|
sumber : google |
Tajuk tu adalah tajuk paling sopan yang mampu aku letak walaupun ada
banyak pilihan tajuk yang lebih ekstrem. Takut jugak aku digelar otak kuning
oleh mereka yang berotak kuning.
Samalah macam digelar gila oleh orang gila. Tak ke naya?
Fasa Pertama : Bazar Ramadhan
Situasi pelik yang akan berlaku tiap kali Ramadhan. Bertambah pelik
dari tahun saban tahun. Pelik bukan kerana harga lauk pauk dan kuih muih makin
mahal. Bukan juga pelik sebab kuih makin canggih dan warna air minuman semakin
beraneka.
Tapi pelik dengan sikap dan tingkah laku manusia itu sendiri. Bulan
Ramadhan bulan mulia. Bila mulia maknanya perlu dihormati. Bulan untuk
mengurangkan perilaku dosa dan menambah amalan berpahala.
Nampaknya ramai yang berjaya puasa penuh dari pagi hingga ke petang.
Tahniah. Tapi tak kurang yang puasanya hanya mendapat lapar dan dahaga, tanpa
mendapat walau sekelumit pahala. Muflis puasa.
Dari awal Ramadhan aku mula-mula agak semangat untuk jenjalan kat
bazar Ramadhan. Tapi agak terkejut beruk bila tengok hampir keseluruhan
pengunjung bazar terutama kaum perempuan yang berbogel. Berpakaian tetapi telanjang.
Bertudung tapi berbaju lengan pendek. Berseluar sendat.
Ramai jugak yang tak bertudung. Berambut ala-ala warna atap zink
berkarat kat kampung aku. Macam –macam fesyen rambut sampai tahap Mak Limah tak
jumpa jalan balik rumah pun ada.
Cepat-cepat aku semak balik takwim dan kalendar. Takut-takut aku yang
tersalah tengok tarikh. Betul ke dah start bulan Ramadhan? Apesal semua orang
masih berlagak biasa?
Sangkaan aku di bulan penuh berkat ini semua orang akan insaf dek
kerna terbelenggunya mentor-mentor bernama shaitonnn ni. Nampaknya aku silap.
Benih- benih syaitan masih melekat erat di dalam hati manusia.
Ajaibnya Malaysia, sebuah negara majoriti Islam dengan pemakaian yang
tak mampu dibezakan dengan orang kafir.
|
Gambar hiasan (eceh, dah macam Utusan Meloya pulak ada gmbar2 hiasan) |
Fasa Kedua: Pasar Malam
Bila tiba malam hari, situasi sama berulang di pasar- pasar malam.
Malah makin dahsyat.
Agaknya sebab malam waktu puasa telah tamat maka kita beranggapan kita
sudah kembali bebas daripada pantang larang berpuasa yang merimaskan. Keadaan
kembali normal seperti malam- malam sebelum dan selepas Ramadhan. Agaknya lebih
rancak.
Perempuan berbaju singkat terdedah sana sini boleh dilihat di setiap
inci tapak di pasar malam. Peratus yang bertudung tiba-tiba berkurang mendadak.
Sangat sukar untuk dicari. Jika ada pun tiada yang menepati ciri-ciri menutup
aurat. Sekadar tudung senteng terburai sana sini.
Ada yang tudung cukup cantik berwarna warni denga tahap kesukaran
memakainya boleh dikelaskan pada level Hard (kalau main game) tapi sayang dada
terdedah. Bukan tak pakai baju, tapi sendatnya menampakkan segala-gala.
Seolah-olah sedang berlangsungnya satu pertandingan dada siapa paling
seksi. Siapa paling montok. Itulah
situasi yang perlu diterima kenyataannya. Sehingga mustahil dipercayai jika ada
seorang lelaki bertaraf alim mengaku bahawa dia mampu menundukkan pandangannya
semaksima mungkin dalam situasi sebegini.
Serius, memang aku takleh bezakan sama ada mereka ni orang Islam atau
bukan. Melayu atau bukan. Tiada perbezaan dari segi berpakaian.
Lelaki juga tiada beza. Dengan bangga mengusung awek berpakaian bohsia
ke sana ke mari. Tanpa segan dan silu digelar dayus.
Dayus itu sifat yang ada pada seekor babi. Entah bagaimana DNA nya
boleh berpindah ke dalam kromosom seorang lelaki. Nak kata makan babi pandang
pun dah jijik semacam. walaupun semua benda haram dibuat dan dibedal.
Jadi kesimpulan aku tentang fesyen Bazar Ramadhan dan Pasar Malam
Ramadhan:
1.
Pakaian tak ubah seperti bohsia. Tak percaya
pergi tengok filem sampah “Bohsia : Jangan Pilih Jalan Mati”. Tengoklah pakaian
bohsia dalam cerita tu camne. Buat perbandingan. Takut2la korang tak pernah
nampak bohsia real punya.
2. Pakaian
dan fesyen tiada beza dengan orang bukan Islam. Adalah satu kemaluan
perkara memalukan jika mereka mengaku beragama Islam dalam keadaan berpakaian
sebegitu.
3. Harga
dada jatuh mendadak. Makin murah dan kadang –kadang percuma. Pameran percuma
diadakan secara konvoi sepanjang lorong pasar. Tiada nilai ekslusif untuk
seorang lelaki bakal suami atau sudah menjadi suaminya. Semua berpeluang sama
rata menontonnya.
4. Tiada
usaha bersungguh –sungguh pihak berwajib untuk sekurang-kurangnya menegur.
Cukuplah sekadar banner atau papan tanda “ TUTUPLAH AURAT DENGAN SEMPURNA” yang
disertakan dengan gambar-gambar contoh pemakaian mengikut syariat. Ada nampak
papan tanda tu time aku dok Kelantan.
5.
Ruang dan peluang untuk menundukkan pandangan
masih terlalu sempit. Nafsu masih bergelojak mahu meratah setiap yang
terlintas.
Dari sudut positifnya, mungkin menjadi satu titik tolak buat mereka
untuk mula berubah secara sedikit demi sedikit. Mungkin memperbaiki amalan lain
walaupun belum mampu dalam bab aurat. Masih banyak aset –aset penting yang
perlu ditonjolkan untuk tatapan umum sebelum semuanya kendur tak bernilai.
Kadang- kadang tipu daya dunia penuh keindahan. Sampai kita lupa asal
kita hanya dari tanah. Meminjam nyawa dari Allah. Dan akan kembali menjadi
tanah.
Nak tunggu ada orang tutupkan dulu ke aurat tu baru nak tutup?
TUTUPLAH AURAT SEBELUM AURATMU DITUTUP
Trimas sudi baca,semoga mendapat manfaat daripada entri ni :)