Tuesday 7 February 2012

MyDoodles : Kelebihan Menuntut Ilmu

Assalamualaikum.....


Ilmu.... camne nak dapat ilmu? mestilah kena belajar kan? Nak belajar kat mana? tersangatlah banyak tempat yang kita boleh pergi ntuk dapatkan ilmu. Kat rumah, library, kat sekolah, internet, masjid, surau.... dan banyak lagi... Baca buku, search ikut internet pun berlambak -lambak fakta dan maklumat yang kita nak cari...

 Tapi yang aku peliknya dengan pelbagai kemudahan yang dah memang tersedia kat depan mata camtu pun ramai lagi manusia yang sangatlah malas nak cari ilmu. Nak membaca buku-buku ilmiah sebuah dua bukan main liat lagi, tapi bila bab majalah komik atau hiburan separa porno cam Mangga, Hai dan ntahape2 lagi tu ringan je tangan keluarkan duit pegi bayar kat uncle tokey kedai buku tu. 
Ape ke gersang sangat budak2 zaman skang nih???

Kalaulah kata memang takde bajet ntuk beli buku2 agama (konon-kononnyalah) , tapi kat rumah ada internet, takleh ke ambik masa beberapa jam seminggu ntuk cari artikel-artikel yang membuka fikiran, mencambahkan idea, menambahkan ilmu dan memberi manfaat bukan sahaja untuk kehidupan dunia malah akhirat. Boleh? ke tak boleh??

Tapi hairan betul masih ada segelintir yang mampu online berjam2 setiap hari mengepos status FB selang beberapa minit dan menghantar tweet selang beberapa saat, punyalah dahsyatnya komitmen yg diorang tunjukkan... ayat2 yang diguna pulak hebat2 lak tu... jiwang karat penuh emosi sehingga mampu menarik beratus2 like dan beribu2 retweet. tapi apa yang dipost dan ditweet tu kosong, takde manfaat atau sesuatu yang boleh menunjukkan dia tu seorang pencinta ilmu. Sadis.

Alangkah bagusnya kalau korang-korang yang terbabit tu sambil2 on9 tu sambil menyelongkar ilmu yang tak terbatas di alam maya nih... petik jari terus keluar. cuma kena ingat jangan sampai tersesat. Sebab itulah pentingnya ilmu. Ilmu digunakan untuk mencari ilmu. Silap langkah boleh tersalah menuntut ilmu. Ajaran sesat ke ape. Bukan sedikit yang menjadi mangsa dakyah musuh2 Islam yang telah merencana beberapa abad untuk meracuni pemikiran kita sedikit demi sedikit.

Tapi bukan semua camtu, Alhamdulillah, semakin ramai anak muda yang mula tertarik menarik kau memang daboom.. eh ni aku malas wat panjang2 mula la stat perangai tak senonoh nak merapu ni...
Sekarang ni dah makin ramai remaja dan anak muda yang mula cenderung untuk menuntut ilmu agama, mula menitikberatkan soal halal haram dan hukum hakam dalam setiap gerak langkah diorang. Satu perkembangan positif yang sangat mengujakan. Tahniah



“Allah akan meninggikan (mengangkat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan beberapa derajat” (QS 58 : 11)

"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga" (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah pernah bersabda, ” Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu.”



 -------------------------------------------------------------------------------------

Kat bawah ni aku kongsikan sedikit lakaran dan proses mewarna menggunakan MS Office Excel 2007...
Tapi poster yang aku hasilkan kat atas tu telah diedit menggunakan Adobe Photoshop CS5




Tadaa! Siap! nama budak ni Ahmad... haa Ahmad bagi salam kat abang akak pakcik makcik nenek atok tuu... :)


Eh, bukan susah pun lukis pakai excel ni... ape kata korang try dulu... dah pandai nanti blehla gunakannya untuk ke arah kebaikan, untuk menyampaikan mesej2 simple dengan cara yang lebih kreatif... :)




Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)

25 comments:

  1. huhu, nk wat lagu mana. orang sygkan menda lain dari ilmu. tp sejak2 akhir ini, fenomena golongan tua muda yang makin cintakan ilmu kian teserlah.=)

    ReplyDelete
  2. comellah keri.. alif tak tahu pun excell leh lukis2... ngatkan untuk kira2 je... terrer arh..!!

    ReplyDelete
  3. sekarang nak cari ilmu senang da.. tinggal nak tak nak je.. comel dak 2... xpandai la bt dudel secomel dudel awak buat.. kagum btol org yg pndai excel... *sedang mencari ilmu akhirat...

    ReplyDelete
  4. nak try buat pakai excel ni..tapi tahun bila nak jadi..

    ReplyDelete
  5. btol2... sokong kata2 keri tu.. ^_^ btw comey sangat dodol tu.. ^_^

    ReplyDelete
  6. ekh kat excel boleh lukis2.. ebat2.. =D ape kate wat tutorial sikit.. lukis dudel gune excel (^-^)

    ReplyDelete
  7. comel..betul tu keri...kalau kita ada cara nak sampaikan sesuatu tu dgn cara yg kreatif insya Allah orang boleh terima dan senang untuk menarik org...

    menarik entri nie..


    menaip dgn berhati hati..takut akan typo kat sini..ahahhaa

    ReplyDelete
  8. ahmad, aminah nak kenal boleh? ha baca blog ni pun dpt ilmu... :)

    ReplyDelete
  9. baru je tadi sy baca fasal kelebihan menuntut ilmu dlm buku teks PI form 2...hehe...emm...teringin nk try buat doodle guna excel tpi x try2 jugak..huhu..

    ReplyDelete
  10. menuntut ilmu tu kan wajib dalam islam...


    berkenan plak doodle tuan hamba kali ni...huhu..nak2 jugak!!

    ReplyDelete
  11. bebudak skarang..ilmu tulis status pandai2..dasat2..bile ditanya hal2 keagamaan..terus blur..tu yg suka wat status tanpa usul periksa skang ni..tak suka buat research..

    ReplyDelete
  12. L : gelombang kebangkitan baru. Alhamdulillah

    Alif : eh... ye ke x tau.. tp xdela secomel alif punya dudel tu

    Dysha : yela tu. padahal dia punya dudel lagilah kiut miut

    Azzah : klu try tahun ni, tahun nilah jadi, klu try tahun depan.... :)

    ReplyDelete
  13. CCI : trimas nenda :D

    Love purple : insya Allah ada dh niat nak buat cuma tak tau nak mula dr mana :)

    Wan : haha... trauma sangat ngan typo

    BiQa : aminah mana plak nih haha

    ReplyDelete
  14. Puteri : yg ni pun dpt idea bila teringat pasal buku teks time bljr dulu2 la :)

    3no : nak ke? hehe... insya Allah...

    myra : fungsi share terlalu mudah ntuk diguna. klik je mana berkenan

    ReplyDelete
  15. nice la doodle tu...yup..nk tuntut ilmu kena ade pengorbanan..sanggup ker x sanggup? tp lbh byk yg menyanggup tuntut ilmu kt fb...

    ReplyDelete
  16. yeah. best entry ni keri. sgt bgs. love ur quote "Ilmu digunakan untuk mencari ilmu." :) btw, Ahmad sgt smart! huhu

    ReplyDelete
  17. ilmu itu penting untuk bekalan dimasa hadapan.tuntutlah selagi boleh.

    p/s:comel doodle tu.semakin hebat guna excel ye.

    ReplyDelete
  18. Yumida. : thx :) yup.korbankan sedkit masa

    CX's : trimas. Alhamdulillah :)

    Fiza : tq... ^^

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah.. Sejak fenomena baru ustaz azhar idrus ngan ustaz don dah ramai remaja minat ambik tau pasal ilmu agama.. moga2 berterusan la budaya menuntut ilmu ni..

    ReplyDelete
  20. ilmu perlu dicari sehingga ke liang lahad =0 btw comel doodle guna excel..mie sumpah xreti =D

    ReplyDelete
  21. MD : insyaAllah

    Mie : tak reti? dah cuba ke? saya pun x reti. tapi saya berjaya pada cubaan kali ke 101... :) (err, walaupun ade sdkt penipuan di situ)

    ReplyDelete
  22. ak tt[ x fhm cemana org boleh guna excel haha

    ReplyDelete
  23. sonok la pandsai wt doodle comel =)

    ReplyDelete
  24. tuntutlah ilmu hingga ke ngra china.. hal ini menunjukkan betapa pntgnya menuntut ilmu ^^ *btw.. comel doodles tuu..

    ReplyDelete
  25. camane lukis guna excel.. buat tuto sow ! ejah laaaaa :(

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...