dilukis menggunakan Paint Tool SAI dan diedit BG/word dalam Photoshop
Apa itu trafik? Trafik adalah bilangan pageviews atau kekerapan
pengunjung berkunjung ke sesuatu blog dalam satu tempoh masa tertentu. Trafik ni menjadi salah satu penentu kehebatan dan
kefemesan sesebuah blog. *definisi ni ikut sedap aku jer.
Maka dek kerana gila glamor, terkejar populariti ataupun gila duit
hasil per klik setiap iklan, maka ramailah blogger2 sama ada yang baru belajar
bernafas di alam blogger mahupun yang dah lama bertapak menjadi tak keruan.
Masing-masing asyik memikirkan apa cara terbaik nak tarik pengunjung
ke blog mereka. Tak kisah la blog buruk cam hampeh sekalipun.
Aktiviti copy paste segala
entri ,cerita dan berita yang dirasakan boleh dijadikan tarikan kepada
pengunjung pun semakin giat dijalankan. Itu ok lagi, jika apa yang dikongsi itu
bermanfaat.
Tapi blogger gila trafik ni memang gila. Akal waras memang dah lama
tolak tepi. Janji trafik mencanak naik dan iklan yang ditempek sehingga penuh
blog tu diklik banyak2.
Blogger gila trafik ni tak kisah apa jenis cerita yang ingin dia
paparkan dekat blog mereka. Mana yang hangat hot panas berapi dan terkini semua
nak disumbat dalam blog. Tak perlu tapis, tak perlu saringan. Lagi hebat dari
persaingan akhbar2 terkemuka di negara ni.
Maka akibat gila trafik, muncullah cerita –cerita berbentuk andaian
dan ikut cakap orang. Sahih atau tidak itu belakang cerita. Ada unsur suspens
lagi umph! Hanya cerita tanpa sokongan fakta dan bukti yang nyata. Janji ada
orang baca.
Fitnah dan gosip umpama mainan dan rencah dalam penulisan mereka.
GOSIP biarpun hanya khabar angin terus diupdate tanpa perlu dipastikan dan
disahkan kebenarannya oleh tuan punya badan. Lebih-lebih lagi melibatkan artis
dan orang kenamaan. Kononnya mereka ni milik masyarakat, tak perlu minta izin
untuk berkongsi setiap cerita mengenai mereka, hatta cerita dalam kain
sekalipun.
Blogger gile trafik ni biasanya jenis memahami bahawa rakyat2 sedunia
memang gemar dengan cerita lucah dan noti2. Maka berebutlah blogger2 gila
trafik ni mengupdate cerita bergambar 18SX walaupun kadangkala gambar tu takde
kaitan pun dengan entri mereka. Apejadah?
Tajuk entri biasanya dah panas, lucah dan mengghairahkan. Padahal
isinya takdelah hebat mana pun. Karangan budak darjah 5 pun lagi bagus. Hampeh.
Blogger gila trafik ni jugak biasanya sangatlah ghairah mempromote
blognya. Tak kira ping dekat group, wall orang mahupun buat segmen2 ntahapae2
yang sememangnya tak membawa faedah kepada diri, masyarakat apatah lagi kepada
kebaikan ummah. Janji follower meningkat, pageview berganda, dan iklan separa
lucah di sidebar tu di klik orang.
Biarlah blognya hanya memaparkan mukanya dengan aksi muka comel badan
melentik gedik, ayat euw, euw... dan cerita pasal pakwe, makwe, dan segala
ex-nya tetap dipromote gile2 seolah2 sesiapa yang membacanya akan beroleh
manfaat , beroleh pahala dan dia pun akan cepat masuk syurga.
Blogger gila trafik yang agak merbahaya juga apabila kononnya dia
memaparkan sesuatu cerita untuk memberi pengajaran. Tapi dalam entri tu siap
lengkap dengan gambar orang yang dikutuk tu. Sebagai contoh mahu menegur orang
yang tidak menutup aurat dan seksi, tapi dia sendiri meletak gambar seksi malah
kadangkala layak dikategorikan bogel semata2 mahu menjadikannya lebih menarik.
Ramailah orang-orang yang gila seks datang mengomen mengutuk padahal mereka
sama terjojol biji mata tengok gambar tu. Siap save lagi.
Dan ini pesanan aku kepada blogger2 gila trafik di luar sana. Tak salah
mempromosi blog,, tak salah mahu menarik perhatian pengunjung, tak salah mahu
menjadikan blog kita sumber pendapatan sampingan. Tak salah. Aku tak pernah
kata itu salah.
Yang salahnya apabila apa yang korang paparkan itu menyusahkan orang
lain. Jika itu fitnah, tanggunglah akibatnya, tanggunglah dosa memfitnah itu.
Mungkin hari ini korang seronok menyebarkan fitnah, tetapi percayalah suatu
hari nanti korang akan kena balik. Itu
lumrah hidup.
Korang nak ping entri 10 saat sekali pun lantaklah. Nak buat segmen
setiap hari pun buatla. Asalkan tak mengganggu ketenteraman dan merosakkan imej
agama yang korang anuti tu. Nama blog bukan main lagi islamik dan suci, tapi
ping entri lucah dan unsur seksi. Bodoh.
Dosa dan pahala. Masih adakah konsep itu semasa korang syok menaip
entri dan mengupload video mahupun gambar? Keseronokan dan populariti yang
hendak dicari? Tak ke mana pun sedara. Takat dunia jela. Hancur dunia,
hancurlah populariti tu.
Eh, kalau rasa blog tu tak membawa manfaat untuk diri dan orang lain,
tutup jela. Jangan dok kumpul dosa kering, lembab dan basah camtu. Kalaulah
blogger ni dapat pamerkan statistik dosa dan pahala yang terhasil dari blog
korang tu, aku rasa berat lagi bahagian dosa tu.
Ya, aku bukan Tuhan, yang layak menentukan dosa dan pahala. Aku bukan
penjaga pintu Neraka apatah lagi pintu Syurga, tapi dengan sedikit ilmu yang
kita belajar time sekolah dulu sekurang2nya kita tau apa perbuatan yang memberi
pahala dan apa perlakuan yang menyumbang dosa. Tak gitu? Kot ye pun kalau fail
subjek agama takkan la takleh fikir benda se simple tu?
Okla, panjang-panjang pun belum tentu orang baca. Cukupla tu. Kalau
ada blogger2 gile trafik yang terbaca, harap ambil iktibar apa yang aku cuba
sampaikan ni.
Buat sesuatu biar ada prinsip. Biar membawa manfaat. Tak guna trafik
sesak, kalau yang masuk itu dosa.
- monolog by Keriikhw@n -
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)