Wednesday 26 March 2014

Untuk Apa Aku MELUKIS?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan aku peram tablet Graphic Genius Easypen M610X akhirnya tergerak hati untuk serius menghasilkan satu artwork menggunakan tablet tu.
Artwork ni 100% terhasil kombinasi graphic tablet + Paint Tool SAI. Kecuali teks dan efek cahaya bersinar tu.

Aku gunakan gambar ni sebagai header blog yang baru


Cantik tak cantik itu perkara kedua. Yang penting mesej yang aku cuba bincangkan.

Sejak dua tiga menjak ni, aku percaya ramai orang perasan tumbuhnya pelukis-pelukis dan pendoodle sama ada kategori traditional art atau digital art  macam tumbuhnya kangkung di tepi paya. Cepat dan banyak. Er, faham tak maksud aku? Maknanya pelukis baru yg berbakat besar sangat ramai kat Malaysia ni.

Cuma agak menyedihkan, sama ada pelukis baru atau lama masih lagi gagal membebaskan diri dari belenggu pemikiran yang membejatkan kreativiti dalam menyampaikan mesej melalui lukisan.
Straight to da point, pelukis-pelukis komik, poster, doodle, kartun dan seumpamanya masih gagal menunaikan tanggungjawab mereka sebagai orang ISLAM.

Sepatutnya karya seorang Islam mesti bercirikan Islam, beridentitikan kemurnian dan kecantikan seni Islam. Bukannya aku nak suruh lukis orang pakai jubah serban niqab berlatarkan masjid dan unta sepanjang masa. Jangan jumud dan tipikal sangat boleh tak?

Tengok sahaja majalah kartun tempatan, masih lagi terikat style lama, iaitu lawak semata-mata. Lebih tepat lawak bodoh tanpa pengajaran. Atau sekadar cerita yang tidak boleh dijadikan iktibar. Tapi beberapa tahun ni dah mula ada perkembangan ke arah yang sangat positif. Ana Muslim, Muslim Teens, Asuh, Kembara Ustaz dan Misi 10A antara contoh yang baik. Banyak lagi sebenarnya.

Pelukis potret, masih lagi melukis dan mengambil tempahan dari pelanggan yang tak menutup aurat dan agak terdedah pemakaiannya. Mungkin upahnya yang dikejar, tapi jangan lupa berkatnya juga tak kurang pentingnya.

Pelukis dan pereka fesyen, sama ada masih dalam pengajian atau sudah di peringkat profesional, juga ramai yang masih tak mengendahkan sama ada rekaan mereka menepati syariat dan ciri-ciri fesyen berlandaskan Islam.

Pelukis doodle yang paling ramai muncul di alam maya. Tapi ramai yang terlampau ghairah menghasilkan doodle yang comel semata-mata dan mengabaikan fakta bahawa betapa mereka mampu menggunakan bakat dan kemahiran mereka untuk menyampaikan sesuatu yang baik.

Mungkin ramai pelukis kartun yang menjadikan pelukis antarabangsa dari Jepun (Manga) , Korea(Manhwa), Amerika  dan sebagainya sebagai inspirasi dan sumber rujukan. Aku pun sama menjadikan Akira Toriyama, Hiro Mashima dan Eiichiro Oda sebagai inspirasi. Tapi kita tak perlu terikut gaya lukisan mereka yang banyak menonjolkan watak-watak perempuan yang seksi.


Impian aku, untuk melihat munculnya lebih banyak kartun animasi dan komik-komik di Malaysia yang berunsurkan pendidikan serta pengajaran yang baik seperti yang dah lama diwujudkan di Jepun dan Korea. Komik kadang-kadang dijadikan sebagai buku teks pendidikan. Kalau tak silap la. Ubah persepsi bahawa membaca komik membuang masa dan tak berfaedah.

Impian kedua aku, untuk melihat kawan-kawan seperjuangan yang menjadikan conteng-conteng dan seni ini sebaga hobi atau sumber pendapatan, menilai balik hasil karya mereka selama ini dan memperbetul apa yang patut. Harap-harap mereka faham dengan apa yang cuba aku sampaikan setiap kali aku menconteng dan tunjukkan pada mereka.

Jadi, mari kita sama perbetulkan niat kita. Ya, niat tak menghalalkan cara, tapi niat yang baik akan dipermudahkan untuk kita mencari jalan yang betul juga.

Tanyakan pada hati kita, UNTUK APA AKU MELUKIS?

Untuk suka-suka? Isi masa lapang? Untuk dipuji oleh orang lain? Untuk dapat untung? Sumber rezeki? Menyebarkan ilmu? Syok sendiri?

Selepas dapat jawapan, tanyakan satu soalan lagi..

Dengan cara dan niat aku ini... ADAKAH ALLAH REDHA?
Maaf, andai entri ini mengguris hati. Ini sebenarnya peringatan untuk diri sendiri yang acapkali terlanjur.

(untuk hukum melukis, boleh rujuk ustaz atau rujuk jawapan yang telah dibincangkan di laman web yang berkaitan dan berkredibiliti)


Ni aku kongsi step-step penghasilan.

# Doakan moga tersingkap hijab di sebalik peristiwa MH370
#Takziah untuk keluarga 529 Ahli Ikhwanul Muslimin yang dizalimi sehingga dijatuhkan hukuman mati. Moga syahid ganjarannya.




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

18 comments:

  1. Doa adalah perkara yang mampu kita buat sekarang.

    Taufiq singgah sini ye :) Jemput singgah blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :) Support each other =)

    ReplyDelete
  2. betul tu banyak komik yang kadang2 tak ada mesej disampaikan..kosong je isinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu banyak. Mcm dh jd tradisi komik cmtu

      Delete
  3. buat kartun syok sendiri, adakah Allah redha..terkebil kebil tanya diri sendiri macam tak jumpa jawapan. tapi kalau dah melalaikan tanpa tujuan memang Dia tak redha kan. errr.. m(_ _)m.

    apapun terima kasih cikgu K, menegur kami orang (wakil bagi pihak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Setkan matlamat. Buat garis panduan utk diri sndiri.

      Delete
  4. cantiknya! :)
    http://eykabaha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Terbaik... thnks ingatkan. :)

    ReplyDelete
  6. cantik lukisan tu keri..terima kasih ingatkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. kebetulan cuti lama sket bolehlah try godek2 tablet tu. kalau tak mmng berkarat dlm kotak la jawabnya

      Delete
  7. lama x melukis..kalau ada tablet rajin la nak melukis...sakit jari lukis guna mouse..kejang jari ouchh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sebelum ni pun memang guna mouse je. cuma nak tukar selera try pakai tablet plak. jeles tengok org lain pakai

      Delete
  8. cantik nyaaaaa...tlg lukiskan untuk sy.. =P

    ReplyDelete
  9. lawa doh ! part seluar tu. hem nak tab jugak -_____-

    ReplyDelete
  10. wow...!!!! hasil yg sgt menakjubkan..!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...