunculan citer hantu dulu, banyak dri jepun seingat akak. The ring tu kan. Apa lagi,lupa dah.

    Pastu kat Malaysia, since Pontianak Harum Sundal Malam, smpai la ni, macam2 filem dah ditayangkan..

    Sorry to say..tak banyak pengajaran boleh diambil dri filem2 ni..skdr utk keseronokan boleh la..

    ReplyDelete
  23. Azzah :
    sebab diorang nak jdkan cerita tu panjg kot. klu dah baca ayat kursi terpaksa wat watak hantu tu lari plak :)

    Kak Citra :
    takyah tengok langsung pun xde rugi pape pun :D

    Kak Lana :
    tengok, pastu takut ngan hantu... setakat tengok boleh la.. mmng xde pengajaran.. semata2 nk tunjuk efek seram yg x berapa menjadi tu je

    ReplyDelete
  24. hi..!
    jom baca entry baru pka.

    http://pkaemerald.blogspot.com/2012/04/ziela-make-up-by-pka-rahim.html

    tq :)

    ReplyDelete
  25. kerana banyaknya cerita hantu sekarang. budak jadi takut nak kebilik air, katanya takut hantu. padahal sebelum ni tak tahu pun kewujudan hantu. selamba je pergi sorang2.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...